'done submit feedback'
Terima kasih
Land Surveying and Mapping Services
Panduan
asas untuk
pemohon yang kurang pasti tentang proses permohonan tanah di
Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah adalah seperti berikut
Di
mana saya perlu bermula?
Apa
yang berlaku seterusnya?
Selepas
menghantar borang, permohonan anda akan melalui proses pentadbiran dan teknikal
oleh JTU
Ringkasan
untuk Pemohon Baru
Langkah
1
Kunjungi Pejabat Tanah Daerah untuk
mendapatkan borang dan senarai semak dokumen.
Langkah 2
Lengkapkan & Hantar borang permohonan anda dengan
bayaran yang diperlukan.
Langkah 3
Gunakan INFO-PT untuk menyemak kemajuan permohonan anda
secara berkala menggunakan nombor rujukan yang diberikan
Senarai Ikon & Fungsinya
Akses kepada perkhidmatan temu janji elektronik.
2. e-Commerce
Akses kepada perkhidmatan e-dagang.
3. JTUWMA Pro
Akses kepada aplikasi profesional JTUWMA.
4. Quit Rent Enquiry
Pertanyaan mengenai cukai tanah / cukai pintu.
5. Land Acquisition Enquiry
Pertanyaan mengenai pengambilan tanah.
6. Land Dealings
Urusan tanah seperti pindah milik dan gadaian.
7. Survey Portal
Portal berkaitan kerja-kerja ukur dan tinjauan.
8. LA / Mining
Urusan pengambilan tanah dan perlombongan.
9. Land Development
Permohonan serta maklumat pembangunan tanah.
10. JTU Dashboard
Papan pemuka status permohonan dan maklumat pengguna.
11. e-SebutHarga / e-Tender
Perkhidmatan sebut harga dan tender secara elektronik.
12. Info-PT
Akses kepada maklumat Pejabat Tanah.
13. e-Land Enquiry
Pertanyaan status dan maklumat tanah secara dalam talian.
14. e-PERMIT
Permohonan permit elektronik.
15. Batu Sempadan
Maklumat berkaitan batu sempadan lot tanah.
16. e-Calibration
Perkhidmatan kalibrasi peralatan ukur secara digital.
17. TOL Renewal
Pembaharuan Lesen Pendudukan Sementara (TOL).
18. e-KMT
Akses kepada modul e-KMT.
19. EarthWork Removal
Permohonan pemindahan kerja tanah.
20. Prospecting License
Permohonan lesen prospek.
21. LA Comment
Saluran komen berkaitan pengambilan tanah.
22. Power of Attorney
Maklumat mengenai surat wakil kuasa dalam urusan tanah.
23. i-Adu
Aduan secara dalam talian kepada pihak JTU.
(Perspektif Aspirasi dan Suara Hati
Pemohon)
1.
Pengenalan Garis Masa yang Melangkaui
Kewajaran
Negeri Sabah kaya dengan potensi
tanah, namun pemohon sering berdepan dengan cabaran kepantasan proses. Di bawah
kerangka Ordinan Tanah Sabah (Bab 68), wujud satu realiti yang mencabar urusan
permohonan tanah kerajaan (PT) sehingga pengeluaran hak milik (geran) sering
terperangkap dalam kerumitan prosedur yang menjangkau 10 hingga 20 tahun atau lebih
lagi. Bagi Kita, ini bukan sekadar garis masa tetapi ia adalah tempoh produktif
yang terlepas begitu sahaja.
2.
Senario Semasa "Memohon sebagai
Pemuda, Menunggu sebagai Warga Emas"
Kenapa Kita perlu memohon tanah
sewaktu masih bertenaga, tetapi geran itu hanya dapat dimanfaatkan sepenuhnya
setelah Kita melampaui fasa usia produktif?" Inilah keluhan yang sering
kedengaran. Fenomena "Fail Statik" dan rantaian ulasan teknikal yang
berlapis antara agensi telah mewujudkan kekangan sistemik yang melambatkan
impian ekonomi Kita. Kita melihat masa depan keluarga seolah-olah terhenti
hanya kerana proses dokumentasi yang tidak kunjung selesai.
3.
Pencetusan Idea Respons Terhadap Harapan
di Kaunter
Nama projek “Geran Tanah
Sebelum Pencen” bukan sekadar kata ia adalah gema harapan pemohon yang
mengharapkan perubahan di kaunter-kaunter Pejabat Tanah Daerah (PTD). Ia lahir
daripada keinginan murni untuk melihat sistem penyampaian perkhidmatan selari
dengan arus pemodenan. Projek ini adalah satu transformasi kreatif terhadap
prosedur tradisional, bertujuan menggantikan tembok birokrasi kaku dengan
laluan penyampaian digital yang lebih telus.
4.
Justifikasi Kritikal Kenapa KIK ini
"Talian Hayat" Perkhidmatan?
Inilah punca utama mengapa projek
KIK ini adalah satu KEPERLUAN STRATEGIK Pemantapan Kepercayaan
Memulihkan keyakinan pemohon melalui pencapaian Piagam Pelanggan yang lebih
realistik dan konsisten. Mitigasi Risiko Fail Fizikal Mengurangkan
kebergantungan kepada dokumen kertas bagi mengelakkan risiko kehilangan data
yang boleh merugikan hak milik Kita. Keadilan Nilai Ekonomi Melambatkan geran
adalah menangguhkan potensi ekonomi. Kita memerlukan hak milik tersebut sewaktu
masih mampu mengusahakan tanah secara aktif. Kelestarian Pentadbiran Tanpa
intervensi KIK, kita hanya akan membiarkan lambakan fail (backlog) terus
meningkat dan membebankan generasi pentadbir akan datang.
5.
Isu Utama Jurang Ekspektasi Pelanggan
Kelewatan Kitaran Tempoh pusingan
fail yang tidak lagi selari dengan keperluan semasa masyarakat yang dinamik.
Ketidaktelusan Status Pemohon sering berada dalam situasi tidak pasti tanpa
sistem maklum balas yang automatik dan boleh dipercayai. Prosedur Berlapis
Langkah-langkah kerja yang banyak namun kurang memberikan nilai tambah kepada
kepantasan proses akhir.
6.
Aspirasi Projek Transformasi Hak Milik
Tangkas
Kita hadir untuk melaksanakan
rekayasa proses (process re-engineering) yang menyeluruh demi kebaikan pemohon.
Aspirasi Kita adalah jelas Menamatkan tempoh penantian yang panjang dan
memastikan geran tanah diserahkan sewaktu pemohon masih produktif iaitu SEBELUM
PENCEN.
===========================
SENARAI
TOOL KIK
===========================
1)
PENGENALPASTIAN MASALAH