Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 26 Januari 2015

Kg. Binoung, Kota Kinabalu - Land For Sale

Native Title Land For Sale
Kampung Binoung, Kota Kinabalu 
Area 2.82 Acres
NT.013093484

Serious Buyer Only.
Please Contact:
Tukang Sukat Tanah
Hp: 01119568959 (WhatsApp)
Email: tukangsukat@gmail.com


Kg.Nagapas, Papar. -Land For Sale

Native Title Land For Sale
Kampung Nagapas 
Area 10.18 Acres
Survey No. 02312967

Serious Buyer Only.
Please Contact:
Tukang Sukat Tanah
Hp: 01119568959 (WhatsApp)
Email: tukangsukat@gmail.com





Jumaat, 16 Januari 2015

Peranan Tukang Sukat Dalam Misi Mencari Kapal Air Asia QZ8501

Tiga Jenis alat yang digunakan melalui Pemetaan dasar laut untuk mengesan kapal Air Asia QZ8501 iaitu:
  1. Side Scan Sonar
  2. Multibeam Echo Sounder 
  3. Remotely Operated Vechicle

Ketiga alat ini biasa digunakan oleh Tukang Sukat untuk keperluan industri carigali minyak dan gas.

Side scan sonar


Multibeam Echo Sounder


Remotely Operated Vechicle






Sabtu, 10 Januari 2015

Waris Tuntut Tanah Adat

Lazimnya apabila sesuatu perkara yang mustahak yang melibatkan urusan tanah itu dilambat-lambatkan maka lama kelamaan ia bakal menjadi masalah berat dalam kehidupan kita. Akhirnya hari demi hari terasa ada bebanan yang selalu mengiringi kita walau di mana saja kita pergi. Begitulah yang rakan (client) saya rasakan saat ini ketika dia menceritakan segalanya bermula dari awal hingga akhir mengenai status atau kedudukan tanah keluarga mereka yang kini dalam bahaya kerana ada individu luar (bukan orang kampung) yang telah memohon tanah tersebut.

Masalahnya tanah ini telah lebih dahulu dipohon oleh orang luar tadi berbanding mereka. Akan tetapi mereka (keluarga ini) lebih dahulu mengusahakan tanah ini berbanding dengan orang luar tadi. Mereka telah mengusahakan (tanaman getah) pada tanah (bersebelahan dengan tanah yang di pohon) ini sejak turun-temurun dan akhirnya sampailah ke generasi rakan (client) saya itu. 

Setelah meneliti berapa dokumen yang dibawa, saya dapati kelebihan ada pada mereka kerana mereka boleh claim tempat ini sebagai Tanah Adat. Ini disebabkan terdapat tapak perkuburan keluarga mereka di tanah tersebut sejak dulu lagi.

Menurut Seksyen 15 di Ordinan Tanah Sabah Bab 68, terdapat tujuh (7) kriteria Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) iaitu;
  1. Perolehan tanah menurut pegangan adat / kaum;
  2. Tanah yang ditanami dengan pokok buah-buahan, di mana jumlah pokok adalah di antara 50 atau lebih pada setiap hektar;
  3. Pengasingan pokok buah-buahan, sagu, rotan atau lain-lain tanaman yang mempunyai nilai komersial yang mana dapat dibuktikan oleh penuntut kepada Pemungut (PPHT) tanpa keraguan;
  4. Tanah perladangan / ternakan;
  5. Tanah yang telah dimajukan atau diusahakan dalam masa tiga tahun berturut-turut;
  6. Tanah perkuburan atau tempat keramat;
  7. Jalan masuk biasa bagi orang dan binatang.

Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) juga merupakan hak pemilikan berkekalan atau secara turun temurun sepertimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 65 dan Seksyen 66 dalam Ordinan Tanah Sabah Bab 68.

Hari ini setelah melakukan semakan ke atas tanah tersebut memang benar disana ada tanah perkuburan keluarga mereka. Ini akan lebih memberi peluang kepada mereka untuk memiliki tanah ini tanpa ada gangguan lagi. Sekarang saya sedang sediakan plan kedudukan tanah yang dipohon dan kedudukan tepat tapak perkuburan tersebut untuk diserahkan kepada rakan saya sebagai dokumen tambahan (sokongan) apabila mereka ke JTU dalam masa terdekat nanti. 


Selasa, 30 Disember 2014

Selamat Tahun Baru 2015

Untuk segala sesuatu ada masanya, untuk apa pun di bawah langit ada waktunya. Ada waktu untuk lahir, ada waktu untuk meninggal, ada waktu untuk menanam, ada waktu untuk mencabut yang ditanam, ada waktu untuk membunuh, ada waktu untuk menyembuhkan, ada waktu untuk merombak, ada waktu untuk membangun, ada waktu untuk menangis, ada waktu untuk tertawa, ada waktu untuk meratap, ada waktu untuk menari, ada waktu untuk membuang batu, ada waktu untuk mengumpulkan batu, ada waktu untuk memeluk, ada waktu untuk menahan diri dari memeluk, ada waktu untuk mencari, ada waktu untuk membiarkan rugi, ada waktu untuk menyimpan, ada waktu untuk membuang, ada waktu untuk merobek, ada waktu untuk menjahit, ada waktu untuk berdiam diri, ada waktu untuk berbicara, ada waktu untuk mengasihi, ada waktu untuk membenci, ada waktu untuk perang, ada waktu untuk damai. 

Masa lalu adalah sejarah, hari ini adalah coretan, hari esok adalah harapan. Selamat tinggal 2014, Selamat datang tahun baru 2015. Seiring dengan perginya kenangan, menyambut harapan. Selamat tinggal kenangan, selamat datang harapan.....

Khamis, 25 Disember 2014

Selamat Hari Natal dan Tahun Baru 2015


Sempena Sambutan Perayaan Krismas tahun ini, admin ingin mengambil kesempatan  untuk mengucapkan Selamat Merayakan Hari Natal (bagi yang merayakan) Semoga damai sejahtera Allah selalu menyertai kita semua.... Semoga di tahun yang baru 2015 yang kian menjelang tidak lama lagi, kita semua lebih diberkati dalam kesihatan, keluarga, pekerjaan, keselamatan serta lebih dewasa dan bijak. Tuhan Memberkati..!

Selasa, 9 Disember 2014

Ulu Tungud Palm Oil Plantation For Sale

Fully Planted ( Oil Palm)
Area 1876 Ac
C.L 065314383
Location Ulu Tungud, Ranau.

For More Details (Serious Buyer Only).
Contact Admin for Site Visit (Accompanied by Manager).
Tukang Sukat Tanah
Hp: 01119568959 (WhatsApp)
Email: tukangsukat@gmail.com