Berlaku gegaran gempa bumi kecil di Ranau, Sabah pada 1 Februari 2014 bersamaan pada hari Sabtu. Sejurus gegaran itu berlaku, ramai pengguna akaun FB yang menetap di sekitar kawasan Ranau, mendakwa bahawa mereka merasai gegaran yang berlaku sekitar jam 7.35 petang tadi.
Menerusi makluman dari Jabatan Metereologi Malaysia, dakwaan itu adalah benar dimana satu gempa bumi berskala 4.8 Richter telah berlaku dan dirasai terutamanya di daerah Ranau. Gegaran akibat gempa bumi itu dipercayai berpusat dari 16km arah Timur Laut Ranau, Sabah rujukan pada 6.1 Latitude, 116.8 Longtitude. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa ataupun kerosakan harta benda yang berlaku.
Merujuk pada kedudukan kordinat 6.1 Lat, 116.8 Long. Kedudukan pusat gegaran berlaku disini.
Apakah Sebab gempa bumi ini berlaku? dekat sama Gunung Kinabalu lagi tu... ni kali laa..