Bagi anda yang masih belum tahu mengenai kewujudan/kegunaan ArcGIS JTUWMA yang sudah disediakan sejak sekian lama, hari ini anda akan tahu dan sedar tentang faedah yang bakal anda nikmati ketika menggunakan aplikasi/maklumat yang ada dalam ArcGis JTU ini.
Pasti sudah ramai yang tahu mengenai aplikasi ini. Namun begitu tentu masih ada lagi yang tidak pernah mengetahui mengenai aplikasi awam ini. Jadi, hari ini saya akan kongsikan kepada anda mengenai ArcGis JTU terutama kepada pengunjung setia blog Tukang Sukat Tanah yang setia bersama dengan kami dengan harapan agar anda bakal mendapat pengetahuan baru.
Anda hanya perlu perkhidmatan internet untuk menggunakan aplikasi ini. Oklah, ikuti langkah-langkah yang saya tunjukkan.
LANGKAH 1:
Kunjungi link
http://www.arcgis.com/home/item.html?id=a14ce86cd54c46968b058c7b228aadeb atau klik pada gambar untuk pautan ke laman JTUWMA dan paparan yang anda akan lihat adalah seperti dalam gambar dibawah.
LANGKAH 2:
klik pada peta Sabah dalam gambar tersebut dan anda akan dibawa ke paparan baru seperti gambar dibawah.
klik pada perkataan 'Content' (atas sebelah kiri) dan paparan akan berubah seperti gambar dibawah. Anda boleh 'tick' pada setiap content tersebut mengikut keperluan anda.
LANGKAH 3:
Pilih lokasi yang anda mahu dan 'zoom in'. Maka anda akan nampak kedudukan lot-lot tanah yang berhampiran dengan kawasan lot tanah anda diatas peta. Lihat gambar dibawah.
LANGKAH 4:
Klik pada lot tanah anda, maka 'pop up' attribute mengenai lot anda akan dipaparkan seperti dalam gambar dibawah. Maklumat ini akan memudahkan lagi urusan anda di Jabatan Tanah dan Ukur terutama ketika anda berniat mahu mendapatkan pelan akui dari pihak JTU.
Sekian..