Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Memaparkan catatan dengan label Handheld GPS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Handheld GPS. Papar semua catatan

Ahad, 26 Ogos 2012

Locate Lot Tanah

Kerja mengenalpasti lot tanah atau me-locate lot tanah biasanya dilakukan oleh juruukur tanah @ tukang sukat tanah. 

  

Waktu ini saya bersama dengan beberapa orang kawan dan tuan tanah sedang berada di tengah-tengah hutan yang dikelilingi dengan belukar tebal. Tujuan kami ketika itu adalah mau kenalpasti lot tanah 'owner' yang masih dalam pertimbangan dalam urusan jual beli (local to local). Tapi macamana mau locate ini lot tanah kalau pelan pun belum ada...? Syukurlah juga masa kami sampai ke destinasi, sudah ada kelihatan tanda cat kuning pada pokok-pokok yang berhampiran dan sedikit 'line rintis' yang pernah dibuat sebelum ini. Saya cuba-cubalah tanya itu owner kenapa ada hasrat mau jual lot tanah disini. Dia bilang "..kami sudah lama ba tuntut ini kawasan tanah kami dari itu kompany yang buka ladang kelapa sawit di saaannaaa..(owner guna jari telunjuk tunjuk ke arah kawasan tanah sawit yang sedang diusahakan)...barabis sudah kami tuntut dan yang tinggal cuma ini kawasan saja. itu pun sebab di sini ada kuburan nenek moyang kami. Jadi itu kompany tidak barani masuk ini kawasan...itu kompany kaya ba, dia beli-beli saja tanah orang kampung truss dia masuk buka tanam  kelapa sawit dia tidak tengok-tengok lagi samaada masuk tanah orang ka tidak ..." dibilang tu Owner.

  

Kami teruskan usaha menjejak lot tanah owner mengikut tanda lama yang ada. Mana yang tanda cat sudah pudar-pudar owner akan letak cat baru menggunakan spray warna merah. Berbaju warna merah yang sedang pegang spray tutup merah itulah pemilik lot tanah ini. Manakala yang berbaju biru berada dikedudukan tengah itu adalah saya sendiri. Disebelah kanan saya pula ipar kepada tuan tanah.  

  

Setelah bertungkus-lumus sekejap akhirnya kami berjaya mengelilingi penuh lot tanah ini. Saya sempat rekod kedudukan kordinat menggunakan Handheld GPS pada bucu-bucu lot tanah (tanda pancang) untuk memudahkan  kerja re-locate dimasa akan datang jika ada keperluan nanti.