Jumaat, 10 Mac 2017
Rabu, 8 Mac 2017
Tukar Unit Jarak atau Luas Secara Online
Gunakan segala kelebihan yang ada di internet terutamanya dalam subjek pertukaran unit ukuran (jarak/luas) dalam ukur tanah. Contohnya jika anda bercadang ingin menukar jarak dalam unit meter ke kaki maka anda hanya perlu klik mana-mana gambar dibawah dan anda akan masuk ke website berkaitan. Selepas itu hanya isikan data/maklumat yang berkaitan dan lihat hasilnya.
Mudahkah, kini anda tidak perlu fikir formula pertukaran lagi. Hanya masukkan sahaja data dan anda akan dapat jawapan dalam sekelip mata.
Selasa, 7 Mac 2017
Isnin, 6 Mac 2017
Jumaat, 3 Mac 2017
Rabu, 22 Februari 2017
Pesanan Terakhir Dari Sang Ayah
Rasa terkejut apabila dapat tahu khabar berita tentang seorang client (seorang pakcik) yang telah dipanggil Tuhan. Berita kematian ini masih sukar dipercayai pada mulanya.. apa tidak kalau yang awal bulan ini waktu itu kita sama-sama round kawasan tanahnya untuk tujuan pembahagian lot kepada anak-anaknya... masih kelihatan pakcik ini benar-benar sihat, cergas dan kuat meredah semak belukar sambil merintis jalan.. satu persatu tanda sempadan pakcik tunjukkan.
Sempadan tanah dengan pemilik lot bersebelahan dia tunjukkan juga.. dia sempat kongsikan bagaimana tanah lot yg dibelakang tidak mempunyai akses jalan kerana pemilik lot yg lain tidak beri kerjasama.. tp kerana ada belas kasihan daripada pakcik ini maka dia beri ruang akses jalan melalui tanahnya sendiri... baik sungguh pakcik ini..
Semasa duduk berehat dihalaman rumah sambil menghilangkan rasa penat, pakcik tidak teragak-agak berkongsi pengalamannya tentang cara-cara dan skill semasa menangkap ikan di laut. Cara melihat musim ikan jenis apa semua pun pakcik kongsikan.
Pakcik ini sebenarnya telah pun merancang untuk berjumpa dengan Tukang Sukat Tanah sejak dua bulan yang lepas melalui anaknya dia telah beritahu lebih awal. Namun kerana keadaan dan masa yang tidak mengizinkan maka perjumpaan ini terus ditunda dari waktu ke waktu.
Hari ini saya berhubung dengan anak pakcik untuk bertanyakan kesahihan berita itu. Ya, memang benar dan pakcik telah selamat dikebumikan. Anaknya (walaupun bersedih) melahirkan kesyukuran kerana mendiang sempat menyelesaikan pembahagian tanah untuk anak-anaknya sebelum meninggalkan semuanya kepada keluarga yang ditinggalkan..
Melalui pengurusan yang teratur lebih awal kini pecah geran untuk lot tanah masing-masing dapat dilakukan secara telus dan teratur tanpa ada bantahan satu sama lain.
RIP pakcik..
Langgan:
Catatan (Atom)