Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 24 Julai 2018

Bina Sulap

Tinggal di tengah hutan bukanlah satu perkara yang menyeronokkan kerana keselamatan kita agak longgar dan mudah terancam oleh binatang buas, serangga berbisa dan macam-macam lagi. 

Jauh dari kemudahan asas seperti bekalan air paip, bekalan tenaga elektrik, talian internet, jalan raya atau jalan berturap akan menyebabkan kita mula merindui semua kemudahan asas yang lengkap seperti ini di kota yang membangun.  

Namun disebalik dari itu jauh di sudut hati kita terasa begitu tenang dan aman ketika berada jauh dari kesibukan kerja di kota. Memang benarlah kata pepatah "setinggi-tinggi melambung, surutnya ke tanah juga" biar kemana pun kita pergi, akhirnya akan balik ke kampung halaman juga. Indah sekali peribahasa tu sungguh-sungguh memberi kesedaran kepada kita yang asalnya dari kampung.

kita akan bangunkan tanah yang kosong untuk generasi kita yang akan datang. Maka sulap@rumah ini perlu didirikan untuk dijadikan tempat berlindung dan untuk tempat pengumpulan hasil dari bercucuk tanam.

Di tengah hutan yang tebal ini sangat segar udaranya. sekali udara dihirup seolah olah kita dapat rasakan bagai segala kesakitan atau kepenatan ketika bekerja dapat di ubati. Udara di hutan ini amatlah berbeza dengan udara di kota. Segar betul udara di hutan.

Bangun diwaktu pagi kedengaran ungas dan burung berkicau kicauan. Alangkah indahnya kerana itu adalah sebahagian daripada rawatan terapi minda. 

ohh indahnya hutan kita...

Isnin, 28 Mei 2018

Kayu Balak

Tuan tanah mencari pembalak berlesen untuk mengeluarkan semua pokok (balak) dikawasan tanah mereka seluas 800 ekar atau lebih untuk tujuan memulakan penanaman kelapa sawit dan getah di masa akan datang.

Difahamkan bahawa mereka (pemilik) tanah adat ini belum dapat mengusahakan tanaman kerana tidak mampu menebang pokok-pokok besar.