Ahad, 12 Januari 2014
Selamat Tahun Baru 2014
Sukses bermula dari fikiran Kita. Sukses adalah keadaan fikiran Kita. Bila Kita inginkan sukses, maka Kita harus mula berfikir bahawa Kita Sukses dan mengisi penuh fikiran Kita dengan kesuksesan. Semua insan mahukan kesuksesan. Semoga kita semua akan terus lebih Sukses lagi dalam apa saja bidang yang kita ceburi..Maju Bersama di tahun 2014..!
Isnin, 14 Oktober 2013
Semak e-Penyata Gaji Anda Disini
*** PERHATIAN ***
Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan telah ditambahbaik dengan ciri keselamatan seperti berikut:
1. SEMAKAN NO AKAUN BANK PENGGUNA.
Sistem akan membuat semakan no. akaun bank yang dikunci masuk oleh pengguna sebelum tindakan Daftar Semula dapat diteruskan. PERINGATAN: Sila pastikan maklumat no. akaun bank dilindungi dan hanya dikunci masuk ke dalam sistem SAHAJA apabila diminta(bagi tujuan Daftar Semula).
Semak Gaji Anda Disini e-PENYATA GAJI
2. NOTIFIKASI MELALUI SMS DAN EMEL KEPADA PENGGUNA YANG DAFTAR SEMULA.
Sila pastikan maklumat no.telefon bimbit dan alamat emel dikemaskini agar notifikasi berkaitan tindakan Daftar Semula dapat dihantar kepada pengguna.
Semak Gaji Anda Disini e-PENYATA GAJI
Ahad, 22 September 2013
Sabtu, 21 September 2013
30 Tahun Fail Permohonan Tanah (L.A) Tidak di Proses
Beberapa hari yang lepas saya dan seorang rakan pergi ke HQ Jabatan Tanah dan Ukur, Kota Kinabalu dengan urusan masing-masing. Tujuan saya pada masa itu adalah untuk merujuk kedudukan status terkini permohonan tanah atau L.A keluarga saya. Sewaktu berada disana (JTU), saya dilayan dengan baik dan penuh sopan oleh petugas kaunter. Satu persatu saya keluarkan resit L.A tanah yang ada untuk tindakan petugas kaunter tersebut.
Maklumbalas yang saya terima, sebahagian daripada L.A yang dirujuk masih belum diterima oleh HQ JTU menyebabkan tiada rekod mengenai permohonan tanah tersebut. Perkara ini sungguh tidak dapat diterima memandangkan permohonan tanah tersebut sejak 1980-an lagi. Tidak mungkin dalam jangka masa yang begitu lama tiada langsung pergerakan fail berlaku. Saya disarankan agar pergi membuat rujukan di PPHT daerah dimana tanah ini dipohon. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada petugas kaunter kerana membantu saya dalam perkara ini.
Gambar Hiasan |
Cuba bayangkan sekiranya fail permohonan tanah tidak diproses dalam jangka masa yang begitu lama, maka ini bererti fail itu akan berlonggok di pejabat tanpa ada sebarang tindakan malah akan bertambah dari semasa ke semasa kerana kehadiran fail-fail semasa pada tahun tersebut. Keadaan ini memberi gambaran seolah-olah pengurusan dan pentadbiran yang ada kelihatan begitu lemah sekali ya... Sekiranya timbunan fail ini benar-benar berlaku dipejabat PPHT daerah, maka Top Management perlu mengambil perhatian yang serius dalam hal ini dan harus memberi teguran dan menasihati pegawai yang bertugas agar dapat menjalankan tugas dengan baik.
Gambar Hiasan |
Gambar Hiasan |
Bagi kakitangan awam, andaikata terlupa tugas hakiki maka Fail Meja (FM) atau Manual Prosedur Kerja (MPK) harus dijadikan rujukan sebagai panduan di tempat kerja. Melalui FM atau MPK ini, norma masa untuk tindakan bagi satu-satu fail sudah disediakan. Fikirkan semula, sekiranya FM dipatuhi masih berlakukah longgokan fail kerja? sudah tentu tidak...
Hanya KIK sahaja yang berpotensi menyelesaikan masalah pengurusan dan pentadbiran dalam Jabatan...
Langgan:
Catatan (Atom)