Pages

Isnin, 14 Disember 2015

Panduan Jika Geran Tanah Hilang

Apa tindakan yang  harus anda lakukan jika geran tanah anda hilang?

  • Pemilik hanya perlu buat polis report, surat Akuan dan seterusnya menjelaskan fee terlibat di pej Tanah..

kes ini berkenaan dengan geran yang hilang, untuk itu saya cuba menerangkan prosedur untuk mendapatkan geran ganti. Kita ada peruntukan dalam Ordinan Tanah Sec 120 untuk dapatkan geran yang hilang untuk diganti. Pemilik hanya perlu buat polis report, surat Akuan dan seterusnya menjelaskan fee terlibat di pejabat Tanah. 

Pejabat tanah akan buka satu doket untuk permohonan tersebut dan notis selama 3 bulan permohonan untuk dapatkan geran ganti tersebut perlu disiarkan di akhbar tempatan. Setelah tamat tempoh 3 bulan notis tersebut, satu pendengaran untuk permohonan tersebut akan dibuat oleh PPHT. 

Sekiranya beliau berpuashati bahawa geran tersebut betul-betul hilang maka satu perintah untuk keluarkan geran ganti akan dibuat.Walaubagaimanapun, perintah tersebut masih tertakluk kepada rayuan mana-mana pihak berkepentingan terhadap geran tersebut, dalam tempoh satu bulan setelah perintah pertama dibuat. Harap ini dapat memberi pencerahan kepada kawan-kawan yang mendapati geran tanah mereka hilang dalam simpanan tanpa disedari. 

Untuk makluman setelah hakmilik dikeluarkan dan didaftarkan, maka pemilik berdaftar tanah tersebut bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan geran tersebut dalam simpanannya.