Pages

Jumaat, 4 Ogos 2017

Minda Tukang Sukat Tanah

Dikatakan bahawa keadaan ekonomi yang tidak stabil akan semakin memuncak pada tahun 2018. Bukan untuk dipercaya, tapi untuk diperhatikan sahaja. Jika keadaan itu benar maka ia pasti menjejaskan semua orang kerana kos sara hidup yang semakin meningkat. Akan berlaku nanti dimana terjadi perbelanjaan isi rumah yang tinggi berbanding dengan pendapatan isi rumah yang rendah. Maknanya isi rumah akan buka buku 555. Ekonomi yang mula terjejas dapat dirasai apabila kuasa membeli semakin jatuh. Berlaku penawaran yang tinggi berbanding permintaan yang rendah. Maknanya akan berlaku kerugian.

Tiga hal yang penting boleh kita fikirkan.
  • Tanah bergeran
    • antara bangunan (rumah) dan tanah, belilah tanah. Sebabnya adalah rumah/bangunan akan (boleh) menjadi banyak tetapi tanah tidak akan menjadi banyak. 
    • tempat bercucuk tanam
    • tempat pelihara binatang ternakan
  • Emas/Perak
    • Nilainya yang paling stabil
  • Wang 
    • Simpan wang secukupnya.
    • guna wang dengan bijak