Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 15 Jun 2017

Jemputan Sebagai Penceramah

Sudah tentu ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga apabila dijemput sebagai penceramah di seminar yang dianjurkan oleh Institut Tanah dan Ukur Negara atau INSTUN. Terima kasih atas kepercayan yang diberikan. 

Di seminar ini saya berpeluang berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam kerja Penggambaran Fotoudara. Semua peserta yang hadir di seminar ini merupakan tenaga pengajar di INSTUN, Perak. Peserta yang begitu 'sporting' menambahkan lagi seri di sesi ceramah Penggambaran Fotoudara. 

Bermula daripada perancangan lembar penerbangan, pengalaman dan keadaan sebenar ketika berada di lapangan udara, cabaran-cabaran yang membimbangkan, muat turun data daripada FDU, Proses raw data hinggalah ke hasil pemprosesan terakhir. Gambar fotoudara ini amat penting dan berguna kepada pembangunan dan keselamatan Negara.

Rabu, 14 Jun 2017

Harta karun

Tanpa sengaja pedang lama ini dijumpai oleh tukang sukat team kawan sewaktu melakukan pengukuran di padang.

Menurut cerita orang kebanyakan di tempat itu ada banyak harta benda milik orang dulu-dulu yang disembunyikan semenjak orang kebanyakan di kawasan itu sudah memeluk agama. Ada sumber bagitahu bahawa pedang ini digunakan ketika ritual dijalankan. Ada juga yang mengatakan itu adalah petanda bahawa harta karun (peti emas) ada disekitar. Tidak tau lah samaada betul atau tidak. Tapi begitulah kata orang kebanyakan.

Macam-macam dalam hutan...
 

Ahad, 11 Jun 2017

Sejarah Jabatan Tanah Dan Ukur SABAH

(Untuk Nota Peribadi)

Jabatan Tanah dan Ukur telah ditubuhkan di Negeri Sabah. pada kurun ke - 19 dan ketika itu Jabatan ini terbahagi kepada dua pejabat yang ditadbir secara berasingan iaitu Pejabat Tanah dan Pejabat Ukur. Pejabat Tanah ditadbir oleh seorang Pesuruhanjaya Tanah (Commissioner of Land) dan Pejabat Ukur ditadbir oleh seorang Ketua Juruukur (Surveyor General). Daripada tahun 1940 hingga 1947, Pejabat Tanah dan Pejabat Ukur telah digabungkan di bawah pentadbiran seorang Pesuruhjaya Tanah dan Ukur (Commissioner of Land and Surveyor General).

Pada tahun 1954, Jabatan Tanah dan Jabatan Ukur telah digabungkan di bawah pentadbiran Pengarah Tanah dan Ukur serta Timbalannya. Jabatan Tanah dan Ukur kini diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu seorang Timbalan Pengarah serta dua orang Penolong Pengarah.

Sejarah serta perkembangan Jabatan Tanah dan Ukur mempunyai kaitan secara langsung dengan sejarah pembangunan Negeri Sabah kerana Jabatan ini adalah Jabatan yang dipertanggungjawab untuk mentadbir hal-hal yang berhubung dengan tanah. Tanah ialah sumber segala kekayaan dan keperluan asas dalam segala aspek pembangunan sama ada pertanian, perumahan, perindustrian, perdagangan dan sosial. Pembangunan pesat yang berlaku di Negeri Sabah jelas menunjukkan bahawa Jabatan ini telah dan sedang menjalankan tanggungjawab secara langsung sebagai pemangkin kepada pembangunan negeri.

Sejarah Penubuhan JUPEM SABAH

(Untuk Nota Peribadi)

OKTOBER 1983
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Cawangan Sabah) diwujudkan berasaskan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan, 1962: ” 12(b)(i)Topographical and Geodetic Surveys should be Federal subjects but should continued to be carried out as at present by State Land and Survey Department as agents for the Federal Goverment. (ii) Cadastral Survey is State Subject ” dan seterusnya melalui Jawatankuasa Antara Kerajaan Peringkat Menteri pada 4 Disember 1975 yang menetapkan : The Federal Government should take over the responsibility for carrying out topographical and geodetic surveys in Sabah and Sarawak when the Federal Government is capable and ready to do so.”Selaras dengan keputusan kedua-dua Jawatankuasa tersebut, maka pada 10 Oktober 1983, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Cawangan Sabah) telah ditubuh secara rasminya. Pada awal penubuhannya, Jabatan ini dikenali sebagai Unit Topografi dan Geodesi Sabah yang terdiri daripada dua (2) bahagian iaitu Ibu Pejabat dan Cawangan Kerjaluar Wilayah I Kota Kinabalu yang bertempat di Wisma Kebajikan, Sembulan, Kota Kinabalu. Pada tahun 1985, Cawangan Kerjaluar Wilayah II telah dibuka di Tawau dan Cawangan Kerjaluar Wilayah III pula dibuka pada 1993 di Sandakan

PADA 1995
Jabatan ini mula dikenali sebagai Jabatan Ukur Pemetaan Malaysia (Seksyen Topografi Sabah) atau ringkasnya JUPEM Sabah.

JANUARI 2014
Pada 1 Januari 2014 lanjutan daripada Dasar Desentralisai Bahagian Pemetaan dan penstrukturan semula JUPEM melalui Waran Perjawatan Bil E128 tahun 2013, Seksyen Topografi Sabah telah diubah kepada Bahagian Pemetaan Topografi Sabah

Selasa, 6 Jun 2017

Land For Sale at Kg.Togung, Jln Kokol, Manggatal


Tanah NT seluas 5.93 ekar utk dijual, lokasi di Kg Togung, Jln Kokol, Manggatal, 4km dari Pekan Manggatal dan 3 km dari bandar Serra, Kota Kinabalu.

Tanah sesuai dibangunkan sebagai tempat pelancongan, kawasan ini mula sejuk dalam jam 3 petang hingga jam 9 pagi.

Waktu petang dan pagi ada embun dan pemandangan boleh nampak pelabuhan Sepanggar, UMS, Puterajaya, Yayasan Sabah dan pelabuhan KK. 

Keadaan tanah bukit ada yg landai dan ada yg curam, tanah masih ditumbuhi getah tua dan kayu balak, Jalan raya boleh sampai tapi buat masa ini, jalan raya rosak oleh hujan, talian elektrik 500 meter dari tiang terakhir dan bekalan air melalui graviti sumber dari anak Sungai dalam ini tanah. 

Rumah Jiran terdekat dlm 500 meter.

Contact:

Tukang Sukat Tanah
Hp: 01119568959 (WhatsApp)
Email: tukangsukat@gmail.com


Isnin, 5 Jun 2017

Resit L.A atau P.T

Ini adalah contoh resit Land Application (L.A) atau Permohonan Tanah (P.T) yang biasa disebut atau digunakan ketika dalam urusan tanah. 

Resit ini diperolehi ketika menghantar borang permohonan tanah dan didaftarkan dalam rekod Jabatan Tanah dan Ukur (JTU). Resit ini tidak boleh hilang kerana penting dijadikan rujukan pada masa akan datang. Waktu folow-up status permohonan tanah pada masa itulah resit ini diperlukan. 

Berlaku juga jual beli resit LA. Urusniaga ini tidak digalakkan. kerana si pembeli berpotensi ditipu hidup-hidup. Walaupun begitu masih ramai yang suka beli resit LA sebab tertarik dengan harga yang rendah berbanding harga mahal bila sudah bergeran. Lumrah manusia......