Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Memaparkan catatan dengan label anggaran 1 ekar tanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anggaran 1 ekar tanah. Papar semua catatan

Khamis, 25 Oktober 2012

Anggaran Luas 1 Ekar Tanah

Cara yang paling mudah menentukan keluasan dalam unit ekar. Berikut merupakan anggaran tepat keluasan untuk satu (1) ekar. Keluasan 1 ekar sama dengan keluasan 1 padang bola sepak yang memiliki ukuran 90m X 45m.  

Ukuran Padang Bola Sepak (Segi empat Tepat)

Padang Bola Sepak (Segi empat Tepat)

Ukuran Padang :
  • Panjang      : Minimum 90m 
  • Maksimum : 120m 
  • Lebar         : Minimum 45m 
  • Maksimum : 90m  

Ukuran Padang Pertandingan Antarabangsa:
  • Panjang      : Minimum 100m  
  • Maksimum : 110m  
  • Lebar         : Minimum 64m 
  • Maksimum : 75m  
Sekarang sesiapa sahaja sudah boleh menganggarkan keluasan sesuatu kawasan secara kasar berdasarkan gambaran luas satu padang bola sepak. Disini saya sertakan unit ukuran yang biasa digunakan dalam kiraan ukur tanah. 

Ukuran Luas:
  • 1 Ekar      =  0.404686 hektar
  • 1 Ekar      =  4046.86 meter²
  • 1 Hektar   =  2.47105 ekar
  • 1 Meter ²  =  10.7639 kaki²
Ukuran Jarak:
  • 1 Link    =  0.201168 meter
  • 1 Kaki   =  0.3048 meter
  • 1 Inci     =  0.0254 meter
  • 1 Meter =  3.28084 kaki
Selepas ini kita tidak perlu lagi ragu-ragu sewaktu melakukan anggaran luas keliling pada lot tanah. Kalau rasa-rasa malas buat hitungan bolehlah terus ke link ini http://www.ptgwp.gov.my/pg_kalkulator.htm#luas