Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 25 April 2014

Sesuatu yang baru sewaktu berada di Hutan


Rumah Penginapan ditengah hutan tiada bekalan elektrik tapi menggunakan kaedah tenaga solar untuk mendapatkan tenaga elektrik. Ini memang jarang ada. kemungkinan besar ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk kaedah tenaga solar ini.

kadangkala  idea itu timbul apabila perut sudah mula lapar. Masa ini kami tidak mempunyai sebarang peralatan memasak yang ada cuma beberapa bungkus stok maggie dalam  beg. Fikir punya fikir, idea tiba-tiba muncul maggie masak dalam bambu. Ia seakan-akan 'lemang maggie'. Rasanya memang enak.

Briefing daripada safety officcer mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika berada didalam hutan.



Kg.Tenompok, Kundasang, Ranau. - Tanah Untuk di Jual

Lot Tanah berhampiran dengan penginapan Rose cabin (kundasang) jalan Kota Kinabalu - Ranau
Lokasi: Berhampiran dengan Penginapan Rose Cabin, Kundasang. 
(Facing Gunung Kinabalu)
Anual Rent = $1.50
Posisi Lot 1.
Area = 2.00Acs (Native Title)
Plan No. = 15185
Survey No. = 1693

Kg. Tenompok
NT.063015332
Lot 1 (Rujuk Plan)
Keluasan Lot: 2.00Ac
Rujukan Kordinat
Lat:   5°59'53.92"N
Long: 116°33'19.96"E

Serius Buyer Sahaja.

Hubungi: 
Tukang Sukat Tanah
Hp: 01119568959 (WhatsApp)
Email: tukangsukat@gmail.com

Total Station Key Chain

Total Station Key Chain and Malaysian Surveyor Diary



Hanya Tukang Sukat Tanah saja yang tahu betapa gembiranya memiliki key chain Total Station seperti ini. Ia tidak terdapat dimana-mana. Ada tempahan barulah produk ini dihasilkan. Maka masih boleh dihitung berapa orang yang memilikinya.  Saya antaranya... yahhhooo...!!!! ^_^

Isnin, 24 Mac 2014

Ahad, 9 Mac 2014

Selasa, 4 Mac 2014

BANTAHAN PENGELUARAN GERAN KOMUNAL

BANTAHAN PENGELUARAN GERAN KOMUNAL- YANG BERCANGGAH DENGAN KONSEP TANAH HAK ADAT ANAK NEGERI (NCR) !

Berkenaan Tuntutan Pemilikan Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) melalui pemberian Geran Komunal dibawah Seksyen 76, Ordinan Tanah Sabah. Sehingga hari ini masih belum ada tindakan konkrit untuk mengiktiraf dan memartabatkan Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Sabah untuk menangani masalah ini. Malah, masalah pemilikan tanah Hak Adat Anak Negeri bertambah serius dengan pengeluaran Geran Komunal yang bercanggah dengan konsep Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR).

FAKTA BERKENAAN GERAN KOMUNAL:

Pada 10 Disember 2009, pindaan kepada peruntukan di bawah Seksyen 76, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 telah diwartakan bagi membolehkan pengeluaran Geran Komunal. 

Menurut Seksyen 76, Ordinan Tanah Sabah Bab 68, Geran Komunal ialah;

Pengeluaran Geran Komunal dikatakan bertujuan untuk mengatasi isu-isu tanah yang melibatkan Hak Anak Negeri Sabah dan mengoptimakan pembangunan tanah milik Anak Negeri Sabah. Pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kemudiannya telah mewujudkan kaedah pemberimilikan tanah yang baru iaitu melalui Pemberimilikan Tanah Terancang Fast Track untuk pengeluaran Geran Komunal.


  • Menurut pihak Kerajaan/Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, objektif pengeluaran Geran Komunal ialah;
  • Menyelesaikan isu tuntutan tanah Hak Adat Anak Negeri Sabah (NCR) tanpa melalui Siasatan Tanah;
  • Menyelesaikan isu pertindihan permohonan tanah dan pemberimilikan tanah yang seimbang dan adil;
  • Mempertahankan kepentingan Anak Negeri Sabah ke atas tanah Kerajaan di sekitar kawasan perkampungan Anak Negeri;
  • Menghalang Anak Negeri Sabah daripada menjual hakmilik tanah dan kelulusan permohonan tanah;
  • Mempercepatkan proses pengeluaran hakmilik tanah jenis NT/FR kepada Anak Negeri Sabah secara berkelompok (communal);
  • Membasmi kemiskinan melalui pemberimilikan tanah yang terancang dan pembangunan tanah yang optima; dan
  • Menyediakan tanah Kerajaan berskala besar untuk membolehkan Kerajaan membangunkan tanah secara usahasama di antara Anak Negeri Sabah dengan Agensi Kerajaan atau Swasta.
Pihak Kerajaan/Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, juga telah menggariskan beberapa Dasar Pengeluaran Geran Komunal, antara lainnya ialah;

YAB Ketua Menteri boleh memberi persetujuan ke atas mana-mana tanah Kerajaan yang boleh dirancang dan dicadangkan untuk pengeluaran Geran Komunal di bawah pindaan seksyen 76 Ordinan Tanah Sabah;

Pemungut Hasil Tanah (PPHT) adalah Pemegang Amanah kepada Geran Komunal;

Geran Komunal adalah merupakan syarat khas kepada geran NT/FR.

Hanya Anak Negeri Sabah yang ditakrifkan di bawah Ordinan Interpretasi Anak Negeri Bab. 64 yang boleh menjadi benefesiari kepada Geran Komunal;

Anak Negeri Sabah hanya ditakrif sebagai peserta atau benefesiari sahaja;

Penambahan, penyingkiran dan penggantian benefesiari boleh dilakukan;

Geran Komunal boleh dibangunkan secara usaha sama dengan Agensi Kerajaan atau Swasta tertakluk kepada kelulusan Pengarah Tanah dan Ukur dan persetujuan YAB Ketua Menteri; dan 

Geran Komunal tidak boleh dipindahmilik atau dicagar.


TANAH HAK ADAT ANAK NEGERI (NCR): KRETERIA DAN PENGIKTIRAFAN OLEH MAHKAMAH DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Tanah adalah sumber kehidupan masyarakat Orang Asal / Anak Negeri Sabah khususnya yang tinggal di luar bandar. Kesinambungan kehidupan, adat dan budaya bergantung sepenuhnya kepada tanah!

Menurut Seksyen 15 di Ordinan Tanah Sabah Bab 68, terdapat tujuh (7) kriteria Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) iaitu;


  1. Perolehan tanah menurut pegangan adat / kaum;
  2. Tanah yang ditanami dengan pokok buah-buahan, di mana jumlah pokok adalah di antara 50 atau lebih pada setiap hektar;
  3. Pengasingan pokok buah-buahan, sagu, rotan atau lain-lain tanaman yang mempunyai nilai komersial yang mana dapat dibuktikan oleh penuntut kepada Pemungut (PPHT) tanpa keraguan;
  4. Tanah perladangan / ternakan;
  5. Tanah yang telah dimajukan atau diusahakan dalam masa tiga tahun berturut-turut;
  6. Tanah perkuburan atau tempat keramat;
  7. Jalan masuk biasa bagi orang dan binatang.
Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) juga merupakan hak pemilikan berkekalan atau secara turun temurun sepertimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 65 dan Seksyen 66 dalam Ordinan Tanah Sabah Bab 68.

Keputusan-Keputusan Mahkamah di Malaysia:

Setakat ini terdapat beberapa keputusan daripada Mahkamah yang telah mengiktiraf hak pemilikan tanah secara adat termasuk Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR). Antaranya ialah;


  • Kes Koperasi Kijang Mas lwn Kerajaan Negeri Perak (1992) di mana pihak Mahkamah telah memutuskan bahawa kaum orang asli mempunyai hak ke atas hasil hutan termasuk balak di kawasan simpan dan wilayah Orang Asli walaupun kawasan tersebut belum di wartakan;
  • Kes Adong Kuwau lwn Kerajaan Negeri Johor (1997) di mana pihak Mahkamah memutuskan bahawa kaum Orang Asli mempunyai hak untuk terus hidup di tanah adat mereka dan mesti dibayar pampasan jika hak ini diambil dari mereka;
  • Kes Sagong Tasi lwn Kerajaan Negeri Selangor (2005) di mana pihak Mahkamah memutuskan bahawa pampasan harus dibayar mengikut Akta Pengambilan Tanah. Pihak Kerajaan Negeri Selangor juga telah ditegur oleh pihak Mahkamah kerana bukan sahaja mereka telah tidak melindungi kaum Orang Asli tetapi telah menyulitkan dan menekan mereka lagi;
  • Kes Nor Nyawai lwn Borneo Pulp Plantation (2004) di mana pihak Mahkamah memutuskan bahawa Tanah Adat (NCR) meliputi hak ke atas ladang / kebun (Temuda) dan juga Hutan Komunal (Pulau Kongsi);
  • Kes Rambilin Ambit lwn Pengarah Tanah dan Ukur Sabah (2007) di mana pihak Mahkamah memutuskan bahawa walaupun Kerajaan mendakwa sesebuah kawasan itu sebagai hak miliknya, ini tidak bermakna Anak Negeri Sabah tidak boleh memiliki Hak Adat di situ;
  • Kes Madeli Salleh lwn Pengarah Tanah dan Ukur Sarawak (2007) di mana pihak Mahkamah telah memutuskan bahawa undang-undang moden mengakui yang Hak Adat Orang Asal telah diperolehi sebelum ianya terbentuk. Oleh itu, undang-undang moden mesti menghormati kewujudan terus hak ini dan seterusnya Hak Adat perseorangan adalah sama kuatnya dengan Hak Adat Komunal;
  • Kes Andawan Ansapi lwn Jabatan Perhutanan Sabah (2011) di mana pihak Mahkamah telah memutuskan bahawa Hak Adat Anak Negeri juga boleh wujud dalam sesuatu kawasan yang telah diwartakan jika ianya telah wujud sebelum masa pewartaan tersebut. 

Keputusan-keputusan Mahkamah ini telah jelas menunjukan bahawa betapa pemilikan tanah menurut tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) ini dijamin dalam perundangan di Malaysia.

Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Hak-Hak Orang Asal Kerajaan Malaysia sebagai ahli di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan antara Negara yang telah menerima dan menandatangani Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Hak-Hak Orang Asal yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 13 September 2007. 

Justeru, Kerajaan Malaysia harus menghormati dan memastikan supaya Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Hak-Hak Orang Asal ini dihormati. Segala perancangan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Malaysia tidak harus bercanggah dengan deklarasi ini.

PERCANGGAHAN KAEDAH PEMBERIMILIKAN DAN CARA PENGURUSAN / PENTADBIRAN GERAN KOMUNAL DENGAN MAKSUD / SIFAT TANAH HAK ADAT ANAK NEGERI (NCR):

1. Pengeluaran Geran Komunal melalui Dasar dan Kaedah Pemberimilikan dan Cara Pengurusan/Pentadbiran Geran Komunal yang diamalkan setakat ini bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan sepertimana di Perkara 13 (Hak terhadap harta) iaitu yang menyatakan bahawa (1) Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. (2) Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai.... dan juga di Perkara 161A berkenaan Kedudukan Istimewa Anak Negeri Sabah dan Sarawak;

2. Kandungan Terma Khas (Special Terms) dalam Geran Komunal sangat bercanggah dengan konsep Tanah Adat (NCR). Pemilik Tanah Adat (NCR) langsung tidak berkuasa ke atas Tanah Adatnya;

3. Kaedah Pemberimilikan dan Cara Pengurusan/Pentadbiran Geran Komunal yang diamalkan setakat ini juga bercanggah dengan niat dan maksud Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR). Pengeluaran Geran Komunal tidak sepatutnya untuk diserahkan kepada pihak luar samada melalui usahasama (Jointventure) atau sebagainya;

4. Cara mendapat persetujuan / perjanjian usahasama tidak telus dan berunsurkan rasuah dengan memberikan wang sebanyak RM500 kepada setiap orang apabila menandatangani perjanjian. Ini mendorong orang untuk terus menandatangani perjanjian tersebut walaupun tanpa pengetahuan terhadap isi kandungan perjanjian tersebut;

5. Pemilik Tanah Adat (NCR) di dalam Geran Komunal hanya dianggap sebagai peserta atau benefesiari sahaja. 

6. Tiada jaminan hak milik kekal dalam Geran Komunal. Penambahan, penyingkiran dan penggantian peserta / benefesiari boleh dilakukan.

7. Geran Komunal sepatutnya tidak menggabungkan beberapa buah kampung / Tanah Adat (NCR) tetapi harus mengikut kampung sendiri dan tidak perlu wujud peserta / benefesiari kerana hak pemilikan tanah adalah menurut pemilikan tanah secara adat / Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR).

JUSTERU ITU:

MENGHARGAI tindakan pihak KERAJAAN MALAYSIA menandatangani penerimaan DEKLARASI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU BERKENAAN HAK ORANG ASAL (United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples) UNDRIP,

MENYANJUNG TINGGI Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perlembagaan Negeri Sabah dan khususnya Ordinan Tanah Sabah Bab 68 yang memberi hak istimewa ANAK NEGERI-PENDUDUK ASAL SABAH berkenaan hak pemilikan Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR),

MENGINGATI keputusan-keputusan pihak Mahkamah, 

Demi meneruskan kehidupan generasi ANAK NEGERI-PENDUDUK ASAL SABAH, 

KAMI MENUNTUT supaya:

Kerajaan Negeri Sabah, MENGHENTIKAN PENGELUARAN GERAN KOMUNAL sehingga DASAR/POLISI dan kandungan TERMA KHAS (SPECIAL TERMS) dipinda untuk mengembalikan kuasa dan keselamatan hak pemilikan Tanah Adat serta Kaedah Pemberimilikan dan Cara pengurusan / Pentadbiran Geran Komunal yang lebih telus, adil dan tidak bercanggah dengan KONSEP TANAH ADAT (NCR) serta keperluan kehidupan komuniti Orang Asal / Anak Negeri di kawasan yang terbabit diambilkira.

GERAN KOMUNAL YANG SEPATUTNYA:

1. Pemberimilikan Geran Komunal sepatutnya berdasarkan keselamatan dan kepemilikan tanah adat (NCR) dan dalam lingkungan kawasan wilayah adat setiap kampung. 

2. Ia sepatutnya menjadi (Sebagai contoh) Geran Komunal Anak Negeri Kg. Lalampas, Tongod. Ini bermaksud, sesiapa sahaja penduduk atau anak negeri di kampung tersebut berhak memiliki kawasan tertentu mengikut adat dalam kawasan tanah Geran Komunal tersebut. 

3. Tidak perlu wujud “Peserta” (Senarai peserta yang hanya dianggap sebagai “Beneficiary” sahaja).

4. Pemberimilikan Geran Komunal harus meliputi keperluan komuniti di kawasan tersebut secara holistik dan penggunaan tanah yang bersepadu. 

5. Kawasan Geran Komunal tersebut tidak harus semata-mata untuk dibangunkan dengan tanaman monocrop (Sawit atau getah sahaja) dan tanpa mengambilkira keperluan lain seperti kepelbagaian tanaman, kawasan tadahan air individu/kawasan hutan simpan komuniti, kawasan pertanian jangka pendek dan sebagainya.

Contohnya; Jika kawasan tanah adat (NCR) individu seluas 15 ekar – 

i. 5 ekar untuk tanaman kelapa sawit;  ii. 5 ekar untuk tanaman getah; iii. 1 ekar untuk kawasan tadahan air atau hutan komuniti; dan iv. 4 ekar untuk pelbagai guna (Tanaman padi bukit/tanaman jangka pendek)

6. Anak Negeri Sabah /Orang Asal mempunyai kuasa untuk menentukan jenis dan cara pembangunan tanah di kawasan wilayah mereka sendiri.

7. Pemegang Amanah bagi Geran Komunal bagi kawasan wilayah Tanah Adat (NCR) ialah Ketua Kampung di kawasan tersebut tanpa kuasa untuk menjual atau menyewakan geran tersebut.

8. Geran Komunal mesti meliputi kawasan perkampungan, kawasan tadahan air, kawasan berburu, kawasan pertanian dan sebagainya.

PILIHAN KERAJAAN:

1. Pihak Kerajaan boleh meneruskan pengeluaran Geran Komunal dengan Polisi/Dasar atau kaedah pemberimilikan dan cara pentadbiran / pengurusan yang di amalkan sekarang ini di LUAR KAWASAN WILAYAH TANAH HAK ADAT ANAK NEGERI (NCR); atau

2. Mengiktiraf dan menghormati hak pemilikan Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) samada melalui pewartaan sebagai Tanah Adat Anak Negeri (NCR), Geran Anak Negeri (NT/FR), Rezab Anak Negeri (Seksyen 78, Ordinan Tanah Sabah Bab 68) atau melalui Geran Komunal (Seksyen 76, Ordinan Tanah Sabah Bab 68) setelah pindaan semula dibuat berdasarkan kepemilikan dan keselamatan hak Anak Negeri Sabah / Orang Asal.

Tanah Kami, Nyawa Kami, Kehidupan Kami!







Aduan Rakyat Lambat Dapat Geran Tanah.

Rakyat Sabah Wajib Baca..!

Saya ingin membuat aduan berkenaan kepincangan Jabatan Tanah dan Ukur negeri Sabah yg mana dikenalpasti oleh kebanyakkan rakyat Sabah sebagai diantara Jabatan kerajaan yg bermasalah di Sabah.

Jabatan Tanah dan ukur yg ada di seluruh Sabah sama ada di bahagian peringkat Daerah mahupun Ibu pejabatnya di kota kinabalu, Dan termasuklah Ibu pejabat Jabatan Pertanian kota kinabalu iaitu bahagian yg terlibat dengan proses permohonan tanah ..sememangnya cukup serius dengan masalah rasuah.

Bagi Jabatan Tanah pula, apa yg diberitahu kepada para pemohon ialah proses Permohonan Tanah adalah cuma mengambil masa selama 2 tahun utk mendapatkan Geran.Namun apa yg terjadi sehingga 5 tahun pemohon menunggu masih juga kelibat Geran tidak kelihatan.

Adalah dipercayai bahawa kebanyakkan permohonan tanah oleh pemohon-pemohon kebiasaannya akan disimpan lama-lama oleh para pegawai di mana-mana bahagian yg terbabit dgn permohonan itu sampai.Tujuannya ialah supaya para pemohon akan terdesak utk mendapatkan Geran Tanah mereka,Dan pegawai-pegawai di tempat-tempat di mana fail permohonan itu diserah akan meminta habuan mereka utk memberi geran ataupun mempercepatkan proses permohonan tanah tersebut, yang mana mereka minta diRASUAH dlm bentuk wang ringgit yg mencecah 5 ribu dan keatas.

Adalah sukar diterima sekiranya alasan yg diberi oleh Pengarah Jabatan Tanah mahupun kementerian yg terlibat dgn permasalahan Jabatan Tanah ini adalah berpunca daripada kekurangan kakitangan yg bertugas TERUTAMA sekali pegawai-pegawai atasan utk setiap bahagian di tempat-tempat fail permohonan itu berada.

Saya rasa tidak ada masalah yg tidak boleh diatasi di Jabatan Tanah oleh pihak Jabatan sendiri mahupun kerajaan negeri Sabah.Masalah ini sudah terlalu lama.Yang bikin sakit hati ialah mereka sengaja melambat-lambatkan permohonan ataupun menahan/menyimpan permohonan tersebut dgn berharap ada individu yg sanggup mengeluarkan duit bagi mempercepatkan proses permohonan tanah mereka.

Setahu saya utk di Jabatan Pertanian kota kinabalu sahaja bahagian yg terlibat dgn permohonan tanah boleh dirunding dgn 7 ribu ringgit dan keatas dan akan dibahagikan hasil rasuah ini kepada 4 atau 5 individu yg bertugas di sana.Manakala bagi Jabatan Tanah dan Ukur Kota Kinabalu sahaja rasuah boleh diberi bermula dgn serendah 10,000 ringgit dan keatas dan akan dibahagikan kepada 2 individu iaitu pegawai atasan.

Kalau kerajaan benar-benar ingin membantu rakyat, kerajaan negeri haruslah mencari formula bagi mengatasi masalah ini yang telah menyusahkan rakyat Sabah sekian lama.Malah masalah proses permohonan tanah yang terlalu panjang dan lama ini haruslah diatasi dengan bijaksana agar rakyat yang susah tidak bertambah susah.Bayangkan seperti kes-kes tanah org-org kampung yg dirampas oleh org-org kaya yg memohon tanah bertindih dgn tanah org -org kampung Dan mereka boleh mendapat tanah org kampung ini dengan cara RASUAH.Ini bukan sistem yg baik iaitu sistem SIAPA ADA DUIT..DIALAH YG PUNYA.

Saya harap perkara ini mendapat perhatian dari Aduan Rakyat dan dapat dipaparkan kepada umum demi kebaikkan semua.

By: cladius n

Sumber--->>http://www.aduanrakyat.com.my/


Antara maklumbalas daripada Rakan FB