Ads 468x60px

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 22 April 2015

Rancang Kedudukan petak lot atas tanah seperti dalam borang permohonan tanah

Permohonan tanah kerajaan lazimnya pembahagian petak lot tanah kepada para peserta itu dilukis tanpa skala diatas kertas (peta topo/locality plan). kelemahan cara ini adalah luas tanah yang dipohon mungkin tidak akan sama dengan keluasan tanah sebenar diatas bumi memandangkan plan dilukis tanpa skala. 

Ia boleh menyebabkan persoalan akan timbul daripada pemohon. Contohnya pemohon apply tanah seluas 15 ekar, tapi selepas dapat geran cuma dapat 3 ekar. Ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati pemohon dan lebih cenderung berfikir yang negatif pada keadaan terutamanya kepada pihak JTU. Pemohon tidak boleh salahkan pihak JTU, tapi harus berbalik kepada perancangan awal semasa mengemukakan permohonan tanah kerajaan. 

Kini plan permohonan tanah (boleh) dilukis menggunakan skala. Cara ini agak baik dan terancang (jumlah peserta) berbanding dengan cara yang sebelum ini kerana luas tanah yang dipohon sama dengan luas tanah diatas bumi (tanah). 

Selain itu cara ini juga dapat memberitahu kita keadaan lot yang dipohon itu samaada tanah ratakah, berbukitkah, gaungkah, sungaikah dan sebagainya. Sekurang-kurangnya keadaan seperti dalam gambar dibawah dapat memberi gambaran kepada pemohon dan ini memang baik sekali untuk si pemohon rancang sesuatu apa yang sesuai diusahakan di atas tanah tersebut. Kalau anda sebagai peserta pemohon tanah kerajaan dan ada hak untuk memilih, kira-kira lot mana satu pilihan kamu....