Ads 468x60px

lee

Lee-JUBsbh
1918 A German engineer surveying during the First World War Acre Anak Negeri Sabah Asas Asia Geomamtic Instruments Sdn Bhd Autocad Civil 3D BN Wajib Selesai Isu Tanah Adat Bahaya Baseline Processing Basic survey Bearing Borang Permohonan Tanah Negeri Sabah Bot karam C.L Cinta Tukang sukat DRONE Demarcation Dicerobohi Edisi Edition GPS GNSS GPT 700i series Gempa Bumi di Ranau Sabah Geran Komunal atau geran komuniti Geran Tanah Gunung Kinabalu Hak Tanah Adat Handheld GPS HiPer Pro GPS surveying system HiPer Pro GPS surveying system in carrying case INSTUN JUPEM JUPEM sabah Jabatan Tanah dan Ukur Jatuh dari gunung kinabalu Juruteknik Jurutera Juruukur Tanah Kakitiga Kalimantan Timur Kaya Kem Balak Kenangan Komunal Koordinat Kudat Kurup LIGS Lembaga Getah Lot Rumah Manggatal Lot tanah Malaysia Mangsa Map Mini Prisma Miskin Mitos orang tempatan N.T NCR Negeri Old Surveyor Pengesahan Pihak berkuasa tempatan Pilot Balloon Theodolite Pole Prisma Profesional Surveyor Qibla Liquid Damped Pocket Compas RCI sabah Read Tape Rezab Jalan Rizab Rood SDR Sabah Sahut Seruan Kerajaan Sejarah Selamat Tahun Baru Cina 2014 Sempadan Tanah Senaman Senarai Juruukur Berlesen Negeri Sabah Simpang Mengayau Singapura Skala Stanley London Brass Theodolite Suhakam Survey fees Tambunan Tanah Tanah Runtuh Tanah adat Tawau Theodolite with Tripod and Hardwood Tiodolit dan Penggunaannya Topcon Total Station Tribach Tripod Tukang sukat Tanah Tuntutan tanah adat UAS UAV Ukur Kejuruteraan : Masalah dan Penyelesaian Ukur Meja Ukur Rantai Ukur Terabas Tiodolit Ukur aras Ukur kejuruteraan Ukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia Indonesia Unjuran Victoria Paulsen alat ukur anggaran 1 ekar tanah bayaran ukur car topcon company daerah di sabah dakmie durian for sale gambar ilmu ukur kejuruteraan kelapa sawit keliru keningau kiraan lagu terbaik land survey latarbelakang lereng Bukit locate lot tanah luas padang bola sepak measure mini banglo model Leica operasi pelan pelancong dari German pendaki german pengesahan Sempadan Tanah perairan Kudat pertukaran unit luas dan jarak peta pokok getah sebatik sempadan sepintas lalu setting up sewa tanah sokkia tanah kosong terindah timbus tanah tuan tanah tukang sukat tukang ukur ukur ukur Tanah ukur kompas ukur pengesahan sempadan tanah unit converter program wrong person

Ahad, 15 April 2012

BN Wajib Selesai Isu Tanah Adat

BARISAN Nasional (BN) perlu terus berusaha mencari penyelesaian terhadap isu tuntutan tanah adat oleh penduduk di Sabah, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. 

Kota Marudu, PitasBeliau berkata ketika daerah Kota Marudu sedang menyelesaikan tuntutan tanah bertindih yang sudah berlarutan, masalah yang tidak ada kesudahannya berlaku di kawasan jiran Pitas; apabila penduduk kampung menuntut tanah mereka yang sedang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah (Safoda) dan Begaraya Sdn Bhd. 

Ongkili berkata Pitas boleh menggunakan model Kota Marudu untuk mencari penyelesaian berhubung isu tuntutan tanah adat. 

Katanya baru-baru ini, kerajaan negeri bersetuju bahawa 1,000 keluarga yang terjejas di 35 kampung di Kota Marudu yang mempunyai tuntutan bertindih dengan Safoda dan Begaraya, masing-masing diberikan tanah seluas 20 ekar. 


"Saya meminta Jabatan Hasil Bumi dan Jabatan Tanah dan Ukur mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan tuntutan tanah adat tersebut," katanya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Banggi, di sini hari Ahad. 

Beliau berkata adalah tidak adil sama sekali dan mencekik darah apabila syarikat besar, yang mendapatkan kelulusan tanah sementara, menggunakan jentolak untuk meratakan tanah yang diusahakan oleh penduduk secara turun-temurun. 

Ongkili, yang juga Timbalan Presiden PBS, berkata partinya telah menerima banyak aduan daripada penduduk pribumi dari seluruh Sabah bahawa tanah adat mereka diceroboh oleh syarikat-syarikat gergasi yang mendakwa mendapat kebenaran kerajaan negeri untuk membangunkan semula kawasan berkenaan. 

"Isu ini boleh mengakibatkan rasa tidak puas hati serta boleh mencetuskan kemarahan di kalangan penduduk kampung," kata Ongkili. 

Katanya beliau yakin BN mempunyai formula dan keupayaan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Pengeluaran Geran Komunal Anak Negeri

KELIHATAN Musa bersalaman dengan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Yee Moh Chai, sambil diperhatikan oleh Yahya (dua kiri) dan Pairin (dua kanan). - 27th April, 2011 
2704_depan-1


KOTA KINABALU: Kerajaan berusaha mempercepatkan proses permohonan tanah untuk tujuan pengeluaran Geran Komunal Anak Negeri dengan memperkenalkan kaedah terkini iaitu Pemberimilikan Tanah Terancang Fast Track.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, bagi membolehkan Geran Komunal dikeluarkan menggunakan kaedah itu, pindaan kepada peruntukan di bawah Seksyen 76 Ordinan Tanah Sabah telah diwartakan pada 10 Disember 2009.

“Antara objektif pengeluaran geran komunal adalah untuk menyelesaikan isu tuntutan tanah-Hak Adat Anak Negeri Sabah (NCR) tanpa melalui Siasatan Tanah, menyelesaikan isu pertindihan permohonan tanah dengan memberimilik tanah secara adil dan seimbang dan melindungi kepentingan Anak Negeri Sabah ke atas tanah kerajaan di sekitar kawasan perkampungan Anak Negeri.

“Selain itu ia juga menghalang Anak Negeri Sabah daripada menjual kelulusan permohonan tanah dan hakmilik tanah, mempercepatkan proses pengeluaran hakmilik tanah jenis NT/ FR kepada Anak Negeri Secara berkelompok (communal) dan membasmi kemiskinan melalui pemberimilikan tanah yang terancang dan pembangunan tanah yang optima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Banggi Abdul Mijul Unaini, pada sesi soal jawab persidangan dewan undangan negeri, di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.

Musa berkata, setakat ini sebanyak tiga geran komunal Anak Negeri dengan jumlah keluasan 17,935 ekar yang melibatkan seramai 1,702 orang di dua buah daerah di Nabawan/ Pensiangan dan Tongod telahpun dikeluarkan geran komunal.

“Daripada tiga kawasan yang dikeluarkan geran komunal anak negeri, perjanjian usahasama untuk membangunkan ladang sawit di kawasan Lalampas, Tongod telahpun dimeterikan dengan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) untuk tempoh 25 tahun.

“Mengikut syarat perjanjian, anak negeri atau benefisiari yang terlibat akan memiliki dividen sebanyak 40 peratus manakala LKTNS sebanyak 60 peratus.

“Kawasan yang terlibat dengan usahasama itu akan dibangunkan dengan dua jenis tanaman iaitu seluas 8,000 ekar ditanam dengan kelapa sawit yang dikenali sebagai “Major Agriculture Zone” dan kawasan kedua, seluas 1,000 ekar akan ditanam dengan tanaman kontan yang dikenali sebagai “Community Economic Zone”,” katanya.

Beliau berkata, manfaat yang akan dinikmati oleh benefisiari adalah dalam bentuk dividen, peluang pekerjaan dan peluang perniagaan sesuai dengan kemampuan dan kemahiran sedia ada.

“Setakat ini kerja-kerja pembangunan tanah yang telah dilaksanakan adalah penanaman anak benih kelapa sawit yang kini berumur enam bulan dan pembinaan jalan daripada sempadan kawasan Lalampas ke tapak semaian.

“Selain itu, kerja-kerja penyediaan ladang dan penanaman kelapa sawit akan bermula pada Ogos tahun ini dengan anggaran kos perbelanjaan sebanyak RM74 juta.

“Projek pembangunan ladang kelapa sawit dijangka akan siap dalam tempoh empat tahun,” katanya.

Musa berkata, bagi dua kawasan Geran Komunal Anak Negeri yang telahpun dikeluarkan di daerah Nabawan, pihak kerajaan merancang untuk membangunkan kawasan berkenaan secara usaha sama dengan LKTNS.

Sementara itu, kawasan tanah kerajaan seluas 38,994 ekar yang melibatkan seramai 4,161 peserta telah siap diproses di peringkat daerah dan pada ketika ini sedang diproses di Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur untuk pengeluaran sebanyak 43 Geran Komunal Anak Negeri, katanya.

Beliau berkata, kawasan tanah kerajaan seluas 60,770 ekar sedang dirancang untuk tujuan pengeluaran Geran Komunal Anak Negeri.

“Pemberimilikan tanah melalui Geran Komunal adalah langkah positif Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan proses pemberimilikan tanah berskala besar kepada anak negeri dan juga membantu membangunkan tanah secara optima dan mampan, dengan harapan dapat membantu membasmi kemiskinan.

“Pendekatan itu juga menyelesaikan sebahagian besar isu NCR di negeri ini,” katanya.

Sehubungan itu Musa menyeru wakil-wakil rakyat khususnya mereka yang terlibat dalam program itu supaya menyokong dan memberi kerjasama kepada usaha murni kerajaan ini.