Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 17 Mac 2016

Jungle Environment Sea Survival Training (JESST)

LLA, ZWAGERI dan BSTS.
Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika menghadiri kursus Survival. Banyak yang disentuh mengenai kemahiran hidup kita seperti memberi bantuan CPR secara manual ketika dalam kecemasan, cara memasang/menyalakan api sewaktu ketiadaan macis, cara mendirikan tempat berteduh ketika berada dalam hutan, cara mendapatkan sumber air melalui pokok bambu, cara memasak nasi dan air dalam bambu, cara mengatasi rasa panik apabila berada dalam situasi kritikal, cara membuat penapis air dengan betul bagi menapis air yang kotor, cara menyelamatkan diri dilaut ketika kapal/helicopter sedang tenggelam dan banyak lagi.

Kebanyakan orang lazimnya tahu berenang. Walaupun begitu masih ada (segelintir) yang tidak tahu berenang. Tapi ketika mengenakan pakaian overal berwarna merah dan dilapis lagi dengan baju overal berwarna kuning itu sudah cukup membuatkan pergerakan kita agak terbatas. 
Kita diletakkan ke dalam kotak biru ini dan kemudian ditenggelamkan ke dalam air laut. Ketika berada dalam air, kita diminta untuk menyelematkan diri melalui tingkap. Ujian ini dipanggil HUET atau Helicopter Underwater Escape Training.
BSTS atau Borneo Safety Training Services yang terletak di Miri, Sawarak.

Lulus ujian HUET. 

Semua teori yang diajarkan kelihatannya agak mudah namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kefahaman melalui teori saja sangat tidak mencukupi kerana harus dilakukan praktik teknikalnya juga barulah kita tahu sejauh mana kemampuan diri kita. Disinilah kita diuji bagaimana menyalakan api hanya dengan menggunakan kaedah primitif iaitu dengan menggunakan (bahan) kayu/bambu. 

Membina tempat teduh (pondok) ketika dalam hutan juga tidaklah semudah yang disangka kerana pondok yang kita bina itu haruslah dapat menghindari daripada air hujan masuk ke dalam pondok. Sudah tentu kaedah ini memerlukan kemahiran cara-cara menyusun dengan betul bahan-bahan yang digunakan seperti daun/kayu yang diperolehi daripada hutan supaya air hujan yang turun dapat dialirkan ke tempat lain. Manakala kayu-kayu yang sudah dibakar pula boleh dijadikan sebagai pengganti belerang dan ditaburkan di sekeliling pondok untuk mengelakkan serangan serangga berbisa seperti lipan, kala jengking dan sebagainya.
Pondok yang dibina pada hari pertama berada dalam hutan. kebetulan pada waktu itu tiada hujan turun maka pondok ini tidak dapat diuji keberkesanan daripada menghalang air hujan daripada masuk ke dalam pondok. Namun saya percaya bahawa pondok ini dapat menghalang air hujan kerana menurut penilaian instructor ini adalah pondok yang terbaik berbanding yang lain. 
Kem kedua selepas moving sejauh 6KM dari kem yang pertama.


Isnin, 15 Februari 2016

Pelan Kedudukan Lot Bagi Tanah Yang Belum Bergeran

Bagi tanah yang masih berstatus Land Application (L.A)/Permohonan Tanah (P.T) sebaik-baiknya anda sediakan plan rujukan seperti ini untuk tujuan mengawal luas tanah dan tanda garisan sempadan bagi pemilik lot bersebelahan. Dengan adanya pelan seperti ini maka anda dengan mudah dapat memantau kedudukan lot tanah anda dan lot bersebelahan tanah anda agar tidak berlaku lagi pencerobohan ke atas lot tanah anda yang mengakibatkan luas tanah anda menjadi semakin kecil.

Pembahagian lot tanah ikut cara dulu adalah dengan mengambilkira pokok besar/batu besar (pampang)/sungai atau sebagainya sebagai tanda sempadan lot tanah. Manakala anggaran luas pula adalah berdasarkan sukatan rantai atau mata atau sebagainya yang belum pasti pada keluasan lot sebenar. Selain itu, lakaran freehand semasa menyediakan kedudukan lot-lot tanah tidak mengambarkan keadaan sebenar diatas tanah kerana tidak melibatkan skala diatas kertas dan skala diatas tanah. Ini akan banyak menimbulkan masalah berat yang boleh menyebabkan pertikaian pemilik lot antara satu dengan yang lain. 

Pelan ini tidak wajib disediakan. Ia bergantung pada (pengurusan) pemilik lot itu sendiri. Bagaimanapun, sejak admin perkenalkan pelan ini kepada client, disepanjang tempoh yang berjalan itu pelan ini telah banyak membantu (mereka) dengan tiada lagi berlaku pertikaian sempadan dan luas lot bagi tanah yang berstatus L.A/P.T sementara menunggu penyukatan rasmi daripada pejabat Kerajaan ataupun Pejabat Juruukur Berlesen. 
Rujukan lokaliti pelan ini dapat menunjukkan kedudukan tanah lot anda secara jelas terletak diatas permukaan bumi. Dengan memilih view not to scale dapat memberi pandangan daripada atas secara luas dan melalui ini juga anda boleh lihat kedudukan tanah bergeran yang berhampiran dengan lot tanah anda yang masih berstatus L.A. 
Rujukan Peta Topografi yang berskala 1:50,000 ini pula memberi petunjuk kepada anda mengenai keadaan bentuk muka bumi di tanah lot yang sedang anda pohon itu. Selain itu kedudukan kampung berhampiran juga dapat anda lihat dan ini sangat memudahkan anda dapat memantau disetiap sudut tanah. Land Utilisation Committee (LUC) Meeting.
Bahagian ini pula adalah nota tujuan bagi maksud pelan ini disediakan. Selain itu juga adalah peringatan kepada pemohon (pemilik) lot agar masing-masing telah bersetuju dengan menurunkan tandatangan kecil di ruangan nama sebagai tanda tiada bantahan ke atas pelan yang dipersetujui. Ini bagi mengelakkan timbul pertikaian di masa akan datang. Kadang-kadang (bukan semua) pemohon cenderung lupa dimana letaknya simpanan kertas resit tanah. Jadi sebagai backup ruangan Resit juga disediakan dalam pelan ini untuk memudahkan rujukan no. resit pemohon  apabila berhubung dengan Jabatan Tanah Dan Ukur (JTU) kelak.

Aplikasi ArGIS JTUWMA Tidak Boleh Akses

Sejak kebelakangan ini aplikasi ArGIS JTUWMA kini tidak lagi dapat diakses sepenuhnya. Ini mungkin disebabkan oleh pengemaskinian server sedang dijalankan. Ataupun ada kemungkinan aplikasi ini tidak dipublickan lagi. Itu hanya pandangan peribadi sahaja. 

Bagi mereka yang sudah biasa menggunakan aplikasi ini dalam kerja mereka sudah pasti akan berasa ada sesuatu yang telah hilang. Aplikasi ini sesungguhnya telah banyak membantu dalam melicinkan lagi perancangan kerja terutamanya yang berkaitan dengan lot-lot (geran) tanah. Misalnya seperti yang melibatkan pengawalan kos kerja dan sebagainya. 

Walaubagaimanapun, sekiranya anda sangat-sangat memerlukan perkhidmatan mengenalpasti kedudukan lot geran tanah atau yang masih berkaitan denganya atau/dan sebagainya bolehlah inbox admin secara personel untuk tindakan lanjut.

Harapan kita sebagai pengguna semoga aplikasi ini akan kembali pulih dan dapat digunakan sepenuhnya seperti sebelum ini.  







Ahad, 31 Januari 2016

Borang Permohonan Tanah Kerajaan Tidak Lengkap Sukar DiProses

Borang permohonan tanah lsf1001 yang tidak lengkap antara faktor utama kenapa borang permohonan (L.A) tidak dapat diambil tindakan lanjut. Borang yang dipaparkan ini adalah borang permohonan tanah pada tahun 1979 dan sehingga sekarang (2016) masih belum mendapat geran tanah. 

Jika dihitung dari peredaran tahun, borang ini sudah tersimpan selama 37 tahun. Itulah yang sering menjadi keluhan berat oleh pemohon. Pemohon pula akan lebih cenderung menyalahkan pihak kerajaan terutamanya pihak Jabatan Tanah Dan Ukur (JTU) berkaitan dengan masalah lambat. Rasa marah yang teramat itu menyebabkan (staff) JTU dianggap tidak tahu melaksanakan tugas dan makan gaji buta sehingga menimbulkan satu persepsi yang negatif pada kakitangan JTU. Persepsi negatif itu pula terus menyebar luas melalui perbualan dari mulut ke mulut individu yang lain. Sesuatu yang tidak dapat dihalang daripada terus menjadi viral. Bagaimanapun berhentilah marah pada JTU. Adalah lebih baik telitikan betul-betul kenapa masalah lambat ini terjadi.

Disini kita perlu tahu antara satu sebab kenapa proses permohonan tanah kerajaan lambat diambil tindakan. Lihat lakaran kedudukan tanah yang dipohon. Tidak ada rujukan kodinat, rujukan kedudukan tanah geran yang berhampiran dan gambarajah tidak lengkap akan mengelirukan dan melambatkan kerja pegawai Land Utilisation Committee (LUC) untuk memberi komen ketersediaan tanah kerajaan diluluskan untuk proses beri milik. Itulah lebih kurang respon yang diberikan oleh pegawai tanah semasa merujuk status kedudukan terakhir permohonan tanah yang berkaitan. Ia bukan kesilapan JTU, tetapi ia adalah kesilapan pemohon dalam borang permohonan yang kurang lengkap dari segi rujukan kedudukan tanah yang dipohon.
Permohonan tanah sejak 16.03.1979
Surat pada 02.04.1992 dan dilihat semula pada 04.03.1993
Dukacita dimaklumkan bahawa kawasan-kawasan yang dipohon melalui permohonan-permohonan yang tersebut diatas adalah tidak dapat dikesan kedudukannya oleh kerana rajahnya tidak lengkap. Oleh yang demikian, untuk membolehkan pejabat ini mengambil tindakan selanjutnya, sila bekalkan rujukan geran atau nombor pelan yang berhampiran. Sekiranya kawasan-kawasan yang dipohon tidak berhampiran dengan geran yang sedia wujud, maka sila sediakan 'Layout plan' yang bersekil menunjukkan kawasan-kawasan yang dipohon.

Setelah mengenalpasti kesilapan ini, sudah tentu banyak tindakan  yang dapat dilakukan selepas ini merujuk pada nasihat dan cadangan daripada pegawai tanah. Antara tindakan yang boleh diambil adalah seperti mohon semula tanah (re-apply) atau sebagainya. Semoga permohonan (L.A) ini akan bertukar menjadi geran tanah tidak lama lagi dengan mengambil langkah-langkah yang paling berkesan dalam hal pengurusan tanah.



"BERSIH , CEKAP, DAN AMANAH"

Projek Fotografi Udara Bagi Tahun 2016

Menjelang Januari 2016, team kami sekali lagi telah membuka tirai penerbangan pertama bagi projek fotografi udara bagi tujuan pemetaan. Dengan bantuan beberapa kakitangan syarikat penerbangan yang mesra, kami dapat 'menginstall' kamera di perut kapal dengan baik dan teratur. 
Ketika ini kami sedang membersihkan lensa kamera diperut kapal bagi memastikan mendapat gambar yang berkualiti, terang dan jelas tanpa ada gangguan pandangan mata.
Flight line from south to north.
Sebahagian pemandangan daripada atas. Kebetulan pada masa ini Gunung Kinabalu kelihatan begitu jelas sekali. 
Keadaan berawan pada kawasan projek penggambaran menyukarkan misi kami kerana awan ini akan menganggu kualiti foto yang di ambil/direkod.