Pages

Isnin, 18 Disember 2017

Urus Resit L.A hingga dapat Geran Tanah

Selain menjalankan kerja-kerja Sebagai seorang Tukang Sukat Tanah, urusan Land Application (L.A)/Permohonan tanah (P.T) hingga keluar geran tanah juga merupakan salah satu daripada minat yang saya lakukan. 

klimaks daripada urusan ini adalah apabila geran tanah diperolehi dan muka yang amat gembira terlihat daripada si pemilik ketika geran tanah dihulur ke tangannya. Kita benar-benar berasa amat bangga dan turut gembira kerana sedikit sebanyak dapat menyumbangkan sesuatu yang baik kepada client.

Client pula terbahagi kepada dua ketagori iaitu pelanggan dalaman dan pelanggan luaran. Yang mana pelanggan dalaman ini lebih tertumpu kepada anggota keluarga tidak kira jauh dan dekat manakala pelanggan luaran pula terdiri daripada mereka yang bukan ahli keluarga.

Ayah masih belum dapat geran tanah daripada permohonan yang lalu. Ayah pun selalu tanya-tanya macamana sudah status permohonan tanahnya. Saya pun cuba-cuba teliti secara terperinci apa penyebab lambat dapat geran. Bila masalah dapat dikenalpasti dan kita dapat selesaikan masalah itu maka permohonan dapat berjalan lancar hingga keluar geran tanah. Rupanya sukar mana pun urusan ini pasti ada jalan penyelesaian yang penting rajin 'FOLLOW UP' permohonan tanah.

Moment terima geran tanah adalah moment yang paling membahagiakan...