Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 20 Mei 2015

Batu Tanda Aras (Benchmark) dan Tanda Aras Piawai (Standard Benchmark)

Ringkasan Tanda aras merupakan salah satu produk JUPEM yang memberi nilai ketinggian sesuatu titik di atas permukaan bumi relatif kepada Land Survey Datum (LSD) 1912 ataupun Datum Tegak Geodesi Semenanjung Malaysia (DTGSM). Ia adalah digunakan menyokong pelbagai aktiviti dalam bidang geodetik, pemetaan, ukur kejuruteraan, saintifik dan lain-lain kajian. Ketinggian sesuatu Tanda Aras ditentukan dengan dua kaedah pengukuran aras iaitu Ukuran Aras Jitu dan Ukuran Aras Kelas Kedua dengan tikaian masing-masing 0.003vK meter dan 0.012vK meter.
     
Terdapat dua jenis tanda aras iaitu:

1. Tanda Aras Piawai (Standard Benchmark/SBM)
Ia dibina separas dengan permukaan bumi untuk memelihara kestabilannya agar sebarang gangguan yang berkemungkinan berlaku dapat diminimumkan. SBM ditubuhkankan dalam rangkaian ukur aras jitu bagi mewujudkan satu sistem tanda aras yang stabil serta dapat mengawal jaringan aras. Tanda-tanda tersebut ditempatkan di sepanjang jalan raya utama pada sela 40 kilometer atau di persimpangan jalanraya utama.

2. Tanda Aras (Benchmark/BM)
Ia dibina di antara tanda-tanda aras piawai dengan sela setengah (0.5) kilometer bagi kawasan bandar dan satu (1) kilometer bagi lain-lain kawasan. Bentuk tanda aras merupakan plat dan bolt yang dilekatkan pada monumen konkrit di atas permukaan tanah dan lokasinya berhampiran atau di dalam kawasan butiran tetap seperti batu penanda jalan, jambatan, tiang telefon dan bangunan ( balai polis, sekolah dan sebagainya).