Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 16 Ogos 2017

Kerja Pengesahan Sempadan Tanah


Kita pecahkan kepada beberapa kumpulan pasukan ukur. Setiap pasukan ukur diberi bahagian tugas dan tumpuan kerja yang harus disiapkan. Ini adalah kerja pengesahan sempadan tanah atau yang kita sebut 'boundary demarcation'. Dengan kaedah ini maka kerja-kerja ukur dapat disiapkan lebih awal daripada jadual yang ditetapkan. Sudah tentu ini sangat memuaskan hati client. 

Kerja Pemantauan Progress Bina Jalan

Kerja berjalan dengan baik dan mengikut jadual masa yang dirancang. Keadaan cuaca  yang tidak menentu dan keadaan bentuk muka bumi yang tinggi sedikit sebanyak telah melambatkan proses kerja. Walaubagaimanapun, progress masih berjalan dengan baik. Apabila cuaca dalam keadaan yang baik semua pekerja berkerja keras untuk mencapai target kerja sebanyak yang boleh. Tahniah kepada staff kerja yang terlibat. Anda memang terbaik!

Isnin, 14 Ogos 2017

Ukur Kadaster

Ukur kadaster adalah pengukuran bagi tujuan pengeluaran surat hakmilik tanah atau geran tanah termasuklah pengeluaran hakmilik strata dan hak milik stratum. 

Tugas-tugas pengeluaran hakmilik atau geran tanah:
  • Untuk di Sabah tertakluk kepada Ordinan Tanah (Sabah Bab 68). Pihak yang mengeluarkan geran tanah adalah daripada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU).
  • Untuk Sarawak (JTU) pula ialah Akta Tanah (Sarawak Bab 81). Pihak yang mengeluarkan geran tanah adalah daripada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU).
  • Untuk Semenanjung Malaysia adalah diperuntukan di dalam Kanun Tanah Negara 1965. Pihak yang mengeluarkan geran tanah adalah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) 

Jenis-Jenis Ukur Kadaster
  • Penentuan sempadan-sempadan negeri, daerah mukim, bandar dan seksyen.
  • Pelupusan tanah termasuk tanah desa, bandar dan kampung.
  • Pelupusan tanah bawah tanah (Stratum).
  • Pengambilan balik tanah bermilik.
  • Pecah bahagi, pecah tanah dan penyatuan tanah.
  • Pecah bahagi bangunan (Strata)
  • Ukuran kawalan tanah bermilik bagi pengukuran-pengukuran hakmilik tanah dan kejuruteraan.

Tujuan Ukur Kadaster 
Pengeluaran surat hakmilik atau geran tanah Merizab tanah atau 'open space'bagi kegunaan kerajaan seperti berikut:
  •    Jalan
  •    Tali air
  •    Landasan keretapi
  •    Takungan air dan sebagainya.

Pengambilan balik tanah untuk tujuan awam seperti 
  •     Sekolah
  •     Masjid
  •     Tanah perkuburan dan sebagainya.Ukur Kawalan