Pages

Khamis, 5 Februari 2015

UAVER Aerial Mapping

Avian-P unmanned aerial mapping systems featuring long endurance, hi-stability, easy operation, and multi-payloads advantages. Any individual with less or even no aviation experience can easily accomplish and aerial mapping mission.

Nahas Helikopter ketika Operasi Pengukuran Sempadan diJalankan

Mengimbau kembali tragedi ngeri yang berlaku pada 25 Julai 2005 di Kapit, Sarawak telah berlaku kejadian nahas helikopter jenis Bell 206 Long Ranger milik Hornbill Skyways Sdn. Bhd di bukit Tiban, Uleh Baleh Kapit. Helikopter ketika itu dipandu oleh Kapten Razali Sani yang turut terkorban bersama dengan tiga penumpang yang lain kecuali En. Razali Hassan kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Difahamkan hubungan mereka terputus dengan menara kawalan di Kota Kinabalu selepas meninggalkan penempatan masyarakat kenyah di Long Singut pada kira-kira pukul 10:20 pagi bagi menjalankan kerja-kerja penandaan sempadan Sarawak-Kalimantan Barat. Dipercayai nahas tersebut akibat angin kencang ketika helikopter sedang melakukan pendaratan cemas di bukit berkenaan.

En. Razali Hassan adalah satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas ngeri itu menceritakan helikopter berkenaan dipukul angin lintang ketika ia hampir mendarat di puncak bukit. Menurutnya, ketika kejadian En. Ramli membuka pintu pesawat dan tiba-tiba angin lintang bertiup kuat ke arah helikopter menyebabkan kapten Razali Sani hilang kawalan mengakibatkan En.Ramli tercampak keluar dan helikopter menjunam ke bawah bukit dan terhempas. Manakala kapten Razali pula tercampak keluar kira-kira tiga meter dari helikopter yang terputus tiga akibat hentakan kuat. En. Razali pengsan selepas kejadian itu dan hanya sedar apabila dua jam kemudian. Pengalaman enam hari sebelum dapat diselamatkan merupakan satu pengalaman yang cukup menyeksakan kerana dia terpaksa tidur dalam bangkai helikopter bersama dengan mayat rakan sendiri.Syukurlah bekalan biskut masin dan air yang dibawa menjadi penyambung nyawanya selain surah yasin yang di baca untuk menguatkan semangatnya.

Sementara itu diantara orang kenamaan yang hadir adalah Ketua Menteri Sawarak Tan Sri Mahmud Taib (pada ketika itu) dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), YB Dato' Sri Hj, Adenan bin Hj. Satem serta ketua Setiausaha NRE dan Ketua Pengarah JUPEM Dato' Hamid bin Ali.