Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 10 September 2012

Takrifan Hak Tanah Adat Anak Negeri Sabah (NCR)


-Gambar Hiasan-

Takrifan Hak Tanah Adat Anak Negeri Sabah (NCR) – Di bawah Seksyen 14 Ordinan Tanah Sabah:

Seorang anak negeri boleh mengemukakan tuntutan tanah adat anak Negeri secara bertulis kepada PPHT di Daerah mana tanah kerajaan dimaksudkan terletak.

7  Kriteria Hak Tuntutan Tanah Adat Anak Negeri di Bawah Seksyen 15 Ordinan Tanah Sabah:
  • Pemilikan yang sah melalui pendudukan atau pengusahaan tanah selama 3 tahun  berturut-turut.
  • Tanah yang telah ditanam dengan pokok buah-buahan sejumlah 50 dan ke atas pokok dalam sehektar.
  • Kawasan yang mempunyai pokok buah-buahan tumbuh berselerak, dan sago, rotan atau apa-apa tumbuhan yang mempunyai nilai ekonomi dan dapat dibuktikan bahawa ianya  telah ditanam atau dijaga serta dinikmati hasilnya seolah-olah harta peribadi anak negeri  tersebut.
  • Kawasan padang ragut yang aktif.
  • Tanah yang telah ditanam atau dibangunkan dalam tempoh masa 3 tahun.
  • Tempat-tempat penyembahan atau kuburan, dan
  • Kawasan yang telah dijadikan laluan manusia atau haiwan dari sungai-sungai, jalan-jalan atau rumah-rumah kemana mana kawasan yang disebut di atas.
Enhanced by Zemanta