Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 8 September 2011

Tanah Adat NCR Kudat


Penduduk Kampung membantah cadangan untuk memasukkan Kg. Indarason Darat dan Kg. Komburongo Kudat, ke dalam program Mini Estat (MESEJ) Kg. Minikodong dan menuntut agar tanah-tanah tersebut dikembalikan kepada pemilik-pemilik asalnya. Penduduk kampung menolak sistem estat kerana mereka menyedari bahawa mereka bakal kehilangan hak tanah pusaka termasuk pendapatan kerana penduduk kampung hanya diambil sebagai pekerja yang tidak mungkin dapat menjamin pendapatan yang baik.  

Tindakan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan kontraktor dilantik iaitu Berani Wawasan untuk memasuki kawasan tanah-tanah adat orang asal di kawasan Kg. Indarason dan Kg. Komburongo jelas menunjukkan ia merupakan satu pencerobohan dan pencabulan hak penduduk kampung tersebut. Ini selaras dengan undang-undang tanah adat (NCR) dalam seksyen 13 yang menerangkan mana-mana pihak yang ingin memasuki tanah adat dengan tujuan meneroka atau memiliki, perlu memberi notis selama 30 hari sebelum memasuki kawasan berkenaan. Penerokaan atau pengambilan tanah hanya boleh dilakukan sekiranya tidak ada bantahan daripada penduduk asal selepas 30 hari.

Apa yang berlaku dalam kes Mini Estat Kg. Minikadong ialah tiada sebarang notis diberi oleh mana-mana pihak termasuk Jabatan Tanah atau LIGS dan maka dengan itu ia jelas satu pencerobohan dan melanggar undang-undang di Negara ini.

Isnin, 5 September 2011

Masalah dan Penyelesaian Ukur Kejuruteraan

Ilmu Ukur Untuk Jurutera

Asas Ukur Kejuruteraan

Nota Ukur Kejuruteraan ini sangat baik untuk tujuan ulangkaji atau dibaca semula jika sudah lama di tinggalkan.

Ukur Terabas Tiodolit - C1005 Unit 7

C1005 Unit 7

Tiodolit dan Penggunaannya - C1005 Unit 6

C1005 Unit 6

Ukur Kompas - C1005 Unit 5

C1005 Unit 5

Ukur Aras C1005 Unit 4

C1005 Unit 4

Ukur Meja - C1005 Unit 3

C1005 Unit 3

Ukur Rantai C1005 Unit 2

C1005 Unit 2

Ukur kejuruteraan C1005 Unit 1

C1005 Unit 1

Ukur Kejuruteraan C1005

C1005 Unit 0

Survey Fees

SURVEY FEES AS PER SECOND SCHEDULE TO REGULATION 7(2) OF THE SURVEYORS (REGISTRATION AND ADMINISTRATION) REGULATIONS 1989 AS AMENDED BY G.N. JIL. LXVI NO. S1 OF 2011
Survey fees for title surveys are classified in accordance with the Categories of land use such as agriculture, residential, commercial, industrial and other purposes. Licensed Surveyors shall carry out the survey as per the instructions issued by the District Surveyor under the Registered Survey Paper (R.S.P) and submit the R.S.P with certified plan/s and relevant documents to the District Surveyors.

TABLE 1 
TABLE 2

TABLE 3

TABLE 4

TABLE 5

TABLE 6

TABLE 7

TABLE 8

TABLE 9

TABLE 10

TABLE 11

TABLE 12

TABLE 13

TABLE 14

Ahad, 4 September 2011

Tukang Sukat Mangsa Bunuh

Mangsa bunuh di kem pembalakan selamat dikebumi


MIRI: Mayat mendiang Roland Ajeng Juk yang disyaki telah dibunuh di kem pembalakan di Kilometer 200, Baram pada 1 Jun lalu, telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Sidang Injil Borneo (SIB) Riam di sini semalam.

Upacara pengebumian dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau dan Penghulu Ajang Wan, balu Margrete Ubong Laing dan bapa mentua balu, Jong Eng.

Dianggarkan seramai 100 tetamu terdiri ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan hadir pada upacara tersebut untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Roland, 29, bekerja sebagai tukang sukat kayu balak di salah sebuah syarikat pembalakan tempatan. Mangsa yang berasal dari Long Kesseh, ditemui meninggal dunia di kem pembalakan dengan pelbagai kesan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Baram, Timbalan Superintenden, Abu Bakar Mokhtar yang dihubungi mengklasifikasikan kes sebagai kes bunuh dan kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita telah melakukan bedah siasat di Hospital Miri. Bagaimanapun, kita masih memerlukan banyak maklumat. Salahfaham dan mabuk semasa sabung ayam antara punca kejadian ini,” jelasnya semalam.

Beliau memberitahu, suspek yang juga merupakan sepupu mangsa telah ditahan untuk siasatan lanjut kes ini.

Polis katanya akan mendapatkan perintah dari mahkamah untuk melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap suspek Selain isteri, mangsa turut meninggalkan dua anak lelaki berusia empat dan enam tahun.

Sumber: