Pages

Isnin, 1 Disember 2014

Sindiket Penipuan Permohonan Tanah Kerajaan

Jangan mudah terpedaya...
Hati-hati ketika menjadi peserta permohonan tanah kerajaan. Kerana anda mungkin sedang ditipu oleh kumpulan orang tertentu. Lazimnya, ramai individu/orang cepat terpedaya apabila berhadapan dengan keadaan ini. Anda ditawarkan sebidang tanah di sesuatu tempat dan borang permohonan tanah diberikan kepada anda untuk anda isi dan hantar semula kepada mereka selepas selesai melengkapkan borang permohonan tanah. 

Kutipan wang mungkin dalam lingkungan RM50.00 atau lebih dikenakan kepada anda kononnya untuk tujuan pendaftaran borang dan belanja mengurus. Selepas menerima resit permohonan tanah (L.A) resit ini akan diserahkan kepada anda untuk menunjukkan bahawa tanah yang ditawarkan itu telah pun didaftarkan. 

Selang beberapa minggu atau bulan, kumpulan orang ini akan cari anda lagi untuk kutip wang kononnya untuk tujuan pengurusan di JTU HQ KK supaya permohonan tanah cepat diproses dan dapat geran. Begitulah seterusnya sehingga anda mula curiga kerana sentiasa diminta bayaran untuk tujuan tersebut. 

Dalam keadaan ini, kumpulan orang tertentu ini biasanya telah mengaut keuntungan daripada kutipan wang dari peserta permohonan tanah. Bayangkan kalau jumlah peserta permohonan tanah adalah sebanyak 500 orang X RM50.00 = RM25,00.00 setiap kali kutipan dibuat. Bayangkan jika kutipan telah dibuat sebanyak 5 kali. 5 X RM25,00.00 = RM125,00.00. Bukankah kumpulan orang tertentu itu telah mengaut banyak keuntungan sedangkan belum pasti tanah yang dipohon itu mendapat kelulusan kerajaan ataupun tidak. 

Bagaimanapun, masih ada pengurusan permohonan tanah yang diuruskan dengan benar tanpa ada pembohongan. Terpulang kepada kebijaksanaan kita untuk menilai sesuatu keadaan itu samaada ia satu penipuan ataupun sebaliknya.