Pages

Isnin, 1 Disember 2014

Sindiket Penipuan Permohonan Tanah Kerajaan

Jangan mudah terpedaya...
Hati-hati ketika menjadi peserta permohonan tanah kerajaan. Kerana anda mungkin sedang ditipu oleh kumpulan orang tertentu. Lazimnya, ramai individu/orang cepat terpedaya apabila berhadapan dengan keadaan ini. Anda ditawarkan sebidang tanah di sesuatu tempat dan borang permohonan tanah diberikan kepada anda untuk anda isi dan hantar semula kepada mereka selepas selesai melengkapkan borang permohonan tanah. 

Kutipan wang mungkin dalam lingkungan RM50.00 atau lebih dikenakan kepada anda kononnya untuk tujuan pendaftaran borang dan belanja mengurus. Selepas menerima resit permohonan tanah (L.A) resit ini akan diserahkan kepada anda untuk menunjukkan bahawa tanah yang ditawarkan itu telah pun didaftarkan. 

Selang beberapa minggu atau bulan, kumpulan orang ini akan cari anda lagi untuk kutip wang kononnya untuk tujuan pengurusan di JTU HQ KK supaya permohonan tanah cepat diproses dan dapat geran. Begitulah seterusnya sehingga anda mula curiga kerana sentiasa diminta bayaran untuk tujuan tersebut. 

Dalam keadaan ini, kumpulan orang tertentu ini biasanya telah mengaut keuntungan daripada kutipan wang dari peserta permohonan tanah. Bayangkan kalau jumlah peserta permohonan tanah adalah sebanyak 500 orang X RM50.00 = RM25,00.00 setiap kali kutipan dibuat. Bayangkan jika kutipan telah dibuat sebanyak 5 kali. 5 X RM25,00.00 = RM125,00.00. Bukankah kumpulan orang tertentu itu telah mengaut banyak keuntungan sedangkan belum pasti tanah yang dipohon itu mendapat kelulusan kerajaan ataupun tidak. 

Bagaimanapun, masih ada pengurusan permohonan tanah yang diuruskan dengan benar tanpa ada pembohongan. Terpulang kepada kebijaksanaan kita untuk menilai sesuatu keadaan itu samaada ia satu penipuan ataupun sebaliknya. 


Orang Kampung dan Hutan (Tanah Adat) Berpisah Tiada

Inilah salah satu sebab kenapa orang bilang di hutan memang best. Di hutan ada banyak sumber makanan. Salah satunya 'wutod'.. wutod panggang + nasi putih memang enaknya tidak terkata lagi.
Orang kampung a.k.a Orang Bumiputra mudah tersinggung sekiranya tanah adat (NCR) mereka dicerobohi. Tanah warisan keluarga turun temurun tempat bercucuk tanam untuk menyara keluarga tidak boleh diganggu/ceroboh sesuka hati tidak kira samaada itu gangguan/ceroboh dari dalaman (kalangan keluarga sendiri) ataupuan luaran (orang luar/company). Mungkin kelihatan ada tanah yang dibiarkan seperti tidak ada pemilik tapi siapa sangka tanah seperti itulah tanah adat. 

Ahad, 30 November 2014

Prosidur Penyukatan Tanah Bagi SP dan RSP

Klik pada gambar untuk melihat carta alir bagi prosidur pengukuran SP dan RSP. 





Inovasi Pengeluaran Geran Komunal Sebagai Penyelesai Isu NCR di Sabah

Bagi menyelesaikan isu/masalah NCR di Sabah, JTU Sabah telah mengeluarkan geran komunal melalui pemberimilikan tanah terancang \'Fast Track\' mulai tahun 2010. Tujuannya ialah mempercepatkan hakmilik tanah NT/FR kepada anak negeri Sabah, menyelesaikan isu pertindihan permohonan tanah dan menghalang anak negeri daripada menjual hakmilik tanah kepada orang lain. Melalui tadbirurus tanah yang terancang, inovasi ini menjadi pemangkin kepada transformasi luar bandar sesuai dengan impak yang diperoleh. (KLIK GAMBAR)

UNDANG-UNDANG TANAH SABAH ORDINAN 68 (SABAH LAND ORDINANCE 68)

Undang-Undang Tanah yang harus Rakyat Sabah Sendiri Tahu. Klik pada gambar untuk lihat.