Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Memaparkan catatan dengan label Kudat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kudat. Papar semua catatan

Khamis, 8 September 2011

Tanah Adat NCR Kudat


Penduduk Kampung membantah cadangan untuk memasukkan Kg. Indarason Darat dan Kg. Komburongo Kudat, ke dalam program Mini Estat (MESEJ) Kg. Minikodong dan menuntut agar tanah-tanah tersebut dikembalikan kepada pemilik-pemilik asalnya. Penduduk kampung menolak sistem estat kerana mereka menyedari bahawa mereka bakal kehilangan hak tanah pusaka termasuk pendapatan kerana penduduk kampung hanya diambil sebagai pekerja yang tidak mungkin dapat menjamin pendapatan yang baik.  

Tindakan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan kontraktor dilantik iaitu Berani Wawasan untuk memasuki kawasan tanah-tanah adat orang asal di kawasan Kg. Indarason dan Kg. Komburongo jelas menunjukkan ia merupakan satu pencerobohan dan pencabulan hak penduduk kampung tersebut. Ini selaras dengan undang-undang tanah adat (NCR) dalam seksyen 13 yang menerangkan mana-mana pihak yang ingin memasuki tanah adat dengan tujuan meneroka atau memiliki, perlu memberi notis selama 30 hari sebelum memasuki kawasan berkenaan. Penerokaan atau pengambilan tanah hanya boleh dilakukan sekiranya tidak ada bantahan daripada penduduk asal selepas 30 hari.

Apa yang berlaku dalam kes Mini Estat Kg. Minikadong ialah tiada sebarang notis diberi oleh mana-mana pihak termasuk Jabatan Tanah atau LIGS dan maka dengan itu ia jelas satu pencerobohan dan melanggar undang-undang di Negara ini.