Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 4 Jun 2019

Pengukuran Tanah Kundasang Untuk Geran Native Title


Senyuman lebar tanda gembira dapat dilihat daripada raut wajah tuan tanah sambil menyambut kehadiran kami ke tempat mereka bagi tujuan memulakan pengukuran tanah lot miliknya. 

Ditambah lagi pemandangan yang indah dan mempesona di Kundasang menyerikan lagi pertemuan kami pada saat itu. 

Status permohonan tanah ini sebenarnya telah lama diluluskan dalam mesyuarat LUC.  Jika tidak silap Permohonan tanah (P.T) atau Land Application (L.A) telah diluluskan pada tahun 1992 lagi. Namun tidak ada gerakan susulan yang dilakukan pada ketika itu. Mungkin juga disebabkan oleh kesibukan kerja atau sebagainya.

Tahun 2019 ini menjadi mimpi indah kepada si pemilik apabila ada tindakan susulan yang dilakukan, beberapa urusan telah dibuat. Setelah itu pengeluaran fail Register Survey Paper (RSP) dibuat permohonan melalui Pejabat Ukur Berlesen atau Licensed Survey (LS) kepada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU). 

Tidak dinafikan telah ramai yang patah hati dalam pengurusan tanah hingga menimbulkan sangkaan-sangkaan buruk terhadap sesuatu organisasi pejabat. 

Kita selalu dengar keluhan pemohon tentang permohonan mereka yang lambat diproses untuk tujuan pemilikan geran tanah. Sebenarnya proses untuk meluluskan pengukuran tanah sekaligus memberi geran tanah kepada pemohon mengambil masa juga. 

Berapa tempoh masa (lama) itu bergantung pada kendalian pegawai atau kakitangan yang bertugas di unit berkenaan.  Namun saya percaya telah ada garispanduan masa untuk menyiapkan bagi kerja-kerja dalam tangan.

ISO atau Fail Meja atau Manual Prosedur Kerja (MPK) adalah antara salah satu daripada banyak  dokumen penting yang menjadi panduan bagi kakitangan awam.

Jabatan yang memiliki pengiktirafan ISO merupakan sebuah organisasi yang mantap dan cemerlang.

Isnin, 3 Jun 2019

Kerja Penanaman Batu Sempadan Tanah Geran

Seawal tahun sepanjang enam bulan pertama di tahun 2019 ini tim ukur banyak tumpukan kerja-kerja pengukuran lot untuk tujuan pengeluaran geran tanah. kerja yang dilalui di lapangan agak begitu mencabar juga apabila kita mengalami kekurangan makanan ketika camping dalam hutan. 

Ditambah lagi keadaan cuaca yang tidak menentu (hujan) menyebabkan kerja pengukuran lot tidak dapat dilaksanakan dengan begitu lancar. Muka bumi yang licin juga menyebabkan pergerakan menjadi lambat ketika mendaki bukit batu dan turun dari lurah bukit. 

Huuiiioohhhhhh..... penat memang penat tapi seronok,, betul betul seronok.... keseronokan bekerja inilah yang memberi kami kekuatan extra untuk meneruskan kerja-kerja pengukuran. 

Berjalan kaki berkilo-kilo dengan membawa beban. Antaranya adalah alat ukur, batu-batu sempadan yang baru, makanan dan minuman dan sebagainya lagi. Membuatkan kaki dan tangan kami lebih berotot dan menjadi kuat. 

Begitulah tiap-tiap hari rutin hidup berada dalam camp.

Inilah tanggungjawab kami sebagai Tukang Sukat Tanah membantu masyarakat atau penduduk kampung untuk mendapatkan geran tanah mereka. Tidak boleh malas-malas, tidak boleh banyak alasan, tidak boleh pilih-pilih lapangan. Utamakan tanggungjawab dan itu akan menjadikan anda dilihat lebih berintergriti dalam pekerjaan.

Nilai tanah yang sudah digerankan akan meningkat lebih mahal berbanding tanah yang masih belum bergeran. Oleh sebab itu, janganlah cepat bosan dalam urusan-urusan tanah. Urus tanah kita sampai dapat geran tanah.