Pernahkah anda terdiam sejenak setelah melihat maklumat luas dalam geran seperti A. R. P?
Ya, untuk kita yang pertama kali sudah pasti termenung sejenak cuba-cuba memikirkan sesuatu mengenai itu.
Maksud A.R.P dalam geran adalah seperti ini:
A = Acre, R = Rood, P = Pole
Misalnya A. R. P
2. 3. 15
kadang-kadang kita terkeliru dan kurang jelas berkaitan luas sebenar lot bila lihat ruangan 'Area' seperti dalam (gambar) geran.
saya kongsikan kepada rakan FB (yang belum tahu) tentang cara-cara membuat kiraan supaya dapat luas lot secara jelas.
Hanya dua langkah sahaja.
Langkah 1:
Dapatkan rumus,
1 ekar = 4046.86 m2
1 Rood = 1011.7 m2
1 pole = 25.293 m2
Langkah 2:
masukkan nilai seperti ini,
2 Ekar, 3 Rood, 15 Pole
(2x4046.86) + (3x1011.7) + (15x25.293)
8093.72 + 3035.1 + 379.395 = 11508.215m2
atau boleh tukar kepada unit yang kita mahu.
contoh luas dalam ekar:
11508.215/4046.83 = 2.84 ekar
.
Selepas ini kamu tidak akan lagi berasa susah memikirkan perkara begini.
Semoga bermanfaat untuk kita semua.