Pages

Sabtu, 1 April 2017

Pelancaran Program Pengukuran Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS)

MISI MEMBANTU RAKYAT - Pelancaran Program Pengukuran Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) bagi kawasan DUN N.29 Kundasang di Balai Raya Kg Tanid. Perasmian disempurnakan oleh Wakil Rakyat Kundasang, YB Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Penantian geran tanah yang sekian lama oleh penduduk kampung di kawasan ini bakal terubat apabila program PANTAS diperkenalkan dan disambut baik oleh semua penduduk yang ada dikawasan terlibat. Kerjasama antara penduduk kampung dengan pihak Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) adalah kunci kejayaan program ini. Jika penduduk kampung menolak program ini sudah tentu akan merugikan mereka.

Progam ini tidak akan berada di semua tempat atau dilaksanakan secara serentak. Bagaimanapun ia akan dijalankan secara berperingkat-peringkat. Jadi, sekiranya tempat anda ada terlibat dengan program PANTAS ini silalah beri kerjasama dengan memudahcarakan semua pergerakan pegawai dan kakitangan ukur ketika mereka berada dilapangan ukur. 

Tahun 2016 pihak JTU telah melakukan pengambilan pekerja semata-mata untuk menjayakan program PANTAS ini sahaja. Melalui proses ini maka telah wujud satu peluang pekerjaan kepada mereka yang berkelayakan. 

Namun amat menyedihkan apabila masih ramai individu yang tidak tahu bahawa pihak JTU khasnya dan pihak kerajaan pada amnya amat mengambil berat tentang masalah rakyat terutamanya bahagian pengeluaran geran tanah ini. Oleh yang demikian jika anda tergolong daripada kumpulan orang yang sering memandang pihak JTU / kerajaan dari sudut yang negatif maka anda harus berhenti berfikir demikian tetapi berubahlah kepada fikiran yang positif. Jika perlu, sumbangkan buah fikiran anda melalui peti cadangan.

Kadang-kala kita boleh terpengaruh dengan cerita negatif dari mulut ke mulut sehingga keadaan itu boleh membentuk fikiran kita menjadi negatif terhadap pihak yang bertanggungjawab. 

Inilah antara usaha daripada kerajaan bagi membantu menyelesaikan masalah tanah yang masih belum bergeran dan  melalui program PANTAS yang dikendalikan oleh Jabatan Tanah dan Ukur ini maka masalah lambat dapat geran akan dapat dikurangkan.
Sambutan yang amat baik daripada penduduk kampung. kelihatan ruang balai raya kampung tidak dapat menampung kehadiran orang ramai. Duduk dibarisan hadapan adalah terdiri daripada YB Datuk Dr Joachim Gunsalam, Tuan D.O En. Faimin Kamin, Juruukur Daerah, Pegawai PPHT Ranau dan barisan kepimpinan rakyat.
Suasana di Balai Raya kampung Tanid. 
Tuan D.O sedang melakukan cerapan menggunakan alat ukur tanah Total Station. Dibawah alat ukur itu adalah batu sempadan yang digunakan semasa pengukuran PANTAS.
YB Datuk Dr Joachim Gunsalam bersama dengan Tuan D.O En. Faimin Kamin sedang memegang batu sempadan sambil diperhatikan oleh Pegawai JTU.
Pegawai PPHT En. Jaidi Gulis (baju biru dan bertopi) adalah orang yang bertanggungjawab memantau kemajuan kerja bagi memastikan program PANTAS berjaya. En. Jaidi Gulis adalah seorang yang berpandangan jauh dan memiliki inovasi kerja samaada dalam pengurusan ataupun perlaksanaan sesuatu kerja/aktiviti. 
Tuan D.O En. Faimin Kamin yang sentiasa berusaha dan bertungkus lumus serta seorang yang sporting dan mesra ketika berurusan dengan dia.