Pages

Jumaat, 1 Ogos 2014

Batu Sempadan Tanah

Batu sempadan tanah ni kalau tidak dijaga dengan baik maka ia boleh hilang sendiri kerana tertimbus samaada oleh tanah, belukar atau lain-lain unsur. Tanda sempadan yang tidak kelihatan atau hilang berpotensi terjadi pencerobohan kawasan lot tanah orang lain dan ini bakal mengundang masalah besar. Ia memberi kesan yang besar kepada kedua belah pihak tuan tanah yang memiliki lot bersebelahan. Maka pemilik tanah perlulah bekerjasama menjaga kedudukan tanda sempadan supaya tidak diubah atau berubah kedudukan asal.