Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 14 Disember 2015

Panduan Jika Geran Tanah Hilang

Apa tindakan yang  harus anda lakukan jika geran tanah anda hilang?

  • Pemilik hanya perlu buat polis report, surat Akuan dan seterusnya menjelaskan fee terlibat di pej Tanah..

kes ini berkenaan dengan geran yang hilang, untuk itu saya cuba menerangkan prosedur untuk mendapatkan geran ganti. Kita ada peruntukan dalam Ordinan Tanah Sec 120 untuk dapatkan geran yang hilang untuk diganti. Pemilik hanya perlu buat polis report, surat Akuan dan seterusnya menjelaskan fee terlibat di pejabat Tanah. 

Pejabat tanah akan buka satu doket untuk permohonan tersebut dan notis selama 3 bulan permohonan untuk dapatkan geran ganti tersebut perlu disiarkan di akhbar tempatan. Setelah tamat tempoh 3 bulan notis tersebut, satu pendengaran untuk permohonan tersebut akan dibuat oleh PPHT. 

Sekiranya beliau berpuashati bahawa geran tersebut betul-betul hilang maka satu perintah untuk keluarkan geran ganti akan dibuat.Walaubagaimanapun, perintah tersebut masih tertakluk kepada rayuan mana-mana pihak berkepentingan terhadap geran tersebut, dalam tempoh satu bulan setelah perintah pertama dibuat. Harap ini dapat memberi pencerahan kepada kawan-kawan yang mendapati geran tanah mereka hilang dalam simpanan tanpa disedari. 

Untuk makluman setelah hakmilik dikeluarkan dan didaftarkan, maka pemilik berdaftar tanah tersebut bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan geran tersebut dalam simpanannya.

Ahad, 22 November 2015

Nota Tukang Sukat Tanah

Sebagai pengenalan kepada anda terhadap kerja Tukang Sukat Tanah. Kami bertanggungjawab membantu melaksanakan dan memproses kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan bagi tujuan penyediaan infrastruktur ukur, menentu, menanda dan mengukur tanda sempadan lot tanah, sempadan Negeri, dan sempadan Antarabangsa serta menyediakan pelan dan memproses kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan secara berkomputer untuk mendapatkan satu hasil kerja yang berkualiti, kemaskini dan tepat.

Pengenalan Ilmu Ukur
Ilmu ukur boleh ditakrifkan sebagai cara atau kesenian membuat ukuran terhadap kedudukan relatif bagi titik-titik yang berada di atas permukaan bumi untuk menghasilkan keadaan sebenar perihal kawasan tersebut. Apabila titik tersebut dipelot di atas sekeping kertas lukisan dengan menggunakan skala yang sesuai, maka bentuk mukabumi semulajadi atau ciptajadi seperti bukit, sungai, jalanraya, landasan keretapi, bangunan dan lain-lain dapat dibentuk dalam rupa sebuah pelan atau peta dengan betul. Dalam erti kata yang lain, ilmu ukur adalah penggambaran muka bumi dalam bentuk pelan ataupun muka keratan tegak yang berskala untuk tujuan menentukan dimensi, bentuk dan keluasan kawasan yang diukur.

Pengkelasan Ilmu Ukur
Pengkelasan ilmu ukur boleh dibahagikan berdasarkan :
  • Tujuan mengukur
  • Penggunaan alat-alat ukur yang utama.
Berdasarkan Kepada Tujuan Mengukur seperti:
  • Ukur Satah
  • Ukur Geodetik
Ukur Satah
Ukur satah adalah satu kaedah pengukuran bagi menentukan kedudukan titik di atas permukaan bumi. Dalam ukur satah, permukaan bumi dianggap mendatar. Kaedah ini memadai bagi kawasan yang mempunyai keluasan dalam lingkungan tidak melebihi 250km persegi atau 55 km panjang kerana ralat yang wujud tidak memberikan kesan terhadap ketepatan pengukuran. Ukuran-ukuran di padang diterima sebagai ukuran benar dan apabila dipelot di atas kertas merupakan unjuran di atas satah mendatar. Satah mendatar ini bermaksud satah yang berada dalam keadaan tepat atau normal terhadap garis graviti. Garisan graviti dapat dibentuk dengan menggantung pelambab dengan tali halus di atas permukaan bumi.

Ukur Geodetik
Satu lagi kaedah dalam menentukan kedudukan sesuatu titik di atas permukaan bumi. Dalam kaedah ini, lengkung bumi diambil kira dalam kerja-kerja hitungan dan konsep tentang geometri sfera diperlukan. Kaedah ini digunakan bagi kawasan yang melebihi 250 km persegi atau 55 km panjang. Dengan menggunakan peralatan yang moden dan canggih pengukuran geodetik boleh dijalankan bagi keseluruhan sesebuah negara. Jaringan yang dihasilkan dari ukuran geodetik ini digunakan bagi mengawal lain-lain ukuran.

Berdasarkan Kepada Alat Ukur Yang Utama.
  • Ukur Rantai
  • Ukur Kompas
  • Ukur Aras
  • Ukur Meja
  • Ukur Tiodolit

Cabang-cabang Ilmu Ukur
Ilmu Ukur boleh dibahagikan kepada beberapa cabang dengan mengikut tujuan seperti berikut:
  • Ukur Kadaster
  • Ukur Kejuruteraan
  • Ukur Topografi
  • Ukur Geodetik
  • Ukur Hidrografi
  • Astronomi
  • Sistem Penentududukan Global (GPS)
  • Fotogrametri
  • Penderiaan Jauh.
Ukur Kadaster
Ukur kadaster adalah pengukuran bagi tujuan pengeluaran surat hakmilik tanah atau geran tanah termasuklah pengeluaran hakmilik strata dan hak milik stratum. Tugas-tugas pengeluaran hakmilik tanah di Semenanjung Malaysia adalah diperuntukan di dalam Kanun Tanah Negara 1965 manakala untuk di Sabah tertakluk kepada Ordinan Tanah (Sabah Bab 68) dan di Sarawak pula ialah Akta Tanah (Sarawak Bab 81).

Jenis-Jenis Ukur Kadaster:
  • Penentuan sempadan-sempadan negeri, daerah mukim, bandar dan seksyen.
  • Pelupusan tanah termasuk tanah desa, bandar dan kampung.
  • Pelupusan tanah bawah tanah (Stratum).
  • Pengambilan balik tanah bermilik.
  • Pecah bahagi, pecah tanah dan penyatuan tanah.
  • Pecah bahagi bangunan (Strata)
  • Ukuran kawalan tanah bermilik bagi pengukuran hakmilik tanah dan kejuruteraan.
Tujuan Ukur Kadaster
  • Pengeluaran surat hakmilik atau geran tanah
  • Merizab tanah atau 'open space'bagi kegunaan kerajaan seperti:
    •    Jalan
    •    Tali air
    •    Landasan keretapi
    •  Takungan air dan sebagainya.
  • Pengambilan balik tanah untuk tujuan awam seperti:
    •    Sekolah
    •    Masjid
    •    Tanah perkuburan dan sebagainya.
Ukur Kawalan:
Ukur Kejuruteraan
Merupakan asas yang sangat penting dalam semua kerja-kerja rekabentuk dalam kejuruteraan awam. Semua pengukuran diikat kepada tanda-tanda ukur yang sah seperti tanda sempadan, tanda ukur kawalan, batu aras, monumen penyegitigaan, monumen GPS dan sebagainya yang mempunyai nilai-nilai kawalan mendatar dan menegak.

Jenis-Jenis Ukur Kejuruteraan:
  • Ukur kawalan mendatar.
  • Ukur kawalan menegak.
  • Penandaan (monumenting).
  • Kerja-kerja ‘setting out’ untuk jalan, landasan keretapi,talian paip, parit dan tali air, talian elektrik dan sebagainya.
  • ‘Cross-sectioning’ dan ‘profiling’
  • Kontur dan butiran:
  • Pengawalan deformasi struktur-struktur binaan seperti bangunan, jambatan, empangan, pelabuhan dan sebagainya.
Tujuan Ukur Kejuruteraan
Ia dijalankan bagi memenuhi keperluan berikut :
  • Perolehan data-data spatial bumi untuk kegunaan rekabentuk kerja-kerja kejuruteraan awam.
  • ‘Setting out’ struktur binaan kejuruteraan awam kepada parameter-parameter yang ditetapkan.
  • Menghasilkan pelan lengkap bagi tujuan kerja-kerja kejuruteraan.
Ukur Topografi
Ukur topografi adalah pemungutan dan pengumpulan data mengenai kedudukan dan bentuk paramuka-paramuka di permukaan bumi samaada semulajadi atau ciptajadi. Ia dijalankan bagi tujuan untuk mengeluarkan peta topografi dengan skala di antara 1:25000 hingga 1:1000000 dan peta tematik (peta kegunaan khusus) untuk kegunaan tentera. Antara kaedah-kaedah yang digunakan di dalam ukur topografi ialah Ukur Aras, Tekimetri, Meja Datar, Fotogrammetri dan Penderiaan Jauh.

Ukur Geodetik
Merupakan pengukuran permukaan bumi bagi menentukan bentuk permukaan bumi dengan menggunakan peralatan yang berkejituan tinggi. Prinsip ukur geodetik adalah dari keseluruhan kepada sebahagian. Satu jaringan utama dengan ketepatan paling tinggi yang meliputi sesebuah negara perlu dibentuk. Jaringan itu kemudiannya akan dipecahkan kepada jaringan penyegitigaan peringkat kedua dan seterusnya peringkat ketiga sehingga terdapat titik kawalan yang mencukupi bagi sesebuah negara. Hasil daripada kerja ukur geodetik juga dapat membentuk satu elipsoid yang paling sesuai bagi sesuatu kawasan.

Ukur Hidrografi
Ukur hidrografi dijalankan untuk kegunaan dalam penyusunan dan penyediaan carta nautika, carta batimetrik, kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan pelabuhan. Kini kegunaannya lebih meluas dengan berkembangnya kerja-kerja carigali minyak dan gas asli di luar pantai. Prinsip pengukuran hidrografi tidak banyak bezanya dengan ukur tanah. Perbezaan yang ketara adalah pada teknikteknik dan peralatan yang digunakan.

Astronomi
Dalam bidang astronomi khusus bagi ukur tanah, cerapan dijalankan ke atas ‘heavenly bodies’ seperti matahari, bulan dan bintang bagi menentukan posisi di permukaan bumi dalam bentuk latitud dan longitud astronomi, seterusnya mendapatkan azimut bagi mengawal azimut pada titik di bumi. Nilai cerapan, hasil perhitungan dan lain-lain data yang digunakan adalah dalam bentuk sudut.

Sistem Penentududukan Global (GPS)
Sistem Penentududukan Global (GPS) adalah satu kaedah canggih dalam menentukan kedudukan di atas bumi. Ia terdiri dari alat penerima (receiver) yang boleh menerima isyarat dari satelit-satelit yang dilancarkan ke angkasa lepas khusus bagi tujuan penentududukan. Sateli tersebut berada dalam edaran orbit di angkasa lepas. Salah satu kaedah penentududukan adalah dengan mengesan sekurang-kurangnya 4 satelit berkenaan. Data yang diterima diproses dengan komputer bagi mendapatkan nilai posisi sesuatu stesen GPS itu dalam 3 dimensi. Kaedah ini telah digunakan untuk mempertingkatkan mutu kordinat–kordinat jaringan titik kawalan negara yang dahulunya ditentukan dengan kaedah konvensional.

Fotogrametri
Penggambaran udara merupakan kaedah penderiaan jauh yang paling awal diperkenalkan. Penggambaran dijalankan dengan kamera khas yang dipasang pada pesawat terbang yang stabil seperti kapalterbang dan helikopter. Ketinggian penerbangan sewaktu penggambaran adalah bergantung kepada skala foto yang akan dihasilkan. Biasanya skala foto udara yang diperlukan adalah 1:40,000 bagi skala kecil dan 1:5,000 bagi kala besar. Saiz foto udara yang biasa adalah 23cm x 23cm. Penggambaran adalah dalam hitam putih atau warna mengikut keperluan. Pengukuran dan penterjemahan foto udara dilakukan dengan menggunakan alat-alat stereoskop dan ‘stereoplotter’. Susunan foto-foto udara yang telah dibetulkan (rectified) dengan alat yang khusus menghasilkan mozek dan peta foto. Maklumat dari gambar udara juga digunakan untuk menyediakan peta.

Penderiaan Jauh
Penderian jauh adalah kaedah pemungutan data mengenai objek atau bahan di permukaan bumi atau ruang udara dengan alat penderia (sensor) dari platform yang terletak jauh dari objek itu. Dengan pelancaran satelit-satelit yang dilengkapkan dengan penderia (sensor), isyarat daripadanya dapat diterima dan dirakam di stesyen-stesyen bumi. Data digital yang dirakam boleh dianalisis dan diproses dengan komputer untuk menghasilkan gambaran (imageri) kawasan-kawasan di permukaan bumi. Imegeri-imegeri dari ‘airborne’ dan ‘space borne’ boleh digunakan untuk menyediakan peta topografi, peta tumbuhan, peta geologi dan sebagainya. Memandangkan kesesuaian aplikasi penderiaan jauh adalah dalam bidang ukur tanah, teknologi yang canggih ini telah diterima sebagai salah satu disiplin dalam ilmu ukur.

Khamis, 19 November 2015

Menjejaki Tanah Pusaka keluarga Yang Hilang

Geran Tanah yang hilang dari radar keluarga kini ditemui. Tanah lot ini sudah lama diusahakan oleh keluarga dengan tanaman pokok getah. Cuma anak-anak jarang sampai ke lot tanah menyebabkan sampai satu masa anak-anak tidak tahu lagi dimana kedudukan tanah geran orang tua mereka selepas kedua orang tua mereka sudah tiada. 

Anak-anak yang berhijrah ke bandar dan jarang balik ke kampung kerana kesibukan pekerjaan tidak sedar rupa-rupanya keadaan ini sudah berlangsung lebih daripada 10 tahun. Sampai satu tahap anak-anak terpaksa juga menjejaki kedudukan tanah pusaka ini. Rugi kalau dibiarkan hilang begitu sahaja.

Proses mencari dan mengenalpasti kedudukan lot tanah merujuk dalam pelan akui Jabatan Tanah dan Ukur sememangnya perkara yang seronok buat Tukang Sukat Tanah & rakan-rakan. Walaupun ada banyak cabaran dan halangan semasa dalam hutan namun semangat kami terus membara semata-mata untuk menjejaki kedudukan tanah ini. Selepas beberapa jam berjalan akhirnya tanah ini dapat ditemui dan dapat disahkan kedudukannya dengan menyemak perbandingan nombor batu sempadan diatas tanah dan dalam pelan tanah. Sudah tentu satu berita yang amat mengembirakan buat seorang anak yang mewarisi tanah pusaka ini. 

Isnin, 9 November 2015

Happy Deepavali 2015

Pihak kami ingin  mengammbil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Depavali kepada yang merayakannya. Semoga kita semua akan terus sukses dimasa datang.

HAPPY DEEPAVALI..!

Ahad, 8 November 2015

Senarai Syarikat Juruukur Berlesen Negeri Sabah

Berikut adalah senarai  (30) Syarikat Juruukur Berlesen (JUB)  Di Negeri Sabah bagi tahun 2015. 

1/2015
Lot 3, Lorong Pucung
7km, Jalan Tuaran
Likas
P. O. Box 126
89407 Likas
Tel: 422531, 426292
Fax: 422531
H/P: 016-8389932
Email:jusabah@yahoo.com

2/2015
Unit E-4-6, Block E, Level 4,
Tanjung Aru Plaza 
Jalan Mat Salleh
88100 Kota Kinabalu
Tel: 248559
Fax: 247889
H/P: 019-8811499
016-8275000
Email: nosius@yahoo.com
jurukurluaran@gmail.com

3/2015
Tingkat 3, Lot 8, 
Bunga Raja Shoplots,
Jalan Lintas,
88450 Kota Kinabalu
P. O. Box 12222
88825 Kota Kinabalu
Tel: 432396, 433396
Fax: 432396
H/P: 019-8212998 
Email:jurukursii@yahoo.com

4/2015
Tingkat 1, Lot 2, Blok 36,
Bandar Penampang Baru
Phase 2B, Mile 5½, 
Jalan Penampang
88300 Kota Kinabalu
P. O. Box 23017
88790 Luyang
Tel:717718, 717719
Fax: 717719
Email:jurukurvitustan@gmail.com

5/2015
ONG CHUAN PING
JURUKUR ONG & RAKAN RAKAN
Tingkat 1, Blok 35, Lot 5, 
Bandar Penampang Baru Phase 2B,
Jalan Penampang,
88300 Kota Kinabalu
P. O. Box 15297
88863 Kota Kinabalu
Tel: 711906
Fax: 712906
H/P: 016-8105488
Email: ongrakan2@yahoo.com

6/2015
ZAKARIA BIN SAAT
PERUNDING UKUR ZAKARIA
Lot 41-2, Tingkat 2, Blok D
Bundusan Commercial Centre
Jalan Bundusan
88300 Kota Kinabalu
Tel: 722986
Fax: 725989
H/P: 019 8613833/016 8066066
Email: zakariasaat@gmail.com

7/2015
Tingkat 2, Blok D, Lot 15,
Ruang Singgah Mata 2,
Asia City,
88000 Kota Kinabalu
W.D.T. 169
88901 Kota Kinabalu
Tel:211820, 262213, 262218
Fax:239589
H/P: 019-8816820
Email:jswasta169@gmail.com

8/2015
HJ. ABU HUSIN BIN JANTAN 
JURUUKUR WAHDAH
Tingkat 3, Lot No. 12,
Bunga Raja Shopping Complex, 
Lorong Bunga Raja 5,
Off Jalan Lintas,
88450 Kota Kinabalu
Tel: 436512, 436513
Fax: 436516
H/P: 016-8101115
Email: jwahdah_kk08@yahoo.com
abuhusinjantan@gmail.com

9/2015
1st Floor, Block I, Lot 68
Bandar Pasaraya
Mile 4, Jalan Utara
90000 Sandakan
P. O. Box 769
90708 Sandakan
Tel: 089-218815
Fax: 089-273071
Email: tnwong769@yahoo.com.my

10/2015
Tingkat 2, Lot 7, Lorong Bernam 3,
Taman Soon Khiong, 
Jalan Kolam, Bukit Padang
88300 Kota Kinabalu
P. O. Box 13334
88837 Kota Kinabalu
Tel: 211482, 211380, 219600
Fax: 240355
H/P: 013-8809999
Email:jumas@gmail.com
jumas_cheng@yahoo.com.my

11/2015
Tingkat 3, Blok H, Lot 15
Ruang Singgah Mata 4
Asia City
88000 Kota Kinabalu
P. O. Box 13075
88834 Kota Kinabalu
Tel: 237355, 232355
Fax: 268155
H/P: 019-8611321
Email:perunding2005@yahoo.com

12/2015
Lot 5, Tingkat 1, Taman Delima Shophouses
Jalan Penampang
88300 Kota Kinabalu
P. O. Box 22524
88700 Kota Kinabalu
Tel: 717778, 433396 
Fax: 717778
H/P: 019 8614020
Email: jsuria2010@gmail.com

13/2015
20, Lorong Raja Udang 15
Taman Kingfisher Phase 2
88450 Kota Kinabalu
P. O. Box 21006
88767 Damai Plaza, Luyang
Kota Kinabalu
Tel: 259872
Fax: 264395
H/P: 019-8515180 
Email: alexckp@jtsb.net

14/2015
Block C, Lot 11, 2nd Floor, 
Damai Plaza, Phase 3, 
Jalan Damai, Luyang
88300 Kota Kinabalu
P. O. Box 12845
88831 Kota Kinabalu
Tel: 264888 (3 Lines)
Fax: 263777
H/P: 019-8806163
Email: chongty@jtsb.net

15/2015
No. 5-2, Lot 29,2nd Floor
Inanam Point Phase 2, Inanam
88450 Kota Kinabalu
P.O.Box 14313
88831 Kota Kinabalu
Tel: 265777
Fax: 263777
H/P: 012-8380116
Email: fungahsing@gmail.com

16/2015
HJ. MOHD. NIZAM BIN RAHMAT
JURUKUR TEMPATAN SDN BHD
Block C, Lot 11, 2nd Floor, 
Damai Plaza, Phase 3, 
Jalan Damai, Luyang
88300 Kota Kinabalu
P. O. Box 12845
88831 Kota Kinabalu
Tel: 264888 (3 Lines)
Fax: 263777
H/P: 019-8811163
Email: nizam@jtsb.net

17/2015
Tingkat 1, Blok 24, Lot 4
Bandar Indah
Sandakan
P. O. Box 616
90707 Sandakan
Tel: 089-272307
Fax: 089-273822
H/P: 013-8868789
Email: jurukurasia@yahoo.com
 
18/2015
Tingkat 2, Blok E, Lot 9,
Buhavan Square, 
Donggongon Town,
89507 Penampang
P. O. Box 13158
88835 Kota Kinabalu
Tel: 721171, 721175
Fax: 720361
H/P: 019-8207000
Email: mojigohsc@gmx.com

19/2015
683 Tabuan Heights Phase 5
Lorong Song 1A, Jalan Song
P. O. Box 967
93720 Kuching
Tingkat 2, Blok C, Lot 13-2,
Lintas Square, Jalan Lintas
88300 Kota Kinabalu
Tel: 082-365159, 365179 (Kchg)
088-247151, 238596 (KK)
Fax: 088-242566 (KK)
082-365202 (Kchg)
Email: uss_usc@yahoo.com

20/2014
DATUK DR. ABDUL KADIR BIN TAIB
PLATINUM SURVEY CONSULTANT
Lot F-G-13, Ground Floor,
Plaza Tanjung Aru,
Jalan Mat Salleh
88100 Kota Kinabalu
Tel: 217788
Fax: 216788
H/P: 012-2964296
Email: drkadirtaib@gmail.com
platinumsckk@gmail.com 

21/2015
No. 36, Block E, Tingkat 1
Lorong Plaza Permai 2
Alamesra, Jalan Sulaman
88400 Kota Kinabalu
Tel: 485950
Fax: 485951
H/P: 019 3531699
Email: sejagatsabah@gmail.com

22/2015
Lot 36, Ground Floor, Block E
Lorong Plaza Permai 2
Alamesra Plaza Permai, Jalan Sulaman
88400 Kota Kinabalu
Tel: 485414
Fax: 485415
H/P: 016-8319009, 019-2216192
Email:smartsvy@gmail.com
 
23/2015
Tingkat 1, Lot 7-1 
Wisma Damai
Jalan Damai
88300 Luyang
P. O. Box 11688
88818 Kota Kinabalu
Tel: 234052 
Fax: 234053
Email: jurukurbakat@yahoo.com

24/2015
2nd Floor, Lot 2, Wisma HCS
Jalan Kolam, Luyang
88300 Kota Kinabalu
P. O. Box 11688
88818 Kota Kinabalu
Tel: 211193 
Fax: 311193
H/P: 016-8333278
Email: simonchungck@hotmail.com

25/2015
Tingkat 2, Blok C, Lot 19,
Donggongon Square, 
89507 Penampang
P. O. Box 212
89507 Penampang 
Tel: 733988
Fax: 733688
H/P: 019-8522871
Email: wbmoinin@gmail.com
wbmoinin@yahoo.co.uk

26/2015
2nd Floor, Block F, Shop No. 15
Ruang Singgah Mata 4
Asia City
88000 Kota Kinabalu
P. O. Box 13691
88842 Kota Kinabalu
Tel: 256688
Fax: 256699
H/P: 019-8606688
Email: jham@pd.jaring.my
jpmham@gmail.com

27/2015
Tingkat 1, Blok 22, Lot 10
Bandar Penampang Baru
88200 Kota Kinabalu
P. O. Box 10932
88810 Kota Kinabalu 
Tel: 721932
Fax: 721931
H/P: 013-8573428
Email:hpmogindol@gmail.com

28/2015
Tingkat 3, Lot No. 12,
Bunga Raja Shopping Complex, 
Lorong Bunga Raja 5,
Off Jalan Lintas,
88450 Kota Kinabalu
Tel: 436512, 436513
Fax: 436516
H/P: 019-3381443
Email: jwahdah_kk08@yahoo.com

29/2015
P. O. Box 17768
88874 Kota Kinabalu
Tel: 088 423680
H/P: 019 8105518
Email: vhenglee@gmail.com
vuihenglee@yahoo.com

30/2015
9 Taman Seri Gaya
Jalan Maktab Gaya
88300 Kota Kinabalu
H/P: 012-8285138
Email: jafry9@gmail.com