Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 24 Mac 2014

Kapal Terbang MH370 didapati terakhir dikesan di Lautan Hindi


Akhirnya Jawapan bagi kehilangan Kapal Terbang MAS MH370 kini telah terjawab.


Lihat link ini :
http://www.bharian.com.my/



See Here:
http://twitpic.com/dyqmgy

Ahad, 9 Mac 2014

Selasa, 4 Mac 2014

BANTAHAN PENGELUARAN GERAN KOMUNAL

BANTAHAN PENGELUARAN GERAN KOMUNAL- YANG BERCANGGAH DENGAN KONSEP TANAH HAK ADAT ANAK NEGERI (NCR) !

Berkenaan Tuntutan Pemilikan Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) melalui pemberian Geran Komunal dibawah Seksyen 76, Ordinan Tanah Sabah. Sehingga hari ini masih belum ada tindakan konkrit untuk mengiktiraf dan memartabatkan Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Sabah untuk menangani masalah ini. Malah, masalah pemilikan tanah Hak Adat Anak Negeri bertambah serius dengan pengeluaran Geran Komunal yang bercanggah dengan konsep Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR).

FAKTA BERKENAAN GERAN KOMUNAL:

Pada 10 Disember 2009, pindaan kepada peruntukan di bawah Seksyen 76, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 telah diwartakan bagi membolehkan pengeluaran Geran Komunal. 

Menurut Seksyen 76, Ordinan Tanah Sabah Bab 68, Geran Komunal ialah;

Pengeluaran Geran Komunal dikatakan bertujuan untuk mengatasi isu-isu tanah yang melibatkan Hak Anak Negeri Sabah dan mengoptimakan pembangunan tanah milik Anak Negeri Sabah. Pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kemudiannya telah mewujudkan kaedah pemberimilikan tanah yang baru iaitu melalui Pemberimilikan Tanah Terancang Fast Track untuk pengeluaran Geran Komunal.


  • Menurut pihak Kerajaan/Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, objektif pengeluaran Geran Komunal ialah;
  • Menyelesaikan isu tuntutan tanah Hak Adat Anak Negeri Sabah (NCR) tanpa melalui Siasatan Tanah;
  • Menyelesaikan isu pertindihan permohonan tanah dan pemberimilikan tanah yang seimbang dan adil;
  • Mempertahankan kepentingan Anak Negeri Sabah ke atas tanah Kerajaan di sekitar kawasan perkampungan Anak Negeri;
  • Menghalang Anak Negeri Sabah daripada menjual hakmilik tanah dan kelulusan permohonan tanah;
  • Mempercepatkan proses pengeluaran hakmilik tanah jenis NT/FR kepada Anak Negeri Sabah secara berkelompok (communal);
  • Membasmi kemiskinan melalui pemberimilikan tanah yang terancang dan pembangunan tanah yang optima; dan
  • Menyediakan tanah Kerajaan berskala besar untuk membolehkan Kerajaan membangunkan tanah secara usahasama di antara Anak Negeri Sabah dengan Agensi Kerajaan atau Swasta.
Pihak Kerajaan/Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, juga telah menggariskan beberapa Dasar Pengeluaran Geran Komunal, antara lainnya ialah;

YAB Ketua Menteri boleh memberi persetujuan ke atas mana-mana tanah Kerajaan yang boleh dirancang dan dicadangkan untuk pengeluaran Geran Komunal di bawah pindaan seksyen 76 Ordinan Tanah Sabah;

Pemungut Hasil Tanah (PPHT) adalah Pemegang Amanah kepada Geran Komunal;

Geran Komunal adalah merupakan syarat khas kepada geran NT/FR.

Hanya Anak Negeri Sabah yang ditakrifkan di bawah Ordinan Interpretasi Anak Negeri Bab. 64 yang boleh menjadi benefesiari kepada Geran Komunal;

Anak Negeri Sabah hanya ditakrif sebagai peserta atau benefesiari sahaja;

Penambahan, penyingkiran dan penggantian benefesiari boleh dilakukan;

Geran Komunal boleh dibangunkan secara usaha sama dengan Agensi Kerajaan atau Swasta tertakluk kepada kelulusan Pengarah Tanah dan Ukur dan persetujuan YAB Ketua Menteri; dan 

Geran Komunal tidak boleh dipindahmilik atau dicagar.


TANAH HAK ADAT ANAK NEGERI (NCR): KRETERIA DAN PENGIKTIRAFAN OLEH MAHKAMAH DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Tanah adalah sumber kehidupan masyarakat Orang Asal / Anak Negeri Sabah khususnya yang tinggal di luar bandar. Kesinambungan kehidupan, adat dan budaya bergantung sepenuhnya kepada tanah!

Menurut Seksyen 15 di Ordinan Tanah Sabah Bab 68, terdapat tujuh (7) kriteria Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) iaitu;


  1. Perolehan tanah menurut pegangan adat / kaum;
  2. Tanah yang ditanami dengan pokok buah-buahan, di mana jumlah pokok adalah di antara 50 atau lebih pada setiap hektar;
  3. Pengasingan pokok buah-buahan, sagu, rotan atau lain-lain tanaman yang mempunyai nilai komersial yang mana dapat dibuktikan oleh penuntut kepada Pemungut (PPHT) tanpa keraguan;
  4. Tanah perladangan / ternakan;
  5. Tanah yang telah dimajukan atau diusahakan dalam masa tiga tahun berturut-turut;
  6. Tanah perkuburan atau tempat keramat;
  7. Jalan masuk biasa bagi orang dan binatang.
Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) juga merupakan hak pemilikan berkekalan atau secara turun temurun sepertimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 65 dan Seksyen 66 dalam Ordinan Tanah Sabah Bab 68.

Keputusan-Keputusan Mahkamah di Malaysia:

Setakat ini terdapat beberapa keputusan daripada Mahkamah yang telah mengiktiraf hak pemilikan tanah secara adat termasuk Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR). Antaranya ialah;


  • Kes Koperasi Kijang Mas lwn Kerajaan Negeri Perak (1992) di mana pihak Mahkamah telah memutuskan bahawa kaum orang asli mempunyai hak ke atas hasil hutan termasuk balak di kawasan simpan dan wilayah Orang Asli walaupun kawasan tersebut belum di wartakan;
  • Kes Adong Kuwau lwn Kerajaan Negeri Johor (1997) di mana pihak Mahkamah memutuskan bahawa kaum Orang Asli mempunyai hak untuk terus hidup di tanah adat mereka dan mesti dibayar pampasan jika hak ini diambil dari mereka;
  • Kes Sagong Tasi lwn Kerajaan Negeri Selangor (2005) di mana pihak Mahkamah memutuskan bahawa pampasan harus dibayar mengikut Akta Pengambilan Tanah. Pihak Kerajaan Negeri Selangor juga telah ditegur oleh pihak Mahkamah kerana bukan sahaja mereka telah tidak melindungi kaum Orang Asli tetapi telah menyulitkan dan menekan mereka lagi;
  • Kes Nor Nyawai lwn Borneo Pulp Plantation (2004) di mana pihak Mahkamah memutuskan bahawa Tanah Adat (NCR) meliputi hak ke atas ladang / kebun (Temuda) dan juga Hutan Komunal (Pulau Kongsi);
  • Kes Rambilin Ambit lwn Pengarah Tanah dan Ukur Sabah (2007) di mana pihak Mahkamah memutuskan bahawa walaupun Kerajaan mendakwa sesebuah kawasan itu sebagai hak miliknya, ini tidak bermakna Anak Negeri Sabah tidak boleh memiliki Hak Adat di situ;
  • Kes Madeli Salleh lwn Pengarah Tanah dan Ukur Sarawak (2007) di mana pihak Mahkamah telah memutuskan bahawa undang-undang moden mengakui yang Hak Adat Orang Asal telah diperolehi sebelum ianya terbentuk. Oleh itu, undang-undang moden mesti menghormati kewujudan terus hak ini dan seterusnya Hak Adat perseorangan adalah sama kuatnya dengan Hak Adat Komunal;
  • Kes Andawan Ansapi lwn Jabatan Perhutanan Sabah (2011) di mana pihak Mahkamah telah memutuskan bahawa Hak Adat Anak Negeri juga boleh wujud dalam sesuatu kawasan yang telah diwartakan jika ianya telah wujud sebelum masa pewartaan tersebut. 

Keputusan-keputusan Mahkamah ini telah jelas menunjukan bahawa betapa pemilikan tanah menurut tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) ini dijamin dalam perundangan di Malaysia.

Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Hak-Hak Orang Asal Kerajaan Malaysia sebagai ahli di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan antara Negara yang telah menerima dan menandatangani Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Hak-Hak Orang Asal yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 13 September 2007. 

Justeru, Kerajaan Malaysia harus menghormati dan memastikan supaya Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Hak-Hak Orang Asal ini dihormati. Segala perancangan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Malaysia tidak harus bercanggah dengan deklarasi ini.

PERCANGGAHAN KAEDAH PEMBERIMILIKAN DAN CARA PENGURUSAN / PENTADBIRAN GERAN KOMUNAL DENGAN MAKSUD / SIFAT TANAH HAK ADAT ANAK NEGERI (NCR):

1. Pengeluaran Geran Komunal melalui Dasar dan Kaedah Pemberimilikan dan Cara Pengurusan/Pentadbiran Geran Komunal yang diamalkan setakat ini bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan sepertimana di Perkara 13 (Hak terhadap harta) iaitu yang menyatakan bahawa (1) Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. (2) Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai.... dan juga di Perkara 161A berkenaan Kedudukan Istimewa Anak Negeri Sabah dan Sarawak;

2. Kandungan Terma Khas (Special Terms) dalam Geran Komunal sangat bercanggah dengan konsep Tanah Adat (NCR). Pemilik Tanah Adat (NCR) langsung tidak berkuasa ke atas Tanah Adatnya;

3. Kaedah Pemberimilikan dan Cara Pengurusan/Pentadbiran Geran Komunal yang diamalkan setakat ini juga bercanggah dengan niat dan maksud Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR). Pengeluaran Geran Komunal tidak sepatutnya untuk diserahkan kepada pihak luar samada melalui usahasama (Jointventure) atau sebagainya;

4. Cara mendapat persetujuan / perjanjian usahasama tidak telus dan berunsurkan rasuah dengan memberikan wang sebanyak RM500 kepada setiap orang apabila menandatangani perjanjian. Ini mendorong orang untuk terus menandatangani perjanjian tersebut walaupun tanpa pengetahuan terhadap isi kandungan perjanjian tersebut;

5. Pemilik Tanah Adat (NCR) di dalam Geran Komunal hanya dianggap sebagai peserta atau benefesiari sahaja. 

6. Tiada jaminan hak milik kekal dalam Geran Komunal. Penambahan, penyingkiran dan penggantian peserta / benefesiari boleh dilakukan.

7. Geran Komunal sepatutnya tidak menggabungkan beberapa buah kampung / Tanah Adat (NCR) tetapi harus mengikut kampung sendiri dan tidak perlu wujud peserta / benefesiari kerana hak pemilikan tanah adalah menurut pemilikan tanah secara adat / Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR).

JUSTERU ITU:

MENGHARGAI tindakan pihak KERAJAAN MALAYSIA menandatangani penerimaan DEKLARASI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU BERKENAAN HAK ORANG ASAL (United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples) UNDRIP,

MENYANJUNG TINGGI Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perlembagaan Negeri Sabah dan khususnya Ordinan Tanah Sabah Bab 68 yang memberi hak istimewa ANAK NEGERI-PENDUDUK ASAL SABAH berkenaan hak pemilikan Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR),

MENGINGATI keputusan-keputusan pihak Mahkamah, 

Demi meneruskan kehidupan generasi ANAK NEGERI-PENDUDUK ASAL SABAH, 

KAMI MENUNTUT supaya:

Kerajaan Negeri Sabah, MENGHENTIKAN PENGELUARAN GERAN KOMUNAL sehingga DASAR/POLISI dan kandungan TERMA KHAS (SPECIAL TERMS) dipinda untuk mengembalikan kuasa dan keselamatan hak pemilikan Tanah Adat serta Kaedah Pemberimilikan dan Cara pengurusan / Pentadbiran Geran Komunal yang lebih telus, adil dan tidak bercanggah dengan KONSEP TANAH ADAT (NCR) serta keperluan kehidupan komuniti Orang Asal / Anak Negeri di kawasan yang terbabit diambilkira.

GERAN KOMUNAL YANG SEPATUTNYA:

1. Pemberimilikan Geran Komunal sepatutnya berdasarkan keselamatan dan kepemilikan tanah adat (NCR) dan dalam lingkungan kawasan wilayah adat setiap kampung. 

2. Ia sepatutnya menjadi (Sebagai contoh) Geran Komunal Anak Negeri Kg. Lalampas, Tongod. Ini bermaksud, sesiapa sahaja penduduk atau anak negeri di kampung tersebut berhak memiliki kawasan tertentu mengikut adat dalam kawasan tanah Geran Komunal tersebut. 

3. Tidak perlu wujud “Peserta” (Senarai peserta yang hanya dianggap sebagai “Beneficiary” sahaja).

4. Pemberimilikan Geran Komunal harus meliputi keperluan komuniti di kawasan tersebut secara holistik dan penggunaan tanah yang bersepadu. 

5. Kawasan Geran Komunal tersebut tidak harus semata-mata untuk dibangunkan dengan tanaman monocrop (Sawit atau getah sahaja) dan tanpa mengambilkira keperluan lain seperti kepelbagaian tanaman, kawasan tadahan air individu/kawasan hutan simpan komuniti, kawasan pertanian jangka pendek dan sebagainya.

Contohnya; Jika kawasan tanah adat (NCR) individu seluas 15 ekar – 

i. 5 ekar untuk tanaman kelapa sawit;  ii. 5 ekar untuk tanaman getah; iii. 1 ekar untuk kawasan tadahan air atau hutan komuniti; dan iv. 4 ekar untuk pelbagai guna (Tanaman padi bukit/tanaman jangka pendek)

6. Anak Negeri Sabah /Orang Asal mempunyai kuasa untuk menentukan jenis dan cara pembangunan tanah di kawasan wilayah mereka sendiri.

7. Pemegang Amanah bagi Geran Komunal bagi kawasan wilayah Tanah Adat (NCR) ialah Ketua Kampung di kawasan tersebut tanpa kuasa untuk menjual atau menyewakan geran tersebut.

8. Geran Komunal mesti meliputi kawasan perkampungan, kawasan tadahan air, kawasan berburu, kawasan pertanian dan sebagainya.

PILIHAN KERAJAAN:

1. Pihak Kerajaan boleh meneruskan pengeluaran Geran Komunal dengan Polisi/Dasar atau kaedah pemberimilikan dan cara pentadbiran / pengurusan yang di amalkan sekarang ini di LUAR KAWASAN WILAYAH TANAH HAK ADAT ANAK NEGERI (NCR); atau

2. Mengiktiraf dan menghormati hak pemilikan Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) samada melalui pewartaan sebagai Tanah Adat Anak Negeri (NCR), Geran Anak Negeri (NT/FR), Rezab Anak Negeri (Seksyen 78, Ordinan Tanah Sabah Bab 68) atau melalui Geran Komunal (Seksyen 76, Ordinan Tanah Sabah Bab 68) setelah pindaan semula dibuat berdasarkan kepemilikan dan keselamatan hak Anak Negeri Sabah / Orang Asal.

Tanah Kami, Nyawa Kami, Kehidupan Kami!







Aduan Rakyat Lambat Dapat Geran Tanah.

Rakyat Sabah Wajib Baca..!

Saya ingin membuat aduan berkenaan kepincangan Jabatan Tanah dan Ukur negeri Sabah yg mana dikenalpasti oleh kebanyakkan rakyat Sabah sebagai diantara Jabatan kerajaan yg bermasalah di Sabah.

Jabatan Tanah dan ukur yg ada di seluruh Sabah sama ada di bahagian peringkat Daerah mahupun Ibu pejabatnya di kota kinabalu, Dan termasuklah Ibu pejabat Jabatan Pertanian kota kinabalu iaitu bahagian yg terlibat dengan proses permohonan tanah ..sememangnya cukup serius dengan masalah rasuah.

Bagi Jabatan Tanah pula, apa yg diberitahu kepada para pemohon ialah proses Permohonan Tanah adalah cuma mengambil masa selama 2 tahun utk mendapatkan Geran.Namun apa yg terjadi sehingga 5 tahun pemohon menunggu masih juga kelibat Geran tidak kelihatan.

Adalah dipercayai bahawa kebanyakkan permohonan tanah oleh pemohon-pemohon kebiasaannya akan disimpan lama-lama oleh para pegawai di mana-mana bahagian yg terbabit dgn permohonan itu sampai.Tujuannya ialah supaya para pemohon akan terdesak utk mendapatkan Geran Tanah mereka,Dan pegawai-pegawai di tempat-tempat di mana fail permohonan itu diserah akan meminta habuan mereka utk memberi geran ataupun mempercepatkan proses permohonan tanah tersebut, yang mana mereka minta diRASUAH dlm bentuk wang ringgit yg mencecah 5 ribu dan keatas.

Adalah sukar diterima sekiranya alasan yg diberi oleh Pengarah Jabatan Tanah mahupun kementerian yg terlibat dgn permasalahan Jabatan Tanah ini adalah berpunca daripada kekurangan kakitangan yg bertugas TERUTAMA sekali pegawai-pegawai atasan utk setiap bahagian di tempat-tempat fail permohonan itu berada.

Saya rasa tidak ada masalah yg tidak boleh diatasi di Jabatan Tanah oleh pihak Jabatan sendiri mahupun kerajaan negeri Sabah.Masalah ini sudah terlalu lama.Yang bikin sakit hati ialah mereka sengaja melambat-lambatkan permohonan ataupun menahan/menyimpan permohonan tersebut dgn berharap ada individu yg sanggup mengeluarkan duit bagi mempercepatkan proses permohonan tanah mereka.

Setahu saya utk di Jabatan Pertanian kota kinabalu sahaja bahagian yg terlibat dgn permohonan tanah boleh dirunding dgn 7 ribu ringgit dan keatas dan akan dibahagikan hasil rasuah ini kepada 4 atau 5 individu yg bertugas di sana.Manakala bagi Jabatan Tanah dan Ukur Kota Kinabalu sahaja rasuah boleh diberi bermula dgn serendah 10,000 ringgit dan keatas dan akan dibahagikan kepada 2 individu iaitu pegawai atasan.

Kalau kerajaan benar-benar ingin membantu rakyat, kerajaan negeri haruslah mencari formula bagi mengatasi masalah ini yang telah menyusahkan rakyat Sabah sekian lama.Malah masalah proses permohonan tanah yang terlalu panjang dan lama ini haruslah diatasi dengan bijaksana agar rakyat yang susah tidak bertambah susah.Bayangkan seperti kes-kes tanah org-org kampung yg dirampas oleh org-org kaya yg memohon tanah bertindih dgn tanah org -org kampung Dan mereka boleh mendapat tanah org kampung ini dengan cara RASUAH.Ini bukan sistem yg baik iaitu sistem SIAPA ADA DUIT..DIALAH YG PUNYA.

Saya harap perkara ini mendapat perhatian dari Aduan Rakyat dan dapat dipaparkan kepada umum demi kebaikkan semua.

By: cladius n

Sumber--->>http://www.aduanrakyat.com.my/


Antara maklumbalas daripada Rakan FB








Selasa, 25 Februari 2014

Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 Bagi Tahun 2014


Tidak Salah merayu semula permohonan BR1M bagi yang benar-benar layak. Lihat Langkah-langkah dibawah.


Berikut Adalah Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 Bagi Tahun 2014

  1. Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan untuk menghantar permohonan rayuan BR1M 3.0 2014
  2. Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  3. Selepas individu terbabit mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonan rayuan Br1M 3.0 2014 untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan.
  4. Pembayaran Br1M 3.0 2014 akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M 3.0 diluluskan.

Isnin, 24 Februari 2014

PR1MA - Perumahan Rakyat 1 Malaysia

Jangan Lepaskan Peluang untuk memiliki Rumah Kedua melalui PR1MA

 PR1MA

Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA):

Syarat Kelayakan:

PR1MA ini membuka peluang ini kepada anda. Syarat dan kelayakkan untuk memohon adalah seperti berikut:
  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
  3. Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
  5. Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri. 
Syarat asas lain termasuklah:
  1. Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
  2. Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian. 
  3. Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA. 
  4. Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut. 

Jika semua perkara disebutkan di atas dipersetujui, maka anda boleh membuat pendaftaran secara online di sini: Pendaftaran PR1MA

 Daftar Sekarang



Tony Melendez


Tony Melendez merupakan seorang insan yang tidak memiliki tangan (kiri dan kanan) sejak lahir lagi. Dia minat bermain gitar tapi di sangkal oleh teman-temannya kerana keadaannya yang tidak mempunyai tangan (jari) untuk memetik tali gitar. 

Kerana minat yang sangat mendalam, Kini Tony telah buktikan kepada dunia (kawan-kawannya) bahawa dia mampu bermain gitar walaupun dengan menggunakan jari kaki. Tony juga merupakan seorang penulis lagu, composer dan penyanyi yang disegani.

Atas kegigihan usaha berterusan dalam diri Tony, akhirnya dia kini menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada ramai orang di seluruh dunia. 

Rabu, 12 Februari 2014

Misi membawa turun mayat mangsa dari Gunung Kinabalu







































Difahamkan kehilangan mangsa mula disedari oleh rakan-rakannya pada jam 6.30 pagi. Operasi mencari mangsa dilakukan sebaik saja pihak Taman-Taman Sabah menerima laporan kira-kira pukul 7.00 pagi.  Mayat mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 6 petang dan kini ditempatkan di rumah mayat di Hospital Ranau sementara menunggu post mortem. Pihak kedutaan Jerman akan dihubungi untuk tindakan lanjut.

Selasa, 11 Februari 2014

Kekeliruan Gambar Mangsa Jatuh Dari Gunung Kinabalu

Kekeliruan gambar mangsa yang jatuh dari gunung kinabalu  di media social FB kini terjawab. Menurut sumber daripada rakan, gambar sebelah kanan merupakan Ms. Poulsen berasal daripada Norway. Manakala gambar sebelah kiri pula adalah Ms. Paulsen yang berasal daripada German. Semakan dilakukan mendapati Ms. Poulsen yang berasal daripada Norway ini masih aktif dalam akaun FB. 



Chat FB di wall Victoria Poulsen (Norway)


Mitos Gunung Kinabalu

 Cerita Tulun Tokou tentang Gunung Kinabalu..


Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. KaumKadazandusun yang menetap disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya.

Menurut lagenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ianya bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat.

Diatas Gunung Kinabalu juga terdapat banyak telaga dan lopak-lopak air semulajadi, kaum Kadazandusun mempercayai disinilah tempat roh-roh nenek moyang mereka mandi-manda, disini juga tempat dimana segelintir dari mereka yang bergelar Bobohizan akan mencuci badan dan mengambil air untuk diminum dengan tujuan untuk membuang sial. Kini kelopak-kelopak air itu dijadikan sebagai kolah harapan (wishing well) untuk para pendaki yang mendaki di Gunung Kinabalu, para pendaki biasanya akan membaling duit syiling kedalam kolah harapan tersebut sebagai suatu cara untuk menghormati roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun supaya tidak mengganggu mereka ketika mendaki dan turun.

Gambar Gunung Kinabalu daripada pandangan atas. ada perasan mana2 sudut yg menyerupai sesuatu? apa dia?..

Isnin, 10 Februari 2014

Sempadan Antarabangsa antara Sabah (Malaysia) - Kalimantan Timur (Indonesia)

Biar Video yang menceritakan semuanya...









Pelancong dari German Jatuh dari Gunung Kinabalu, Ranau.

Berita dari Gunung Kinabalu, Ranau, Sabah. 

Seorang pelancong wanita warga Jerman maut apabila terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu, di sini, pada jam 6.30 pagi tadi (10/02/2014@Isnin). Mangsa yang berusia 22 dikenali dengan nama Victoria Paulsen atau Ms. Paulsen ketika itu sedang merakamkan pemandangan matahari terbit lebih kurang 30 meter dari kawasan puncak setinggi 4,095m. Menurut sumber lain, mangsa merupakan pelajar Universiti Xiamen, China itu dikatakan telah keluar dari kabel keselamatan sebelum tergelincir apabila batu yang dipijak longgar menyebabkan dia terjatuh dari ketinggian 30m. Mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta pelbagai anggota badan.

Menurut Pengurus Taman-Taman Sabah Encik Thomas Yussop, Mangsa pergi mendaki bersama dengan empat rakan lelaki yang lain sejak kemarin. “Walaupun sebelum ini pernah berlaku kematian di sepanjang laluan pendakian, namun ini adalah kes pertama membabitkan kawasan puncak.  Perkara ini di luar jangkaan kerana ketika kejadian cuaca baik,” katanya di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim mengesahkan kejadian itu.

Ahad, 2 Februari 2014

Daerah Ranau, Sabah Di Landa Gempa Bumi

Berlaku gegaran gempa bumi kecil di Ranau, Sabah pada 1 Februari 2014 bersamaan pada hari Sabtu. Sejurus gegaran itu berlaku, ramai pengguna akaun FB yang menetap di sekitar kawasan Ranau, mendakwa bahawa mereka merasai gegaran yang berlaku sekitar jam 7.35 petang tadi. 

Menerusi makluman dari Jabatan Metereologi Malaysia, dakwaan itu adalah benar dimana satu gempa bumi berskala 4.8 Richter telah berlaku dan dirasai terutamanya di daerah Ranau. Gegaran akibat gempa bumi itu dipercayai berpusat dari 16km arah Timur Laut Ranau, Sabah rujukan pada 6.1 Latitude, 116.8 Longtitude. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa ataupun kerosakan harta benda yang berlaku. 


Merujuk pada kedudukan kordinat 6.1 Lat, 116.8 Long. Kedudukan pusat gegaran berlaku disini.

Apakah Sebab gempa bumi ini berlaku? dekat sama Gunung Kinabalu lagi tu... ni kali laa..

Rampasan Tanah - MAWASI

Tanah Adat Penduduk Kampung Malinsau, Wayan dan Sinurai telah dicerobohi..Angkara siapakah..? Pertahankan kampung kita... 




Surat yang dihantar dan respon dari pihak tertentu. Terima kasih Datuk Masidi Manjun dan Dtk Dr Joachim Gunsalam.  


Kronologi ringkas pencerobohan tanah adat Malinsau, Wayan dan Sinurai.


Mangkapoh dan pelan yang ditunjukkan amatlah jauh jaraknya... hairan kenapa tiada masalah timbul ketika pengukuran dibuat.



Kali terakhir pemeriksaan tanah telah dibuat pada 2000. Menurut laporan sudah diusahakan sepenuhnya.Kenapa semua ini diabaikan?

Ruth Allez http://on.fb.me/1aUHHFp

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2014

CNY 2014 - Tahun Kuda

Menurut zodiak cina, tahun 2014 adalah tahun kuda yang bermula pada 31.01.2014 dan berakhir pada 18.02.2015. kuda adalah tanda ketujuh dari zodiak cina yang terdiri dari 12 Shio. Dalam kebudaayan Cina, kuda adalah simbol kebangsawanan, kecepatan, ketangkasan dan ketekunan. Orang yang lahir di tahun kuda adalah orang yang pintar bertutur kata secara luar biasa dan memiliki bakat mempengaruhi orang lain untuk mendapatkan sesuatu. Mereka percaya bahawa tujuan mereka hidup adalah untuk mencari kebebasan individu dan kebahagiaan.


少壯不努力, 老大徒傷悲
Shao Zhuang Bu Nu Li, Lao Da Tu Shang Bei
"Saat muda tidak rajin, setelah tua baru menyesal" 

Peribahasa ini ditujukan kepada anak muda yang suka bermalas-malasan tidak mau belajar, dan malas bekerja. Orangtua selalu mengatakan bahawa bila tidak rajin semasa muda, ia akan menyesal setelah tua.

"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2014" kepada rakan-rakan yang merayakannya.. Maju Bersama..!


Rabu, 29 Januari 2014

Surat Belum Siap Sebab Komputer Rosak

Apa cara terbaik bagi mengatasi masalah begini supaya tidak berulang di masa akan datang?... 

- Gambar Hiasan -
- FB chat - 
Pernahkah kamu menghadapi situasi seperti ini ketika berurusan?.. Datang dengan senyuman, pulang dengan kecewa..

Ahad, 12 Januari 2014

Gambar Ukur Sungai

Hidrografi

Land Surveying and Mapping Services

Land Surveying and Mapping Services

Land Surveying and Mapping Services

Land Surveying and Mapping Services

Land Surveying and Mapping Services

Land Surveying and Mapping Services

Land Surveying and Mapping Services

Land Surveying and Mapping Services

Land Surveying and Mapping Services


Ukur Tanah

Juruukur Tanah



NOVO RUMO Topografia e Assessoria Ambiental

Selamat Tahun Baru 2014

Tukang Sukat Tanah
Sukses bermula dari fikiran Kita. Sukses adalah keadaan fikiran Kita. Bila Kita inginkan sukses, maka Kita harus mula berfikir bahawa Kita Sukses dan mengisi penuh fikiran Kita dengan kesuksesan. Semua insan mahukan kesuksesan. Semoga kita semua akan terus lebih Sukses lagi dalam apa saja bidang yang kita ceburi..Maju Bersama di tahun 2014..!