Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 15 Julai 2019

Maksud A.R.P dalam Geran Tanah


Pernahkah anda terdiam sejenak setelah melihat maklumat luas dalam geran seperti A. R. P?
Ya, untuk kita yang pertama kali sudah pasti termenung sejenak cuba-cuba memikirkan sesuatu mengenai itu.
Maksud A.R.P dalam geran adalah seperti ini:
A = Acre, R = Rood, P = Pole
Misalnya A. R. P
                2. 3. 15

kadang-kadang kita terkeliru dan kurang jelas berkaitan luas sebenar lot bila lihat ruangan 'Area' seperti dalam (gambar) geran. 

saya kongsikan kepada rakan FB (yang belum tahu) tentang cara-cara membuat kiraan supaya dapat luas lot secara jelas.

Hanya dua langkah sahaja.

Langkah 1: 
Dapatkan rumus,

1 ekar = 4046.86 m2 
1 Rood = 1011.7 m2 
1 pole = 25.293 m2 

Langkah 2: 
masukkan nilai seperti ini,
2 Ekar, 3 Rood, 15 Pole
(2x4046.86) + (3x1011.7) + (15x25.293)
8093.72 + 3035.1 + 379.395 = 11508.215m2

atau boleh tukar kepada unit yang kita mahu. 

contoh luas dalam ekar:
11508.215/4046.83 = 2.84 ekar
.
Selepas ini kamu tidak akan lagi berasa susah memikirkan perkara begini.








Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Sistem Koordinat sebagai nota rujukan daripada INSTUN

Info ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai nota rujukan peribadi agar tidak lupa dan lebih faham berkaitan dengan koordinat, unjuran, skala dan bearing. 

Terima kasih kepada INSTUN yang menyediakan maklumat ini untuk rujukan dan pembelajaran sepanjang hayat.