Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 4 Ogos 2017

Minda Tukang Sukat Tanah

Dikatakan bahawa keadaan ekonomi yang tidak stabil akan semakin memuncak pada tahun 2018. Bukan untuk dipercaya, tapi untuk diperhatikan sahaja. Jika keadaan itu benar maka ia pasti menjejaskan semua orang kerana kos sara hidup yang semakin meningkat. Akan berlaku nanti dimana terjadi perbelanjaan isi rumah yang tinggi berbanding dengan pendapatan isi rumah yang rendah. Maknanya isi rumah akan buka buku 555. Ekonomi yang mula terjejas dapat dirasai apabila kuasa membeli semakin jatuh. Berlaku penawaran yang tinggi berbanding permintaan yang rendah. Maknanya akan berlaku kerugian.

Tiga hal yang penting boleh kita fikirkan.
  • Tanah bergeran
    • antara bangunan (rumah) dan tanah, belilah tanah. Sebabnya adalah rumah/bangunan akan (boleh) menjadi banyak tetapi tanah tidak akan menjadi banyak. 
    • tempat bercucuk tanam
    • tempat pelihara binatang ternakan
  • Emas/Perak
    • Nilainya yang paling stabil
  • Wang 
    • Simpan wang secukupnya.
    • guna wang dengan bijak

Sabtu, 29 Julai 2017

Kerja Penandaan Bagi Cadangan Jalan Masuk ke Tanah Geran

Panduan Pecah Geran Tanah NT/CL

Berikut merupakan panduan anda untuk tujuan pecah geran tanah.
  1. Sediakan Proposed Plan Subdivision.
  2. Plan mendapat endorsement daripada pejabat ukur berlesen.
  3. Plan + surat iringan + dokumen yang diperlukan akan diserahkan kepada pihak Majlis.
  4. Plan kuiri akan dikembalikan untuk dibuat pembetulan dan hantar semula kepada Majlis.
  5. Plan yang lulus boleh memohon Register Survey Paper (RSP) dari Jabatan Tanah Ukur (JTU)
  6. Pengukuran dan penandaan tanda sempadan tanah merujuk pada plan pecah bahagi.
  7. RSP dikembalikan kepada JTU.
  8. Geran Tanah akan dikeluarkan selepas diproses.