Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 26 Januari 2013

Khamis, 24 Januari 2013

GTS-220 series

GTS-220 seriesTOPCON proudly announces the debut GTS-220 Series as the innovative successor to the best selling GTS-210 Series Total Stations.

The GTS-210 Series with "Waterproof" design brought revolution to the surveying industry with features and durability.

Now the new GTS-220 Series has up-graded its basic functions for distance and angle measurement in addition to maintaining superb durability against the environment.

The GTS-220 Series is also provided with a longer life battery of 10 hours, and various kinds of application programs makes surveying work quick and simple in the field.

The features included with the "All Weather" highly productive GTS-220 Series Total Stations are setting a new standard for surveying!


Model NameGTS-223GTS-225GTS-226GTS-229
TELESCOPE
Length
150mm
Objective Lens Diameter
45mm (EDM 50mm)
Magnification
30 ×
Image
Erect
Field of View
1°30′
Resolving Power
2.5″
Minimum Focus Distance
1.3m
DISTANCE MEASUREMENT
Condition 1
1 prism
3 prisms
9 prisms

3,000m (9,900ft)
4,000m (13,200ft)
5,000m (16,400ft)

2,000m (6,600ft)
2,700m (8,900ft)
3,400m (11,200ft)
Condition 2
1 prism
3 prisms
9 prisms

3,500m (11,500ft)
4,700m (15,400ft)
5,800m (19,000ft)

2,300m (7,500ft)
3,100m (10,200ft)
4,000m (13,200ft)
Condition 1 :Sight haze with visibility about 20 km (12.5 miles) moderate sunlight with light heat shimmer.
Condition 2 :No haze with visibility about 40 km (25 miles), overcast with no heat shimmer.
Accuracy
±(2mm + 2ppm× D)m.s.e.±(3mm + 3ppm× D)m.s.e.
D: Measuring distance (mm)
Least Count in Measurement
 Fine Mode
1mm (0.005 ft.)/0.2mm (0.001 ft.)
 Coarse Mode
10mm (0.02 ft.)/1mm (0.005 ft.)
 Tracking Mode
10mm (0.02 ft.)
Measurement Display
11 digits: max. display 9999999.9999
Measuring Time
  Fine Mode

  Coarse Mode
  Tracking Mode
1mm: 1.2sec. (Initial 4 sec.)
0.2mm: 2.8sec. (Initial 5 sec.)
0.7sec. (Initial 3 sec.)
0.4sec. (Initial 3 sec.)
(The initial time will be different by a
condition and setting EDH off time.)
Atmospheric Correction Range
-999.9 to +999.9ppm (By 0.1ppm)
Prism Constant Correction Range
-99.9 to +99.9mm (By 0.1mm)
ANGLE MEASUREMENT
Method
Absolute Reading
Detecting System
H: 2 sides V: 1 sideH: 1 side V: 1 side
Minimum Reading
1″/5″
(0.2 / 1mgon)
5″/10″
(1 / 2mgon)
Accuracy *
3″
(1mgon)
5″
(1.5mgon)
6″
(1.8mgon)
9″
(2.7mgon)
Measuring Time
Less than 0.3 sec.
Diameter of circle
71mm
DISPLAY
Display Unit
Dot matrix LCD 20 characters × 4 lines with Blacklight
2sides1side
Keyboard
10 function keys
TILT CORRECTION (AUTOMATIC INDEX)
Tilt sensor
Dual axisSingle axis
Method
Liquid type
Compensating range
±3′
Correction unit
1″ (0.1 mgon)
OTHERS
Instrument height
176mm(6.93in)
LEVEL SENSITIVITY
Circular level
10′ / 2mm
Plate level
30″ / 2mm40″ / 2mm
LASER PLUMMET : STANDARD
OPTICAL PLUMMET TELESCOPE (OPTION)
Magnification
3 ×
Focusing Range
0.5m to infinity
Image
Erect
Field of view
(at 1.3m)
5°(dia.114mm)
DIMENSIONS
336(H) × 184(W) × 150(L)mm
[13.2(H) × 7.2(W) × 5.9(L)in.]
Weight
Instrument
(with battery)
4.9kg (10.8 lbs.)
Plastic carryng case
3.2kg (7.1 lbs.)
DURABILITY
Water protection
IPX 6 (with BT-52QA)
Ambient temperature range
-20°C to +50°C (-4°F to +122°F)
BATTERY BT-52QA
Output voltage
7.2V
Capacity
2.7AH (Ni-MH)
Maximum operating time at +20°C(+68°F)
Including distance measurement
10 hours (12,000 points)
Angle measurement only
45 hours
Weight
0.3kg (0.7 lbs.)
BATTERY CHARGER BC-27BR / 27CR
Input Voltage
AC120(BC-27BR) AC230(BC-27CR)
Frequency
50 / 60Hz
Recharging Time
(at +20°C/+68°F)
1.8 hours
Operating temperature
+10°C to +40°C (+50°F to +104°F)
Weight
0.5kg (1.1 lbs.)

Sabtu, 19 Januari 2013

Selamat Tahun baru 2013



Kami daripada team 'myukur' ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada anda semua pengunjung setia laman myukur.blogspot. Sudah tentu setiap daripada kita telah meletakkan satu azam baru yang besar dalam hidup kita sempena menjelang tahun baru 2013. 

Kami doakan agar kesihatan kita semua akan lebih bertambah baik, bisnes semakin berjaya, rezeki semakin luas, pemikiran semakin bijak, pekerjaan semakin cemerlang, Semoga pada tahun 2013 ini kita akan lebih sukses lagi berbanding pada tahun-tahun yang telah lepas. Tuhan Memberkati kita semua Amen!

Salam Sukses untuk semua....

Ahad, 4 November 2012

Monumen Tukang Sukat


Statue in front of the Texas Ranger Hall of Fame. The surveyor was George Erath, and today, there is a geocache monument at the statue.


Surveyor at RRCC in Winnipeg


Statue of Famous Japanese Surveyor Ino Tadataka


Parley overlooking Parley's Canyon


Young Surveyor Washington


Survey statue along SH 289 in Frisco


Survey Statue of Abraham Lincoln in New Salem


Surveyor at Rainfurly


Statue of Thomas Jefferson at University of Virginia


Traffic Circle Surveyor Dawson Creek Canada


Surveyor Adrian Antonisz in Netherlands 


Apparently the statue of Blind Jack from Knaresborough England. 
He was a blind surveyor and engineer.


Captain Vancouver Statue

Asas Ukur Aras


Khamis, 25 Oktober 2012

Anggaran Luas 1 Ekar Tanah

Cara yang paling mudah menentukan keluasan dalam unit ekar. Berikut merupakan anggaran tepat keluasan untuk satu (1) ekar. Keluasan 1 ekar sama dengan keluasan 1 padang bola sepak yang memiliki ukuran 90m X 45m.  

Ukuran Padang Bola Sepak (Segi empat Tepat)

Padang Bola Sepak (Segi empat Tepat)

Ukuran Padang :
  • Panjang      : Minimum 90m 
  • Maksimum : 120m 
  • Lebar         : Minimum 45m 
  • Maksimum : 90m  

Ukuran Padang Pertandingan Antarabangsa:
  • Panjang      : Minimum 100m  
  • Maksimum : 110m  
  • Lebar         : Minimum 64m 
  • Maksimum : 75m  
Sekarang sesiapa sahaja sudah boleh menganggarkan keluasan sesuatu kawasan secara kasar berdasarkan gambaran luas satu padang bola sepak. Disini saya sertakan unit ukuran yang biasa digunakan dalam kiraan ukur tanah. 

Ukuran Luas:
  • 1 Ekar      =  0.404686 hektar
  • 1 Ekar      =  4046.86 meter²
  • 1 Hektar   =  2.47105 ekar
  • 1 Meter ²  =  10.7639 kaki²
Ukuran Jarak:
  • 1 Link    =  0.201168 meter
  • 1 Kaki   =  0.3048 meter
  • 1 Inci     =  0.0254 meter
  • 1 Meter =  3.28084 kaki
Selepas ini kita tidak perlu lagi ragu-ragu sewaktu melakukan anggaran luas keliling pada lot tanah. Kalau rasa-rasa malas buat hitungan bolehlah terus ke link ini http://www.ptgwp.gov.my/pg_kalkulator.htm#luas






Selasa, 23 Oktober 2012

Sempadan Antarabangsa

Bertugas di Sempadan Malaysia (Sabah) - Kalimantan Timur (KALTIM)

Kami Menaiki kereta Land Rover untuk sampai ke garisan Sempadan Antarabangsa yang terhampir. Land Rover ini dipandu oleh pemandu terlatih dan berpengalaman luas sedang membawa kami sepasukan ukur melalui bekas jalan lama yang telah ditinggalkan oleh pembalak. Dengan berpandukan Handheld GPS a.k.a Garmin ia banyak membantu kami untuk sampai ke destinasi yang dituju mengikut catatan kedudukan bacaan Latitude dan Longitude (Projection WGS84) yang telah ditetapkan daripada awal perjalanan.  

Kami mula mendirikan sebuah khemah ukur untuk dijadikan tempat perlindungan sepanjang melaksanakan kerja-kerja pengukuran sempadan antarabangsa.

Kami perlu menyelesaikan kerja memasang khemah sebelum hari menjadi semakin gelap. Kerana Jika hari sudah gelap dan hari telah pun gelap maka ini merisikokan kelengkapan  ukur yang telah kami bawa bersama.


Masa berlalu begitu cepat sekali, kami masih bertungkus-lumus menyempurnakan tugas pertama kami iaitu mendirikan khemah ukur. 

Kelihatan dapur muslim (khas untuk rakan kerja beragama Islam yang berada di perbatasan) telah siap sepenuhnya dan sedia untuk digunakan pada bila-bila masa. 

Khemah pasukan ukur daripada negara jiran iaitu Indonesia nampaknya juga telah siap sepenuhnya dan yang pasti rakan-rakan ukur KALTIM sedang berehat secukupnya selepas penat sehari suntuk mendirikan khemah ukur. 

Ini pula dapur non muslim (khas untuk rakan kerja bukan beragama Islam yang berada di perbatasan). Dapur ini sedia digunakan pada bila-bila masa sahaja. 

Akhirnya khemah ukur kami telah berjaya disiapkan tepat pada masa yang ditetapkan iaitu siap sebelum matahari terbenam.

Barang-barang yang dibawa mula dimasukkan ke dalam khemah supaya tidak tercicir apabila diperlukan dimasa akan datang.

Sebahagian barang-barang ukur yang dalam proses dimasukkan ke dalam khemah ukur. Barang-barang yang diketagorikan pentingdan sensitif diletakkan ke dalam kotak besi bertujuan mengurangkan risiko daripada terkena ancaman air hujan atau sebagainya.

Beginilah keadaan didalam khemah ukur kami dan disini saya sedang melakukan susunatur barang di tempat tidur mengikut keselesaan saya dan yang lebih penting tidak menganggu keselesaan tempat tidur rakan-rakan yang lain.

Khemah ini kami namakan ia sebagai 'pejabat' ukur. Dimana disini berlaku aktiviti-aktiviti biasa sama seperti di pejabat. Cuma yang berbeza adalah pejabat tengah hutan dan pejabat tengah bandar. 

Semakan data, Hitungan data, compare data,  merupakan kerja-kerja yang lazim yang dilakukan sewaktu berada di khemah ukur. Jika ada masa lapang kami akan melakukan aktiviti sendiri seperti jungle treking  di kawasan berhampiran sambil 'cuba-cuba'  manatau bertembung dengan binatang jinak. 

Saya memilih pakaian seperti ini sebelum masuk ke dalam hutan tebal kerana saya berasa cukup selesa dengan pakaian ini ketika bergerak. Stokin panjang (stokin bola) ini juga sesuai digunakan semasa bergerak dalam hutan  kerana ia banyak mambantu saya untuk mengurangkan ancaman serangan 'vampire' a.k.a Pacat yang tinggal didalam hutan. Kadang-kala apabila pacat mula menyerang terasa pula gatal dan tidak selesa. Ia sedikit sebanyak boleh menganggu kerja pengukuran dan komunikasi dengan rakan kerja kerana terpaksa me-nyah uruskan makhluk ini daripada terus menerus menghisap darah tanpa kebenaran.

Sedang melihat arah rantis@rintis yang dibuat mengikut arah bearing yang dikehendaki  supaya boleh saling tampak daripada stesen ke stesen yang lain.

Kedudukan stesen kini saling tampak @ benampakan apabila terlihat kelibat rakan kerja ukur sedang melakukan clearing di stesen tersebut. Stesen yang saling tampak adalah sangat penting untuk memudahkan ukuran dijalankan tanpa perlu membuat terabas ukur.


Beginilah keadaan hutan kalimantan timur. Masa ini kami berada di bawah bukit. Oleh kerana bentuk muka bumi stesen ini sedikit berbukit maka garisan yang lebih panjang sesuai dibuat. Lagipun kerja merintis pokok tidak terlalu banyak dilakukan. Jimat tenaga. 

Bersama dengan pasukan ukur negara jiran Indonesia. Di Indonesia ada sedikit berlainan dengan di Malaysia berkenaan dengan tukang sukat. Kalau di Malaysia tukang sukat ada Jabatan sendiri manakala di Indonesia merekalah tukang sukat dan dalam masa yang sama mereka adalah tentera. Itulah yang sahabat saya Pak Yunus katakan. Di sebelah paling kanan adalah askar pengiring daripada Malaysia yang setia mengiringi kami sepanjang kerja ini dilakukan. Jejaka tampan yang memakai topi berwarna hitam itu pula merupakan wakil pengiring daripada tentera nasional Indonesia (TNI). Mereka sentiasa membawa senjata api dan berwaspada setiap masa manatau berlaku apa-apa ancaman tidak kira daripada binatang buas ataupun terserempak dengan manusia berbahaya.

Data yang diperolehi sewaktu berada di padang perlu dilakukan perbandingan terus dengan pihak jiran supaya tidak berlaku 'error' atau perbezaan data ukuran semasa pengukuran dilaksanakan. Jika didapati keputusan kiraan tidak sama maka ukuran perlu dibaca semula sehinggalah memperolehi keputusan kiraan yang sama. Ini sangat penting agar tidak timbul keraguan berkaitan dengan sempadan antarabangsa kedua-dua negara.
   

Bergambar dengan trig atau beacon yang sudah lama ditinggalkan. Trig ini telah dibina oleh pengukur yang terdahulu. Stesen trig ini sangat penting dalam bidang ukur. Ia dijadikan rujukan setiap masa oleh tukang sukat.