Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 26 April 2014

Motivasi Kejayaan

Sebagai Pendorong Kehidupan kita........

Ada seorang perenang yang telah menjuarai banyak kejohanan, termasuklah di sukan Olimpik. Akhirnya dia memutuskan ingin mencuba cabaran yang lebih dahsyat lagi iaitu ingin mencatat rekod dunia dengan berenang menyeberangi Laut China Selatan. Untuk persiapan, si perenang focus berlatih hampir tiap hari untuk menguatkan staminanya. Dia juga berlatih berenang di air dingin kerana kadangkala air laut tiba-tiba saja boleh menjadi sangat dingin mengikuti cuaca yang tidak menentu.

Segala persiapan sudah dilakukan dan dari kekerapan yang dia jalankan sudah pasti mampu menyeberangi laut tersebut. Si perenang sangat optimis bahawa dia akan memecahkan rekod sebagai perenang pertama di dunia yang menyeberangi Laut China Selatan tersebut.

Hari yang di nanti telah pun tiba, namun ada satu perkara yang tidak dia pedulikan, iaitu gangguan kabus yang boleh menghalangi pandangan mata. Dia tidak menghiraukan kehadiran kabus ini kerana dia berasa yang diperlukankan adalah stamina berenang, bukan pandangan mata. Dia mula berenang dan bertekad terus berenang sampai ke hujung pantai. Pada ketika dia berenang dia tidak tahu garis finish, dia mula berasa telah berenang terlalu lama, tapi garis finish masih tidak kelihatan. 

Dia terus berenang kuat-kuat dan berharap garis pantai akan segera kelihatan. Tapi setelah sekian lama berenang dengan penuh semangat, dia masih belum sampai juga di garis pantai. Dia mulai putus asa, dan mula berfikir sudah terlalu lama ia berenang akan tetapi seperti garis pantai tidak juga kelihatan. Akhirnya dia menyerah. Ketika kabus menghilang, ternyata dia menyerah hanya sekitar 5 meter dari bibir pantai. Seandainya dia tahu, dia pasti masih kuat berenang 5-10 meter lagi.. tapi dia memutuskan menyerah kerana semangatnya telah hilang oleh kabus.

Penerapan:
Seringkali orang telah berusaha dan bekerja keras untuk mencapai kejayaan dan mereka mula menyerah kalah ketika hanya selangkah dari garis kejayaan..Oleh kerana itu, jika kita telah memutuskan untuk berjuang, jangan pernah berhenti, jangan pernah menyerah, jangan pernah berputus asa, sehingga kita benar-benar mencapai tujuan kejayaan.. Bak kata seekor katak, “I can’t jump high, but I never jump backward”.