Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 22 Mei 2016

Land For Sale at Kampung Napong, Ranau

Kg. Napong, Ranau.
Keluasan Lot: 3.07Ac

Rujukan Kordinat
Lat:     6° 2'59.34"N
Long: 116°44'52.87"E

Serious Buyer Only.
Please Contact:
Tukang Sukat Tanah
Hp: 01119568959 (WhatsApp)
Email: tukangsukat@gmail.com


Khamis, 19 Mei 2016

Dokumen-Dokumen Hakmilik Tanah

Terdapat beberapa jenis dokumen hakmilik tanah yang harus kita ketahui terutamanya bagi kita yang berasal dari Sabah. Terdapat tujuh jenis hakmilik yang telah direkodkan. Antaranya adalah seperti berikut:

Senarai Dokumen Hakmilik Tanah:
  1. Dokumen Hakmilik Tanah Pertama Sabah (country Lease 1)
  2. Dokumen Hakmilik Tanah 'Field Register' format lama
  3. Dokumen Hakmilik Tanah format baru
  4. Dokumen Hakmilik jenis kommunal
  5. Dokumen Hakmilik jenis subsidiari
  6. Dokumen Hakmilik Tanah 'Native Title' format lama
  7. Pendaftaran urusniaga cara lama dan berdigit LaDess

Dokumen Hakmilik Tanah Pertama Sabah (country Lease 1)
 Dokumen Hakmilik Tanah 'Field Register' format lama
Dokumen Hakmilik Tanah format baru
Dokumen Hakmilik jenis kommunal
 
Dokumen Hakmilik jenis subsidiari
Dokumen Hakmilik Tanah 'Native Title' format lama
Pendaftaran urusniaga cara lama dan berdigit LaDess

Joint Venture (JV) antara company dan orang kampung

Melihat gambar ini (dibawah) teringat pula cerita seorang kawan (cerita ketika di kedai kopi) kawan bagitau bagaimana mereka sekeluarga dihalau secara halus oleh company besar yang sedang dalam menjalankan kerja-kerja penanaman kelapa sawit di tempat mereka. Pada mulanya ia dikatakan joint venture (JV) company dengan orang kampung. Menyedari sesuatu yang tidak kena, maka tinggalah hanya beberapa buah keluarga lagi di kampung tersebut tidak bersetuju JV dengan company. 

Sehinggalah sampai satu tahap company telah pun menguasai keseluruhan kawasan tersebut. Namun yang baiknya (pada masa itu) company tidak bertindak kasar menyuruh penduduk yang masih tinggal di kawasan tersebut untuk berpindah. Apa yang dilakukan oleh company adalah meneruskan kerja-kerja teres tanah bagi tujuan tanaman kelapa sawit. 

Semakin lama keluarga (kawan) berasa tertekan kerana potongan tanah (teres) semakin menghampiri kawasan rumah mereka dan itu tidak dapat dipertahankan lagi kerana lebih 90% kawasan tersebut telah dikuasai oleh company. Setiap hari company datang pujuk keluarga mereka untuk berpindah ke tempat lain yang berdekatan disertai dengan tawaran yang menarik daripada company seperti segala kos yang terlibat misalnya kos membina rumah baru akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak company asalkan kedudukan rumah itu dapat dipindahkan. 

Akhirnya keluarga mereka dalam keadaan (paksa rela) terpaksa akur dan berpindah ke kawasan yang lain. Tanpa membuang masa jentera berat company terus menjalankan kerja pemotongan (teres) sampailah kedudukan tapak asal rumah mereka tidak dapat dikesan lagi. 

Kawan nasihatkan agar jika ada tawaran JV dari mana-mana pihak maka eloklah diteliti terlebih dulu berfikir banyak kali bahkan berkali kali sebelum membuat keputusan kerana kelak keputusan itu bakal mengundang dua perkara sahaja iaitu perkara yang menguntungkan dan perkara yang merugikan. 
Gambar ilustrasi sahaja