Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 30 November 2014

Khamis, 27 November 2014

Panduan Jika Hilang Geran Tanah Di Pejabat Tanah

Kes Hilang geran tanah di pejabat tanah?
Tindakan apa yang perlu diambil.


Salam,
Saya nak bertanya.Harap boleh membantu. Ayah saya punya tanah di kampung A dan dah 40 tahun bayar cukai utk tanah itu. Dlm tahun 2000 (saya pun x brpa ingat bila) dia telah menambahkan penama tanah utk kepada ke semua anak2nya tanpa memecahkn geran. Masalahnya sekrg bila dia pergi ke pejabat tanah utk memastikan kedudukan tanah, pejabat tanah x boleh pastikn geran & kedudukan tanah tersebut...dgn kata lain tanah tu dah hilang. Saya telah meminta seorg rakan membantu tetapi dia sendiri tidak dapat mengambil geran tersebut kerana tiada dlm rekod. Rakan saya meminta ayah saya memberi geran yg asal (d big size geran zaman dulu2 tu) sedangkan semasa penambahan nama dulu pejabat tanah telah mengambil geran asal dan menukarkan geran tanah baru bersaiz A4 sahaja. Ayah saya x tahu apa cara utk mendapatkan kembali geran asal yg tersimpan dgn pejabat tanah. Mereka berkata geran itu tiada so kenapa masa penambahan nama di buat di berikan geran baru. Adakah DO telah memanipulatekn geran ini?? Macamana tanah tiada sedangkn cukai dibayar setiap thn. Bagaimana perlu dptkn geran asal yg di ambil oleh pejabat tanah tersebut???
Masalah ini telah saya bawakan ke Group Tukang Sukat Tanah untuk tujuan perbincangan. Antara respon yang diterima hasil daripada perbincangan warga FB Group Tukang Sukat Tanah adalah seperti berikut : 

'Tuan,tanah urusan rasmi so x org peduli klu hnya post d fb..kna korbn msa turun naik p pjbt dorg,x selesai d daerah,p kk n klu trpksa p kl pn ada ooo.just mw share,pengalaman.. '- Sai Bee

'Pergi report Polis dulu.... dan pergi buat land search di pejabat tanah...Ada data base bah dia orng' - Foh Bong.

'first and foremost, jangan lengah2 masa dan jangan ragu2, terus buat laporan polis. kalau bagus draf laporan polis sendiri dahulu untuk dikepilkan bersama dengan laporan polis rasmi nanti.' - Henry Gudid Padasian.

'Pengalaman sya dgn kehilangan geran tanah...(geran status FR ditukar kpda status NT)..saya diarah utk melaporkan kpda polis..saya sudh buat..selepas itu saya diberitahu oleh pegawai tanah bahwa mereka akan paparkan dlm papan notis selama 3 bulan...sampai sekarang geran tersebut belum dapat lagi..xda tau apa masaalah lagi...ini memakan masa lebih dari 10 tahun sudah...Apa yg ada dgn saya sekarang adalah photocopy geran tersebut yg tandatangani oleh pegawai daerah sebagai pengesahan.....macam mana itu Lundus Suveyor?...' - Terisah Bahan

'Sya nampak kes ini berkenaan dgn geran yg hilang, untuk itu saya cuba menerangkan prosedur utk mendapatkan geran ganti.Kita ada peruntukan dlm Ordinan Tanah Sec 120 utk dapatkan geran yg hilang utk diganti. Pemilik hanya perlu buat polis report, surat Akuan dan seterusnya menjelaskan fee terlibat di pej Tanah. Pejabat tanah akan buka satu doket utk permohonan tsb dan notis selama 3 bulan permohonan utk dptkan geran ganti tersebut perlu disiarkan di akhbar tempatan. Setelah tamat tempoh 3 bulan notis tsb, satu pendengeran utk permohonan tsb akan dibuat oleh PPHT. Sekiranya beliau berpuashati bahawa geran tersebut betul2 hilang..maka satu perintah utk keluarkan geran ganti akan dibuat.Walaubagaimanapun, perintah tersebut masih tertakluk kpd rayuan mana2 pehak berkepentingan terhadap geran tsb, dlm tempoh satu bulan setelah perintah pertama dibuat. Harap ini dapat memberi pencerahan kepada kawan2 yg mendapati geran tanah mereka hilang dalam simpanan tanpa disedari. Untuk makluman setelah hakmilik dikeluarkan dan didaftarkan, maka pemilik berdaftar tanah tsb bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan geran tsb dlm simpanannya.' Kpd Pn Terisah Bahan, sila rujuk ke pejabat tanah terbabit. Bawa rujukan LE anda bagi memudahkan semakan di pejabat nanti. Tq. Untuk makluman juga urusan tanah untuk negeri Sabah adalah bidang kuasa negeri..perdana menteri tiada kuasa dlm hal ini. -Jaidi Adrian Gulis 

'pada pendapat saya, hal2 tanah di sabah tidak ada relevannya dirujuk kepada kerajaan persekutuan. Encik Jaidi umumnya mmg betul. Asasnya hal2 tanah, hutan dan perkara lain yang termaktub dalam jadual 9 Perlembagaan persekutuan adalah jatuh ke dalam bidang kuasa kerajaan negeri. (melainkan tanah2 di wilayah spt labuan, kl dan putrajaya). Rujuk artikel 74, 77 dan jadual 9 perlembagaan persekutuan.Dan pengamatan saya adalah kalau kamu ada masalah dgn urusan Permohonan Tanah (PT) atau land application (LA) urang putih bilang, mahupun geran tanah kamurang, ataupun tuntutan NCR (hak tuntutan adat) DAN kalau kamu juga mendapat kesukaran untuk berurusan dengan mana2 pihak jabatan tanah, JANGAN DIAM DAN JANGAN TANGGUH ATAU BERFIKIR/BERHATI DUA untuk meneruskan pengurusan kamu. jangan kasih biar sampai bertahun2 sebab di sanalah selalunya bermula segala macam masalah.' -Henry Gudid Padasian

Apa yang sangat penting dalam perbincangan adalah supaya masalah yang dibincangkan itu ada cadangan jalan penyelesaian. itula objektif kita untuk setiap topik yang dibincangkan di Group Tukang Sukat Tanah. 

Anda juga dialu-alukan untuk bergabung dalam group Tukang Sukat Tanah.. klik link ini..
https://www.facebook.com/groups/ukurtanah/


Jumaat, 24 Oktober 2014

SurveyCAD - Kaedah memproses Crsx.

Hebat!
Lihat Kaedah Memproses Crsx melalui SCAD.
Perhatikan penggunaan open/off layer dan view drawing yang akan memudahkan data crsx dipilih.

Rabu, 22 Oktober 2014

Bekerja Sebahagian daripada Perjalanan Hidup

Bagi yang merasa telah ditinggalkan oleh peluang. Ketahuilah bahawa setiap saat yang berlalu adalah peluang keemasan. Ia hadir bersama peluang dan juga berlalu bersama dengan peluang. Mari kita manfaatkan apa saja peluang yang ada

Selasa, 7 Oktober 2014

Land For Sale NT Title - Kg.Kaiduan Papar

Details:
Location Lot: Kg. Kaiduan, Papar.
Area : 5.00Ha.
NT:023236731

Serious Buyer please contact:
Tukang Sukat Tanah
Hp: 01119568959 (WhatsApp)
Email: tukangsukat@gmail.com



Land For Sale - C.L Title Papar

Kg. Batu Lima, Papar.

Details:
From Papar town is 10 minutes  to the church signboard.
From Church signboard to my land is 7 minutes going uphill. 
From School pic is 2 minutes to Church signboard.
This is CL Title.
Area 16.45 Acre.

Serious Buyer please contact: 
Tukang Sukat Tanah
Hp: 01119568959 (WhatsApp)
Email: tukangsukat@gmail.com




Isnin, 6 Oktober 2014

Instant Street View - Google Car

http://www.instantstreetview.com/
Ramai kawan saya cakap pernah jumpa kereta ini di area kota kinabalu. Tapi malangnya saya langsung tidak pernah melihat kereta ini di KK. Sejak minggu yang lepas saya tercari-cari dimana kedudukan kereta ini selepas mendapat berita bahawa kereta google ini sedang berada di Sabah. Saya cuma berminat mahu tengok teknologi yang dipasang pada kenderaan ini untuk tujuan mapping. 
Kalau di Semenanjung hampir semua tempat street view sudah diliputi oleh google. Lihat pada peta Semanjung Malaysia ada warna highlight kebiruan. Itu menunjukkan bahawa disana sudah ada rekod street view. Manakala di Sabah dan Sarawak masih belum ada update street view oleh google. Tidak lama lagi update lah tu.
Beginilah hasil yang dapat direkod oleh google car. Ini sangat berguna kepada kita yang belum pernah sampai ke suatu tempat itu dan berniat mahu ke tempat tersebut. Kalau dulu kita hanya berpandukan kepada peta jalan, tapi kali ini kita boleh melihat terus keadaan bentuk fizikal di tempat tersebut sebelum memulakan perjalanan ataupun semasa dalam perjalanan (pemandu terkecuali). Sedikit sebanyak ia akan membantu kita untuk lebih cepat suaikenal dengan laluan tempat tersebut. 

klik pada gambar atau kunjungi link ini untuk rasai pengalaman sendiri dengan streetview google.