Pages

Rabu, 31 Ogos 2011

Tanah Runtuh Di Sandakan Sabah




" Status Keselamatan Penduduk Jadi Tanda Tanya "
Buletin Utama 03/07/2011 08:16:00 

29 Januari lalu, hujan lebat melanda seluruh daerah Sandakan, Sabah.

Rentetan itu, berlaku beberapa kejadian tanah runtuh.

Dua terkorban dan ada yang cedera memberi gambaran seriusnya kejadian itu.

Kini lima bulan berlalu namun ada penduduk di beberapa taman perumahan daerah itu masih tertanya-tanya apa status keselamatan rumah mereka?

Majlis Perbandaran Sandakan, pula didakwa penduduk seolah-olah berpeluk tubuh. 

Aduan Rakyat dipanggil mendengar rintihan mereka.

Ada rumah tak berani tidur, tak berani tinggal. Macamana? Siapa suka ini. Ada rumah beli, tapi tak boleh tinggal!

Situasi ini kami rakamkan dalam satu pertemuan tidak dirancang antara penduduk Taman Perumahan Indah Jaya dan Grand View bersama Majlis Perbandaran Sandakan.

Penduduk berang apabila pihak PBT itu enggan bersemuka atau mengambil tindakan bagi menangani masalah mereka.

Di Taman Grandview misalnya, seorang penduduk nyaris maut apabila terperangkap dalam tanah runtuh di belakang rumahnya 29 Januari lalu.

Mujur berjaya diselamatkan, mangsa Wong Sii Song hanya patah kaki.

Namun selama 10 hari, ini senario yang terpaksa dihadapi penduduk.

Rumah menjadi laluan air hujan dari cerun.

Pokok-pokok hutan yang tidak stabil masih dalam keadaan terbiar.

Ada antaranya sudah condong.

Malah kolam di belakang kawasan perumahan yang menjadi punca air hujan bertakung dan menyebabkan banjir masih juga terbiar.

MPS ada melakukan kerja membuat teres di cerun terbabit.

Namun ia seolah-olah dilakukan tanpa kajian dan sebarang perancangan.

Penduduk kini lebih takut.

CECILIA LEONG CHONG FONG/ PENDUDUK.
Lebih bahaya sekarang. Tiap-tiap kali hujan kami semua takut. Jiran yang memasak kat belakang pun takut. Shakinglah. Kalau hujan terus bangun tengok kat bawah ada banjir ke tidak.

Di Taman Indah Jaya juga ceritanya hampir sama.

Tanah runtuh bukan hanya merosakkan rumah tetapi juga sebuah taska yang mempunyai 15 murid.

Kerosakan yang dialami mampu memberi gambaran impak kejadian itu.

JASMINEE LEONG/ PENDUDUK. 
Dari atas bukit tu semua tanah , masuk habis semua lumpur. Kayu-kayu penuh sampai sana. Kami bersyukur masa tu tak ada budak-budak sebab awal pagi . Tak ada orang.

LIEW CHEE YONG/PENDUDUK.
Kasi tau MPS pun tak da guna apa-apa. Semua pun tolak macam taichi, main kungfu. Tolak sana, tolak sini.

Seterusnya membawa kami kepada pertemuan ini.

Yang hadir Timbalan Presiden MPS dan jurutera kanannya.

Kenapa masa lama? Goverment prosedure like that. There is no Aladin lamp! Alah kalau mahu mati di mana pun kamu akan mati bah!

MOHD.HAMSAN AG.SUPIAN / TIMBALAN PRESIDEN MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN.
Kita sekarang menunggu laporan daripada JKR apakah measure yang kita patut ambil. Pastikan keselamatan di lereng bukit . Kita akan ambil tindakan.

Berdasarkan jawapan dan alasan diberi MPS itu, saya kemudian menghubungi pihak yang dikaitkan dengan punca kelewatan tindakan bantuan yang tidak dapat disalurkan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya , Sabah, Ahli Parlimen Sandakan serta Adun Elopura.

Jawapan semua pihak mendedahkan kedudukan sebenar.

Menurut Datuk Liew Vui Keong, kegagalan MPS menyerahkan kertas kerja yang lengkap menyebabkan kerja-kerja memohon peruntukan daripada Majlis Keselamatan Negara, terbantut.

DATUK LIEW VUI KEONG/ AHLI PARLIMEN SANDAKAN.
Mengenai RM700 ribu yang diminta MPS, saya dah minta MPS bagi butiran why need so much of money? We need the break down. Sampai hari ini belum ada breakdown pada saya.

Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura, Au Kam Wah pula terkejut apabila mendapat tahu MPS baru ingin memohon bantuan kewangan kerajaan negeri.

Satu tindakan yang sepatutnya sudah dibuat sejak awal lagi.

AU KAM WAH/ ADUN ELOPURA.
Saya pun tak puas hati kalau sampai hari ini tak buat permohonan. Sebab pada mesyuarat lepas dia kata dia janji akan buat sesuatu.

Pengarah JKR Sabah, Datuk John Anthony pula ketika dihubungi melalui telefon, menafikan telah menerima sebarang permohonan dari MPS untuk melakukan kajian terhadap struktur cerun seperti yang di dakwa pihak berkuasa tempatan itu.

Sehingga hari ini saya dimaklumkan penduduk, masih belum ada sebarang tindakan diambil bagi penduduk merasa lebih selamat.

Jika tuding menuding mengenai siapa patut bertanggungjawab dan siapa patut dipersalahkan berterusan, penyelesaian tak mungkin dapat dicari.

Bagi kami di Aduan Rakyat, hentikan dolak dalik tetapi berikan keutamaan kepada masalah penduduk.

Aduan Rakyat berakhir di sini.

Sebarang aduan berkaitan isu kemasyarakatan, hantarkan ke aduanrakyat@tv3.com.my.

Sekian dari saya, Puspavathy Ramaloo.

Aduan Rakyat TV3 ambil berat.