Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 3 Jun 2019

Kerja Penanaman Batu Sempadan Tanah Geran

Seawal tahun sepanjang enam bulan pertama di tahun 2019 ini tim ukur banyak tumpukan kerja-kerja pengukuran lot untuk tujuan pengeluaran geran tanah. kerja yang dilalui di lapangan agak begitu mencabar juga apabila kita mengalami kekurangan makanan ketika camping dalam hutan. 

Ditambah lagi keadaan cuaca yang tidak menentu (hujan) menyebabkan kerja pengukuran lot tidak dapat dilaksanakan dengan begitu lancar. Muka bumi yang licin juga menyebabkan pergerakan menjadi lambat ketika mendaki bukit batu dan turun dari lurah bukit. 

Huuiiioohhhhhh..... penat memang penat tapi seronok,, betul betul seronok.... keseronokan bekerja inilah yang memberi kami kekuatan extra untuk meneruskan kerja-kerja pengukuran. 

Berjalan kaki berkilo-kilo dengan membawa beban. Antaranya adalah alat ukur, batu-batu sempadan yang baru, makanan dan minuman dan sebagainya lagi. Membuatkan kaki dan tangan kami lebih berotot dan menjadi kuat. 

Begitulah tiap-tiap hari rutin hidup berada dalam camp.

Inilah tanggungjawab kami sebagai Tukang Sukat Tanah membantu masyarakat atau penduduk kampung untuk mendapatkan geran tanah mereka. Tidak boleh malas-malas, tidak boleh banyak alasan, tidak boleh pilih-pilih lapangan. Utamakan tanggungjawab dan itu akan menjadikan anda dilihat lebih berintergriti dalam pekerjaan.

Nilai tanah yang sudah digerankan akan meningkat lebih mahal berbanding tanah yang masih belum bergeran. Oleh sebab itu, janganlah cepat bosan dalam urusan-urusan tanah. Urus tanah kita sampai dapat geran tanah. 

Khamis, 3 Januari 2019

Pengukuran SP/RSP Bagi Tujuan Pengeluaran Geran Tanah

Salam Damai, 

"MERRY CHRISTMAS & HAPPY NEW YEAR 2019" kepada pengunjung Blog Tukang Sukat Tanah. 

Agak sedikit lewat mengemaskini Blog ini disebabkan kita lagi menumpukan kerja-kerja pengukuran kadaster bagi lot-lot tanah yang telah diluluskan melalui borang permohonan tanah sebelum ini. 

Peringkat penyukatan tanah ini sedikit sebanyak telah memberi kelegaan dan kepuasan kepada si pemohon apabila mengetahui bahawa tanah yang mereka pohon sebelum ini kini akan disukat. kita juga turut tumpang gembira kerana si pemohon tidak lama lagi bakal memiliki geran tanah atau surat hakmilik tanah. 

Moment yang paling bahagia nanti apabila geran tanah yang telah disediakan dapat sampai ke tangan si pemohon. 

Begitulah apa yang kita harapkan adalah yang terbaik dalam urusan-urusan tanah agar dapat membuahkan hasil yang baik sekaligus memberi kelegaan dan kepuasan.  

Isnin, 15 Oktober 2018

Ikrar Bebas Rasuah

Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun. Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan.

Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:
  • Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]
  • Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
  • Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
  • Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009]

Gagal Melapor: 
1. Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah

Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009
DENDA : Tidak lebih RM100,000  
PENJARA : Tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali  

2. Gagal melapor permintaan atau memperoleh suapan

Seksyen 25 (3) dan (4) Akta SPRM 2009
DENDA : Tidak lebih RM10,000 
PENJARA : Tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali 

Anda Dilindungi:
Masyarakat tidak perlu gentar untuk membantu membanteras kes rasuah. SPRM sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat yang diberikan dan PEMBERI MAKLUMAT adalah dilindungi serta tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua keadaan.

PEMBERI MAKLUMAT adalah orang yang membuat pendedahan tentang jenayah rasuah berdasarkan pengetahuannya. Mereka dilindungi di bawah Seksyen 65 Akta SPRM 2009.
PEMBERI MAKLUMAT boleh dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
PEMBERI MAKLUMAT yang menjadi SAKSI bagi sesuatu kes rasuah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009.

Ahad, 14 Oktober 2018

Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT)


Penolong Pemungut Hasil Tanah. 

Tugas-tugas dan tanggungjawab adalah seperti berikut:

  • Memproses permohonan tanah
  • Memproses PengambilanTanah
  • Memproses Pindah milik, penggadaian tanah dan Penyerahan Tanah
  • Membuka doket serta memproses 'Land Enquiries'
  • Memproses Pendaftaran Geran Tanah (NT/ FR)
  • Memproses Permohonan tuntut Waris (Geran Tanah)
  • Memproses Permohonan dan pendaftaran TOL (Lesen Duduk Sementara)
  • Memungut Cukai-Cukai Tanah
  • Memproses Pewartaan Tanah Simpanan Kerajaan