Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 27 Mac 2013

Kredibiliti Sangat Penting

Jangan abaikan KREDIBILITI diri anda...

Seperti yang semua orang telah sedia maklum bahawa maksud KREDIBILITI ialah sifat boleh dipercayai atau diyakini atau kebolehpercayaan. Demikianlah sifat itu harus ada pada setiap orang yang menjalankan perusahaan tidak kira dalam bidang apa pun. Tanpa adanya sifat kredibiliti ini maka ia pasti akan melemahkan segala usaha yang sedang membangun.

Tukang Sukat Tanah Secara Sambilan.

Dalam bidang Ukur tanah seorang tukang sukat tanah perlulah memiliki sifat seperti ini. Tidak perlulah terlalu ghairah menerima tawaran kerja/projek daripada mana-mana pihak sekiranya tidak mampu (Jika mampu apa salahnya) melakukan kerja yang diluar daripada kebiasaan. Ini kerana keadaan begitu berpontensi berubah menjadi satu tekanan dan bebanan yang datang daripada  banyak pihak sekiranya kerja atau projek yang ditawarkan tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Tumpukan sesuatu kerja sehingga selesai dan selepas itu barulah mula beralih kepada kerja yang seterusnya. Tingkatkan momentum kerja dan sentiasa bersikap jujur pada siapa saja supaya anda  kekal dilabelkan sebagai seorang yang boleh dipercayai atau diyakini oleh semua orang yang datang berurusan. Tidak mustahil projek akan datang tidak putus-putus kepada anda.

Ya memang benar, tawaran kerja akan datang tidak henti-henti apabila kredibiliti anda telah diketahui ramai. Bermula daripada melakukan projek yang kecil-kecilan sehinggalah membawa anda kepada melakukan projek besar-besaran. Mereka yang terlibat tidak akan ragu-ragu dan tidak teragak-agak untuk meletakkan kepercayaan sepenuhnya sepenuhnya kepada anda dalam mengendalikan projek (kerja ukur) yang mereka tawarkan. Keadaan ini sudah pasti akan memberi keselesaan pada diri anda dari segi ekonomi dan begitulah seterusnya. Ingat! semuanya bermula daripada KREDIBILITI diri yang anda tunjukkan. 

Tips: 
  • Fokus pada kerja anda
  • Bersikap positif semasa mengendalikan kerja
  • Jangan batalkan temujanji dengan client
  • Datang awal jika ada pertemuan
  • Lebih baik tidak berjanji daripada tidak menepati janji.
  • Sentiasa jujur dalam segala urusan.
  • Jangan tamak semasa menerima kerja
  • Utamakan keselamatan diri @ pasukan