Pages

Selasa, 24 Februari 2015

Tan Sri Suffian Koroh Seorang yang Mesra

Pertemuan singkat dengan Tan Sri Suffian Koroh merupakan satu pengalaman yang berharga buat diri saya. Tan Sri sememangnya seorang yang mesra dan mudah didekati. Tan Sri juga seorang yang suka berkongsi pengalaman dan memberi nasihat berguna kepada anak muda seperti saya. Di zaman mudanya Tan Sri merupakan seorang yang cemerlang dalam pelajaran dan tekun ketika melakukan apa saja pekerjaan yang diberikan kepadanya. Menurut Tan Sri ketekunan itu ia dapat belajar melalui disiplin orang Jepun yang ketika itu berada di Sabah. Orang Jepun sangat menekankan soal ketekunan dan tumpuan ketika bekerja. Sifat inilah yang secara tidak langsung tersemai dalam diri Tan Sri. 

Selain belajar daripada orang Jepun, Tan Sri juga terdidik oleh disiplin orang putih. Menurut Tan Sri orang putih ini sangat menekankan soal ketepatan masa. Pernah suatu ketika Tan Sri terlewat sampai ke kelas akibatnya Tan Sri didenda oleh cikgu orang putih. Tan Sri seorang yang suka menunggang kuda yang ketika itu kudalah yang menjadi kegemaran Tan Sri untuk pergi ke kampung kampung. Satu pengalaman menarik yang Tan Sri kongsikan apabila dia belajar english dalam hutan melalui abangnya dan cepat pula dia kuasai bahasa english pada masa itu.

kecemerlangan (kualiti) yang ada pada diri Tan Sri menyebabkan dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke negara Japan. "syukurlah saya tidak teruskan pada masa itu sebab kalau saya teruskan sudah tentu saya terbunuh ekoran serangan bom nuklear di Japan pada masa itu." kata Tan Sri.
Sedikit sebanyak mengenai Tan Sri Suffian Koroh...
Pada hari ini dalam tahun 1983 Tan Sri Suffian Koroh telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut setelah Datuk Dr. James Ongkili dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet negara. Walaupun ia menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Suffian juga dikekalkan sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah iaitu portfolio lamanya sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri. Pengumuman perlantikan Tan Sri Suffian sebagai Timbalan Ketua Menteri ini dibuat oleh Datuk Haris Salleh, Ketua Menteri Sabah dalam satu sidang akhbar di pejabatnya.  Perlantikan Tan Sri Suffian ini adalah kena pada tempatnya memandangkan beliau juga adalah seorang pemimpin kanan dalam Kerajaan negeri serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran.  Beliau yang menggantikan Datuk Dr. James Ongkili diyakini dapat meneruskan tugas sebagai Timbalan Ketua Menteri yang akan dapat menyumbangkan tenaga ke arah pembangunan rakyat negeri Sabah. Dengan perlantikan Tan Sri Suffian Koroh sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah pada hari ini dalam tahun 1983 bukan saja akan dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dr. James Ongkili yang berpindah menjadi menteri di peringkat pusat tetapi juga memenuhi tanggungjawab bagi mengerakkan lagi pembangunan dan kemajuan rakyat Sabah. 
sumber; http://www2.arkib.gov.my/