https://ebiz.jupem.gov.my/
๐๐ฝ๐ฎ ๐ถ๐๐ ๐ฆ๐ถ๐๐๐ฒ๐บ ๐ฒ๐๐ถ๐ ๐๐จ๐ฃ๐๐ ๐๐ฒ๐ผ๐ฝ๐ผ๐ฟ๐๐ฎ๐น?
✔️ Sistem eBiz JUPEM Geoportal <https://ebiz.jupem.gov.my/> merupakan Portal Perolehan Produk dan Perkhidmatan JUPEM secara dalam talian. Bagi pengguna baharu, sila daftar melalui pautan https://ebiz.jupem.gov.my/Home/LogMasuk
✔️ Sila rujuk video panduan pendaftaran pengguna baharu: https://www.youtube.com/watch?v=MoUBPH8GdkU
๐ ๐๐ฝ๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ฒ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐ง๐๐ฅ ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐จ๐ก๐ ๐จ๐ง๐๐ ๐ (๐ฃ๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฅ ๐จ๐ฆ๐๐ฅ)?
✔️ PENGGUNA BERDAFTAR - Pengguna eBiz yang membuat pendaftaran sendiri secara dalam talian melalui Portal eBiz. Akaun PENGGUNA BERDAFTAR hanya boleh membuat pembelian secara dalam talian (online) bagi produk-produk CETAK dan TIDAK TERHAD (NON-RESTRICTED). Pesanan yang telah dibuat secara online akan diproses dan dihantar kepada pembeli secara POS (konsep online store) atau AMBIL SENDIRI di kaunter yang dipilih.
✔️ PENGGUNA UTAMA - Akaun Pengguna Berdaftar yang telah dinaik taraf. Pengguna Utama layak untuk membuat Langganan Lesen Data Digital dan juga Langganan Lesen MyRTKNet. Akaun Pengguna Utama yang mempunyai langganan LESEN DATA DIGITAL JUPEM boleh membuat pembelian produk CETAK dan DIGITAL (softcopy yang boleh dimuat turun terus melalui akaun eBiz pengguna).
๐ ๐๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ๐บ๐ฎ๐ป๐ฎ ๐บ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ถ๐ธ ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ณ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ด๐๐ป๐ฎ ๐๐ฒ๐ฟ๐ฑ๐ฎ๐ณ๐๐ฎ๐ฟ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ด๐๐ป๐ฎ ๐จ๐๐ฎ๐บ๐ฎ (๐ฃ๐ฟ๐ฒ๐บ๐ถ๐ฒ๐ฟ ๐จ๐๐ฒ๐ฟ)?
✔️ Untuk menaik taraf akaun Pengguna Berdaftar kepada Pengguna Utama, sila hadir ke mana-mana cawangan kaunter JUPEM Negeri yang berdekatan dengan membawa bersama KAD PENGENALAN (Individu) dan SURAT PENGESAHAN WAKIL (akaun syarikat/jabatan) untuk proses pengesahan.
❗ ❗ PENGECUALIAN: ❗ ❗
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kaunter jualan telah menghadkan operasi dan pertemuan secara fizikal. Buat sementara waktu ini, proses naik taraf akaun akan dibuat oleh Pentadbir eBiz secara dalam talian. Pengguna hanya perlu mengemukakan gambar dokumen yang diperlukan (Kad Pengenalan/Surat Wakil Syarikat/Jabatan) melalui WhatsApp ke talian Meja Bantuan Sistem eBiz 016-5206396.
๐ ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ต ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ป๐๐๐ธ ๐บ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ถ๐ธ ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ณ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐๐ป ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ด๐๐ป๐ฎ ๐จ๐๐ฎ๐บ๐ฎ?
✔️ Proses menaik taraf akaun daripada Pengguna Berdaftar kepada Pengguna Utama adalah PERCUMA.
▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️
LANGGANAN LESEN DATA DIGITAL JUPEM
▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️
๐Kenapa perlu ada langganan Lesen Data Digital❓
✔️ Untuk membolehkan pengguna membuat perolehan dan menyimpan data-data JUPEM dalam bentuk salinan digital (softcopy) dan juga perolehan Data Terhad (Restricted Data).
๐Bagaimana ingin membuat Langganan Lesen Data Digital❓
✔️ Pastikan akaun pengguna adalah akaun PENGGUNA UTAMA (PREMIER USER). Untuk melanggan Lesen Data Digital, log masuk ke akaun eBiz dan tekan kategori PERKHIDMATAN kemudian pilih LESEN DATA DIGITAL.
✔️ Lengkapkan Borang Permohonan online dan buat pembayaran langganan secara atas talian menggunakan kaedah transaksi FPX (Online banking) atau Kad Kredit. Pastikan pembayaran berjaya sehingga keluar Resit Rasmi Transaksi eBiz.
✔️ Lesen akan diaktifkan secara automatik selepas transaksi selesai dan butiran lesen boleh dilihat di laman DASHBOARD akaun pengguna eBiz.
✔️Harga Langganan Lesen Data Digital JUPEM adalah RM200 setahun bagi pengguna individu @ Syarikat Swasta, dan RM100 setahun bagi pengguna Kerajaan.
▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️
LANGGANAN LESEN MYRTKNET
▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️
๐Bagaimana membuat Langganan Lesen MyRTKNet❓
✔️ Pastikan akaun pengguna adalah akaun PENGGUNA UTAMA (PREMIER USER).
✔️ Login ke sistem eBiz, Untuk melanggan Lesen MyRTKNet, pergi ke kategori PERKHIDMATAN kemudian pilih PERMOHONAN LANGGANAN LESEN MYRTKNET.
✔️ Lengkapkan maklumat Akaun MYRTKNET tuan/puan dengan menekan butang DAFTAR BAHARU (sila abaikan kotak pop-up Pemulihan Akaun dengan menekan X). Di sini pengguna boleh mendaftar beberapa akaun MyRTKNet yang dimiliki.
✔️ Selesai pendaftaran akaun, tekan ikon Troli di bahagian hujung kanan laman untuk teruskan pembayaran langganan. Pembayaran boleh dibuat menggunakan transaksi kad kredit atau FPX (perbankan internet). Tunggu sehingga pembayaran selesai dan resit rasmi dikeluarkan.
✔️ Lesen MYRTKNet anda akan diaktifkan sebaik sahaja pentadbir menerima notifikasi langganan anda. Butiran lesen boleh dilihat di laman dashboard akaun pengguna eBiz.
✔️Harga langganan Lesen MyRTKNet adalah RM1000 setahun.
▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️
PERMOHONAN DATA TOPOGRAFI DIGITAL/DATA TERHAD (TERPERINGKAT/RESTRICTED DATA JUPEM)
▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️
๐ Apakah itu data Terhad/Terperingkat/Restricted Data❓
Data Terhad/Terperingkat/Restricted Data JUPEM adalah merupakan kategori data yang terdiri daripada data-data pemetaan Topografi atau Topografi Digital serta data-data yang berkaitan. Data-data ini di kategorikan sebagai data-data Terhad/Terperingkat/Restricted Data JUPEM kerana ianya mengandungi maklumat-maklumat berstatus terpelihara@sulit. Oleh yang demikian data-data ini perlu melalui proses semakan dan tapisan keselamatan untuk memastikan ianya sentiasa terjaga dan tidak disalahgunakan.
๐ Bagaimana perolehan data ini boleh dibuat❓
Perolehan kepada data-data dalam kategori Terhad/Terperingkat/Restricted Data ini boleh dibuat melalui sistem eBiz.
Namun ianya terhad kepada pemilik akaun yang berdaftar sebagai MYGOVID (untuk jabatan Kerajaan/badan berkanun/PBT/Institusi Pengajian Awam) dan MYCOID (untuk pemilik Syarikat Swasta/Badan Bukan Kerajaan/Institusi Pengajian Swasta) Sahaja. Ini adalah sebagaimana syarat yang telah ditetapkan pada Borang PPNM - 1 (PIND. 1/2008) Permohonan Lesen Hakcipta/ Membeli Dokumen Geospatial Terperingkat.
๐ Untuk mohon data Terhad melalui eBiz apa syarat-syaratnya❓
1- Perlu mendaftar sebagai pengguna eBiz dengan menggunakan MYGOVID atau MYCOID
2- Perlu naiktaraf akaun eBiz tersebut kepada Pengguna Utama (Premier User)
3- Mesti mengaktifkan Langganan Lesen Data Digital JUPEM
4- Jika cukup syarat ๐๐ป๐๐ปBoleh buat permohonan melalui eBiz
MAKLUMAT TAMBAHAN:
❗ Setiap Permohonan akan melalui proses semakan dan kelulusan oleh Bahagian Perancangan dan Korporat JUPEM dan Tapisan Keselamatan Bahagian Geospatial Pertahanan JUPEM serta PDRM.
❗ Pemohon boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui akaun eBiz pemohon
❗ Permohonan yang tidak lengkap, tidak jelas serta meragukan akan ditolak
❗ Pemohon perlu hanya perlu membuat pembayaran selepas permohonan diluluskan
❗ Untuk permohonan Data Terhad/Terperingkat/Restricted Data, semua data yang dipohon dan telah tersedia perlu diambil sendiri oleh pemohon atau wakil di kaunter JUPEM
❗Tempoh masa diambil untuk proses semakan, kelulusan dan penyediaan data adalah dalam 14 hari bekerja
Untuk pertanyaan lanjut berkaitan sistem eBiz,
Sila hubungi Meja Bantuan Sistem eBiz melalui medium WhatsApp http://wasap.my/60165206396 atau e-mel ke hqweb@jupem.gov.my sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan.