Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 4 Mac 2015

Kg. Saratok, Beaufort - Land For Sale

Tanah Bergeran untuk dijual. 
Luas 2.075ha
Kg. Saratok, Beaufort.
Kawasan rata.
Bersebelahan dengan ladang kelapa Sawit. 

Serious Buyer:
Sila berhubung terus dengan pemilik tanah. 
hp: 0168270317 (Mr. Ruskap)



Selasa, 24 Februari 2015

Tan Sri Suffian Koroh Seorang yang Mesra

Pertemuan singkat dengan Tan Sri Suffian Koroh merupakan satu pengalaman yang berharga buat diri saya. Tan Sri sememangnya seorang yang mesra dan mudah didekati. Tan Sri juga seorang yang suka berkongsi pengalaman dan memberi nasihat berguna kepada anak muda seperti saya. Di zaman mudanya Tan Sri merupakan seorang yang cemerlang dalam pelajaran dan tekun ketika melakukan apa saja pekerjaan yang diberikan kepadanya. Menurut Tan Sri ketekunan itu ia dapat belajar melalui disiplin orang Jepun yang ketika itu berada di Sabah. Orang Jepun sangat menekankan soal ketekunan dan tumpuan ketika bekerja. Sifat inilah yang secara tidak langsung tersemai dalam diri Tan Sri. 

Selain belajar daripada orang Jepun, Tan Sri juga terdidik oleh disiplin orang putih. Menurut Tan Sri orang putih ini sangat menekankan soal ketepatan masa. Pernah suatu ketika Tan Sri terlewat sampai ke kelas akibatnya Tan Sri didenda oleh cikgu orang putih. Tan Sri seorang yang suka menunggang kuda yang ketika itu kudalah yang menjadi kegemaran Tan Sri untuk pergi ke kampung kampung. Satu pengalaman menarik yang Tan Sri kongsikan apabila dia belajar english dalam hutan melalui abangnya dan cepat pula dia kuasai bahasa english pada masa itu.

kecemerlangan (kualiti) yang ada pada diri Tan Sri menyebabkan dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke negara Japan. "syukurlah saya tidak teruskan pada masa itu sebab kalau saya teruskan sudah tentu saya terbunuh ekoran serangan bom nuklear di Japan pada masa itu." kata Tan Sri.
Sedikit sebanyak mengenai Tan Sri Suffian Koroh...
Pada hari ini dalam tahun 1983 Tan Sri Suffian Koroh telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut setelah Datuk Dr. James Ongkili dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet negara. Walaupun ia menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Suffian juga dikekalkan sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah iaitu portfolio lamanya sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri. Pengumuman perlantikan Tan Sri Suffian sebagai Timbalan Ketua Menteri ini dibuat oleh Datuk Haris Salleh, Ketua Menteri Sabah dalam satu sidang akhbar di pejabatnya.  Perlantikan Tan Sri Suffian ini adalah kena pada tempatnya memandangkan beliau juga adalah seorang pemimpin kanan dalam Kerajaan negeri serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran.  Beliau yang menggantikan Datuk Dr. James Ongkili diyakini dapat meneruskan tugas sebagai Timbalan Ketua Menteri yang akan dapat menyumbangkan tenaga ke arah pembangunan rakyat negeri Sabah. Dengan perlantikan Tan Sri Suffian Koroh sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah pada hari ini dalam tahun 1983 bukan saja akan dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dr. James Ongkili yang berpindah menjadi menteri di peringkat pusat tetapi juga memenuhi tanggungjawab bagi mengerakkan lagi pembangunan dan kemajuan rakyat Sabah. 
sumber; http://www2.arkib.gov.my/


Selasa, 17 Februari 2015

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2015

Ada Pepatah mengatakan begini,  "Pilihlah Pekerjaan Yang Kamu Sukai, Maka Kamu Tidak Akan Perlu bekerja Lagi Sepanjang Sisa Hidupmu”... Siapa pun kita saat ini, apa pun yang kita miliki selagi kita bergelar manusia bekerja adalah sebahagian daripada perjalanan sepanjang hidup kita.

Di Kesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada rakan-rakan pengunjung blog Tukang Sukat Tanah yang berbangsa Cina dan juga kepada mereka yang merayakannya.. 'HAPPY CHINESE NEW YEAR 2015...GONG XI FAT CAI' .. Maju Bersama!


Ahad, 8 Februari 2015

Call Of Duty - Joint Survey And Demarcation Between Malaysia (Sabah) - Indonesia (Kalimantan Timur)

Sebagai pengenalan kepada anda terhadap kerja Tukang Sukat Tanah. Kami bertanggungjawab membantu melaksanakan dan memproses kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan bagi tujuan penyediaan infrastruktur ukur, menentu, menanda dan mengukur tanda sempadan lot tanah, sempadan Negeri, dan sempadan Antarabangsa serta menyediakan pelan dan memproses kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan secara berkomputer untuk mendapatkan satu hasil kerja yang berkualiti, kemaskini dan tepat. 

Khamis, 5 Februari 2015

UAVER Aerial Mapping

Avian-P unmanned aerial mapping systems featuring long endurance, hi-stability, easy operation, and multi-payloads advantages. Any individual with less or even no aviation experience can easily accomplish and aerial mapping mission.

Nahas Helikopter ketika Operasi Pengukuran Sempadan diJalankan

Mengimbau kembali tragedi ngeri yang berlaku pada 25 Julai 2005 di Kapit, Sarawak telah berlaku kejadian nahas helikopter jenis Bell 206 Long Ranger milik Hornbill Skyways Sdn. Bhd di bukit Tiban, Uleh Baleh Kapit. Helikopter ketika itu dipandu oleh Kapten Razali Sani yang turut terkorban bersama dengan tiga penumpang yang lain kecuali En. Razali Hassan kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Difahamkan hubungan mereka terputus dengan menara kawalan di Kota Kinabalu selepas meninggalkan penempatan masyarakat kenyah di Long Singut pada kira-kira pukul 10:20 pagi bagi menjalankan kerja-kerja penandaan sempadan Sarawak-Kalimantan Barat. Dipercayai nahas tersebut akibat angin kencang ketika helikopter sedang melakukan pendaratan cemas di bukit berkenaan.

En. Razali Hassan adalah satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas ngeri itu menceritakan helikopter berkenaan dipukul angin lintang ketika ia hampir mendarat di puncak bukit. Menurutnya, ketika kejadian En. Ramli membuka pintu pesawat dan tiba-tiba angin lintang bertiup kuat ke arah helikopter menyebabkan kapten Razali Sani hilang kawalan mengakibatkan En.Ramli tercampak keluar dan helikopter menjunam ke bawah bukit dan terhempas. Manakala kapten Razali pula tercampak keluar kira-kira tiga meter dari helikopter yang terputus tiga akibat hentakan kuat. En. Razali pengsan selepas kejadian itu dan hanya sedar apabila dua jam kemudian. Pengalaman enam hari sebelum dapat diselamatkan merupakan satu pengalaman yang cukup menyeksakan kerana dia terpaksa tidur dalam bangkai helikopter bersama dengan mayat rakan sendiri.Syukurlah bekalan biskut masin dan air yang dibawa menjadi penyambung nyawanya selain surah yasin yang di baca untuk menguatkan semangatnya.

Sementara itu diantara orang kenamaan yang hadir adalah Ketua Menteri Sawarak Tan Sri Mahmud Taib (pada ketika itu) dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), YB Dato' Sri Hj, Adenan bin Hj. Satem serta ketua Setiausaha NRE dan Ketua Pengarah JUPEM Dato' Hamid bin Ali.


Isnin, 26 Januari 2015

Kg. Binoung, Kota Kinabalu - Land For Sale

Native Title Land For Sale
Kampung Binoung, Kota Kinabalu 
Area 2.82 Acres
NT.013093484

Serious Buyer Only.
Please Contact:
Tukang Sukat Tanah
Hp: 01119568959 (WhatsApp)
Email: tukangsukat@gmail.com