Pages

Khamis, 4 April 2013

PROSIDUR KERJA PERMOHONAN PERLANJUTAN TEMPOH ARAHAN PENGELUARAN SP/RSP

Arahan Pengeluaran Kertas Ukur SP/RSP yang dikeluarkan oleh Pengarah Tanah dan Ukur ke Juruukur Daerah adalah sah untuk TIGA tahun sahaja bagi pengeluaran RSP selaras dengan Pekeliling Ukur 1/85. Manakala arahan pengeluaran SP tidak ada tempoh luput. Pemohon tanah yang diluluskan dengan permohonan tanah bersyarat Country Lease (CL) atau Temparary Occupation Lisence (TOL) yang gagal melantik Juruukur Berlesen dalam tempoh tersebut adalah dikehendaki memohon pembaharuan tempoh Arahan Pengeluaran Kertas Ukur SP/RSP.

PROSIDUR KERJA PERMOHONAN PEMBAHARUAN TEMPOH ARAHAN PENGELUARAN KERTAS UKUR SP/RSP
  1. Permohonan Pembaharuan Arahan Pengeluaran Kertas Ukur SP/ RSP oleh Pemohon Tanah ke Timbalan Pengarah (Ukur).
  2. Pengesahan tanah tersedia oleh Juruukur Daerah dan Pengesahan kelulusan Permohonan Tanah oleh Bahagian Tanah.
  3. Arahan Pengeluaran Kertas Ukur SP/RSP tidak akan diperbaharui jika tanah yang diluluskan tidak lagi tersedia atau kelulusan permohonan tanah tidak lagi berkuatkuasa.
  4. Surat Kelulusan Pembaharuan Arahan Pengeluaran Kertas Ukur SP/RSP dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Pengarah (Ukur).
  5. Perlantikan Juruukur Berlesen oleh Pemohon Tanah
Untuk pertanyaan lanjut mengenai persidur, sila berhubung dengan Unit SP/RSP , 088-527682 atau layari http://www.jtu.sabah.gov.my