Saya terima kiriman email daripada seorang rakan baru yang mahu tahu cara bagaimana melihat lot tanah melalui Google Earth (GE). Memandangkan langkah ini sedikit melibatkan teknikal maka saya bercadang terus saja post di Blog Tukang Sukat Tanah untuk langkah-langkah tersebut.
Install aplikasi Google Earth (GE) di komputer anda. Klik link download disini https://www.google.com/earth/ Jika sudah ada sila abaikan langkah ini.
Langkah 2
Pergi ke laman JTUWMA. klik link ini
http://www.arcgis.com/home/webmap/viewer.html?webmap=4ab54d6896bf4fc097f1bf192e9db888
untuk ke laman tersebut.
http://www.arcgis.com/home/webmap/viewer.html?webmap=4ab54d6896bf4fc097f1bf192e9db888
untuk ke laman tersebut.
Langkah 3
klik bahagian content. Pergi ke bahagian CAD atau SVY CAD (ikut keperluan anda) klik pada anak panah dan seterusnya klik pada bahagian description.
klik bahagian content. Pergi ke bahagian CAD atau SVY CAD (ikut keperluan anda) klik pada anak panah dan seterusnya klik pada bahagian description.
Anda akan nampak halaman ini. Skroll ke bawah, lihat bahagian Generate KML. klik Generate KML, Anda akan lihat paparan seperti ini.
Masukkan nama yang anda kehendaki pada ruangan Document Name Contoh 'Lot_Saya'. Lepas itu klik layer yang anda mahu dan tekan Generate KML. Anda akan terima file Google Earth (GE) seperti ini. klik file ini dan secara langsung aplikasi GE akan diaktifkan.