Ads 468x60px

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 14 Oktober 2013

Semak e-Penyata Gaji Anda Disini

*** PERHATIAN *** 

Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan telah ditambahbaik dengan ciri keselamatan seperti berikut:

1. SEMAKAN NO AKAUN BANK PENGGUNA.
Sistem akan membuat semakan no. akaun bank yang dikunci masuk oleh pengguna sebelum tindakan Daftar Semula dapat diteruskan. PERINGATAN: Sila pastikan maklumat no. akaun bank dilindungi dan hanya dikunci masuk ke dalam sistem SAHAJA apabila diminta(bagi tujuan Daftar Semula).

Semak Gaji Anda Disini e-PENYATA GAJI

2. NOTIFIKASI MELALUI SMS DAN EMEL KEPADA PENGGUNA YANG DAFTAR SEMULA.
Sila pastikan maklumat no.telefon bimbit dan alamat emel dikemaskini agar notifikasi berkaitan tindakan Daftar Semula dapat dihantar kepada pengguna.
Semak Gaji Anda Disini e-PENYATA GAJI

Sabtu, 21 September 2013

Penduduk Tidak Geran Tanah kerana Mesin Cetak Rosak?

Boleh Terimakah Alasan Begini?

  
Land Surveying and Mapping Services
Odoooiii Dogo.....
Hanya KIK sahaja yang berpotensi menyelesaikan 'masalah-masalah' dalam Jabatan...

Female Tukang Sukat Tanah






















EstacaoTotal 

30 Tahun Fail Permohonan Tanah (L.A) Tidak di Proses

Beberapa hari yang lepas saya dan seorang rakan pergi ke HQ Jabatan Tanah dan Ukur, Kota Kinabalu dengan urusan masing-masing. Tujuan saya pada masa itu adalah untuk merujuk kedudukan status terkini permohonan tanah atau L.A keluarga saya. Sewaktu berada disana (JTU), saya dilayan dengan baik dan penuh sopan oleh petugas kaunter.  Satu persatu saya keluarkan resit L.A tanah yang ada untuk tindakan petugas kaunter tersebut.

Maklumbalas yang saya terima, sebahagian daripada L.A yang dirujuk masih belum diterima oleh HQ JTU menyebabkan tiada rekod mengenai permohonan tanah tersebut. Perkara ini sungguh tidak dapat diterima memandangkan permohonan tanah tersebut sejak 1980-an lagi. Tidak mungkin dalam jangka masa yang begitu lama tiada langsung pergerakan fail berlaku. Saya disarankan agar pergi membuat rujukan di PPHT daerah dimana tanah ini dipohon. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada petugas kaunter kerana membantu saya dalam perkara ini.

Gambar Hiasan 
Cuba bayangkan sekiranya fail permohonan tanah tidak diproses dalam jangka masa yang begitu lama, maka ini bererti fail itu akan berlonggok di pejabat tanpa ada sebarang tindakan malah akan bertambah dari semasa ke semasa kerana kehadiran fail-fail semasa pada tahun tersebut. Keadaan ini memberi gambaran seolah-olah pengurusan dan pentadbiran yang ada kelihatan begitu lemah sekali ya... Sekiranya timbunan fail ini benar-benar berlaku dipejabat PPHT daerah, maka Top Management perlu mengambil perhatian yang serius dalam hal ini dan harus memberi teguran dan menasihati pegawai yang bertugas agar dapat menjalankan tugas dengan baik. 

Tukang Sukat Tanah
Gambar Hiasan
Tukang Sukat Tanah
Gambar Hiasan
Bagi kakitangan awam, andaikata terlupa tugas hakiki maka Fail Meja (FM) atau Manual Prosedur Kerja (MPK) harus dijadikan rujukan sebagai panduan di tempat kerja. Melalui FM atau MPK ini, norma masa untuk tindakan bagi satu-satu fail sudah disediakan. Fikirkan semula, sekiranya FM dipatuhi masih berlakukah longgokan fail kerja? sudah tentu tidak... 

Hanya KIK sahaja yang berpotensi menyelesaikan masalah pengurusan dan pentadbiran dalam Jabatan... 

Jumaat, 20 September 2013

Proses Pengambilan Tanah

Bagaimana Proses Pengambilan tanah itu berlaku? Lihat link ini untuk info lebih lanjut. Land Acquistion Process

Tukang Sukat Tanah
Gambar Hiasan Sahaja

Khamis, 5 September 2013

Tanah Warisan Keluarga Tinggal Sekangkang kera



Hari tu ada pembahagian tanah di kampung kami. Setiap keluarga akan dapat satu lot tanah seluas 15 ekar dan tidak kurang juga ada yang mendapat keluasan lot tanah seluas 13 ekar untuk satu keluarga. Keluarga saya dikira beruntung kerana menerima lot tanah nombor 191 iaitu seluas 15 ekar.

-Gambar Hiasan-
Inilah keluarga saya. Saya ada tiga orang adik beradik. Kehidupan kami serba kekurangan. Ekonomi kami bergantung pada hasil tanaman di tanah kami. Walaupun ekonomi keluarga kami kurang baik namun kami sangat bahagia hidup bersama dalam satu keluarga. 


Adik-beradik semakin dewasa manakala kedua orang tua kami pula semakin tua. Tenaga mereka tidak lagi sekuat yang dulu untuk mengerjakan tanam-tanaman di kebun. Maka tibalah masanya ibubapa kami mewariskan tanah mereka kepada kami tiga orang adik-beradik. Setiap daripada kami mendapat 5 ekar seorang.


Beberapa tahun selepas itu, saya pun mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan di kampung sebelah. Kami dikeruniakan 5 orang anak dan mereka adalah dalam garis keturunan kedua dalam keluarga besar kami. Adik-beradik yang lain masih hidup membujang. Peredaran masa berlaku begitu cepat sekali. Kini anak-anak saya yang 5 orang itu sudah beranjak dewasa. Oleh kerana pada masa kini tidak ada lagi pembahagian tanah seperti yang ada sewaktu zaman ibubapa saya, maka saya wariskan tanah warisan itu kepada kelima-lima orang anak kesayangan saya. Setiap mereka mendapat bahagian masing-masing seluas 1 ekar seorang.


Digaris keturunan kedua dalam keluarga besar kami. Anak-anak berkahwin lagi dan mendapat 4 orang anak dan mereka ini pula berada digaris keturunan yang ketiga dalam keluarga besar kami. Kini 1 ekar harus diwariskan lagi kepada 4 orang anak digaris  keturunan yang ketiga. Ini bermakna setiap daripada mereka akan masing-masing mendapat lot tanah seluas 0.25 ekar.


Sehinggalah digaris keturunan yang seterusnya tanah akan diwariskan lagi. Begitulah yang berlaku berulang kali pada perkara yang sama sehinggalah tanah semakin mengecil. 


Sampai satu tahap proses ini tidak boleh dilakukan lagi. Kerana tanah pusaka semakin hari semakin mengecil setiap kali proses mewariskan dilakukan. Yang ada hanyalah tanah warisan sebesar sekangkang kera. Kalau tanah seluas kangkang kera, apa lagi yang boleh diusahakan di tanah itu?Ini barulah namanya tanah hanya sebesar sekangkang kera. 


Kisah ini di adaptasikan daripada cerita orang-orang kebanyakan yang ada disekitar menjadi sebuah kisah untuk tatapan kita bersama bagi generasi muda. 

Isnin, 26 Ogos 2013

Prosedur kerja Pengukuran Tanah

Jenis-jenis Ukur Tanah Kadaster Yang Dilaksanakan Oleh Juruukur Kerajaan:
  1. Permohonan Tanah yang diluluskan dengan syarat Native Title (NT)
  2. Pengukuran Pengambilan Tanah
  3. Pengukuran Perwartaan Tanah Simpanan Kerajaan ( Sek. 28, Ordinan Tanah Sabah)
  4. Pengukuran Perwartaan Tanah Simpanan Kegunaan Anak Negeri ( Sek. 78, Ordinan Tanah Sabah)
  5. Pengukuran Yang Berkaitan Tuntutan Hak Asasi Tanah Mengikut Adat Anak Negeri
Manakala, jenis-jenis Ukur Tanah Kadaster Yang Dilaksanakan Oleh Juruukur Berlesen Yang 
Berdaftar Dengan Lembaga Juruukur Sabah:
  1. Permohonan Tanah yang diluluskan dengan syarat Country Lease (CL)
  2. Permohonan Tanah yang diluluskan dengan syarat Town Lease (TL)
  3. Permohonan Tanah yang diluluskan dengan syarat Lesen Duduk Sementara (TOL)
  4. Permohonan Tanah yang diluluskan dengan syarat Native Title (NT)
  5. Pengukuran Semula Hakmilik (Resurvey)
  6. Pengukuran untuk penukaran Hakmilik Field Register (FR) ke Native Title (NT)
  7. Pengukuran untuk penukaran Hakmilik Provisional Lease (PL) ke Country Lease (CL)
  8. Pengukuran Pengambilan Tanah
  9. Pengukuran Pembahagian / Pencantuman Tanah
  10. Pengukuran Pembahagian Bangunan (Subsidiary Titles)
  11. Pengukuran Tukar Syarat Hakmilik Tanah
  12. Lain-lain jenis pengukuran kadaster. 
Berikut merupakan carta alir prosedur kerja pengukuran tanah yang melibatkan Juruukur Kerajaan dan Juruukur Berlesen.

PROSIDUR KERJA PENGUKURAN TANAH OLEH JURUUKUR KERAJAAN


PROSIDUR KERJA PENGUKURAN TANAH OLEH JURUUKUR BERLESEN 
YANG BERDAFTAR DIBAWAH SEKSYEN 8(3), ORDINAN JURUKUR 1960.



Sumber daripada http://www.jtu.sabah.gov.my

Isnin, 12 Ogos 2013

Selamat Menyambut Hari Raya

Kesempatan ini blog Tukang Sukat Tanah ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Raya' kepada rakan pengunjung yang beragama Islam. Maaf Zahir dan Batin.

Kedudukan Lot Tanah Pada Peta Siri DNMM5201


Peta DNMM 5201 menggunakan aplikasi Google Earth

 Kedudukan lot tanah pada Peta DNMM 5201 menggunakan aplikasi Google Earth

 Maklumat Atribute lot tanah pada Peta DNMM 5201 menggunakan aplikasi Google Earth

Beginilah keadaan apabila layer lot tanah dan layer peta siri DNMM 5201 digabungkan bersama dengan menggunakan google earth. Kini setiap orang sudah boleh membuat rujukan melalui cara ini di internet untuk tujuan tertentu seperti merancang sesuatu pembangunan pada kawasan tertentu di masa hadapan, merancang kerja-kerja penyukatan, mengenalpasti lot-lot bersebelahan dan sebagainya. Sekiranya anda berhasrat untuk datang mahu mendapatkan Pelan Akui di jabatan tanah yang berhampiran dengan anda. Maka melakukan rujukan dengan cara ini akan lebih memudahkan anda berurusan di kaunter jabatan tanah. Tidak perlu menunggu lama lagi ketika berurusan di kaunter jabatan tanah.


Terpukau Dengan Keindahan Air Terjun


-Gambar Hiasan-
Kerja menyukat tanah pasti akan tergendala apabila bertemu dengan suasana indah seperti ini. Indahnya ciptaan Tuhan untuk kita. Menikmati keindahan air terjun di tengah hutan belantara memberikan kesegaran tenaga setelah penat menjalankan kerja menyukat tanah. Sambil menikmati 'tapau' makanan tengahari bersama dengan rakan-rakan di tepi air terjun membangkitkan lagi selera makan. Begitu manisnya pengalaman sebagai seorang tukang sukat tanah kerana dapat menikmati pelbagai keindahan alam dalam hutan yang pasti tidak akan sama dengan pengalaman orang lain.

Ahad, 11 Ogos 2013

Rujuk Lot Tanah Melalui Google Earth


Internet memang baik untuk kita apabila dimanfaatkan dengan sesungguhnya. Melalui internet kita dapat merujuk kedudukan tanah lot kita hanya dengan melihat melalui google earth saja. 



Terasa sangat 'excited' melihatnya pada hari pertama menggunakannya. Apa tidak kalau banyak lot-lot dapat dilihat daripada atas seolah-oleh sedang berada di langit. Gambar ini menunjukkan sempadan daerah yang dilihat melalui google earth.


Beginilah keadaan lot-lot yang bertaburan di atas tanah pada skala yang besar. Sungguh mudah mahu dijadikan rujukan untuk mengenalpasti kedudukan lot tanah. kenalpasti kedudukan Daerah - Kampung - Lot tanah.


Manakala beginilah keadaan lot-lot tanah dilihat dari google earth pada skala kecil. Walaupun kedudukan lokasi lot tidak berada pada posisi yang terbaik. Tetapi itu sudah cukup untuk memberi kita infomasi berkenaan dengan kedudukan lot di atas tanah.  


Maklumat keluasan lot, Plan No. , Title No. , Title Job dan sebagainya dapat di lihat terus di atas google earth seperti gambar di atas. Internet sememangnya baik untuk kita jika dimanfaatkan dengan sesungguhnya.