Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 6 September 2015

Pertikaian Sempadan Tanah

Pertikaian sempadan tanah tidak boleh dipandang ringan ya.. dan itu memang amat benar sekali. Harus diselesaikan dengan hati yang sedia bertimbang rasa satu sama yang lain, adil, dan penting sekali dpt mengawal rasa ingin marah marah.. aduhh.. keadaan ini menyebabkan tukang sukat secara tidak langsung menjadi wasit (tdk rasmi) antara pihak yang terlibat.

Dalam keadaan yang sukar begitu mmg rumit sekali kita dpt mencela ya... perlahan-lahan kita kongsikan pengetahuan mengenai tanah dan sempadannya. Sedikit demi sedikit pihak terlibat mula memahami dan akhirnya keadaan makin bertambah lebih baik apabila mereka sudah benar benar saling faham dan memahami....

Yang paling manis dipertemuan ini apabila senyuman demi senyuman mula terukir dan mula bersalaman diantara satu sama yang lain tanda pertikaian ini dapat diselesaikan dengan baik..Indah sekali ya bila kita saling berbagi timbang rasa dan mengasihi antara satu sama yang lain...
God Is Good All The Time...



Ahad, 30 Ogos 2015

Salam Merdeka ke-52

Selamat Menyambut hari kemerdekaan yang ke-52 kepada seluruh rakyat Malaysia. God Bless!
Merdeka ! Merdeka !Merdeka!......

Pengukuran dan Penentuan Garisan Sempadan Taman Sabah

Banjaran Crocker.

Pertikaian sempadan tanah antara tanah lot orang kampung dan garisan sempadan Taman Sabah telah membawa kami ke lokasi ini bagi tujuan tinjauan kawasan yang dimaksudkan. Kami terlebih dahulu pergi menemui kakitangan taman sabah (incaj) sebelum ke site. Di sepanjang lawatan kami pada waktu itu telah berjalan dengan baik atas kerjasama yang sangat baik diberikan oleh staf taman sabah yang peramah lagi mesra.

Keadaan bentuk muka bumi yang tinggi sedikit sebanyak memberi kesukaran kepada perjalanan kami menuju ke tapak lawatan ditambahkan lagi hujan yang lebat (baru berhenti) pada waktu itu menyebabkan tanah agak licin untuk di daki.

Namun seperti yang anda ketahui bahawa kami sebagai Tukang Sukat Tanah bertanggungjawab membantu melaksanakan dan memproses kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan bagi tujuan penyediaan infrastruktur ukur, menentu, menanda dan mengukur tanda sempadan lot tanah, sempadan Negeri, dan sempadan Antarabangsa serta menyediakan pelan dan memproses kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan secara berkomputer untuk mendapatkan satu hasil kerja yang berkualiti, kemaskini dan tepat. Sudah semestinya masalah pertikaian garisan sempadan ini akan selesai dengan baik selepas kerja pengukuran siap dijalankan sepenuhnya.

Jumaat, 7 Ogos 2015

Fotografi Udara

koleksi gambar dari pandangan udara...

Isnin, 3 Ogos 2015

Jawatan Kosong di Jabatan Tanah Dan Ukur Negeri Sabah

Peluang Kerjaya.

Positions :
1. Juruukur Daerah J41
2. Penolong Juruukur JA29
3. Penolong Jurutera JA29
4. Penolong Akauntan W27
5. Penolong Pegawai Tadbir N27
6. Penolong Pentadbir Tanah NT27
7. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
8. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
9. Pembantu Pentadbir Tanah NT17
10. Pemandu Kenderaan H11

Closing Date : 07/08/2015

klik gambar untuk melihat iklan.
klik gambar untuk dapatkan borang permohonan (SPA.1 Pindaan 1/98)
klik gambar untuk dapatkan borang permohonan (SPA.1 Pindaan 1/98)


Isnin, 20 Julai 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri tahun 2015

Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2015 Admin ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada keluarga & semua sahabat pengunjung blog Tukang Sukat Tanah yang beragama Islam. Semoga ceria selalu dan bergembira bersama keluarga.

Rabu, 17 Jun 2015

Selamat Berpuasa Kepada Sahabat Yang Beragama Islam

Sempena bulan ramadan ini, admin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada saudara & sahabat yang beragama Islam di seluruh Malaysia. Semoga diberkati dengan kesihatan yang baik & rezeki yang melimpah.

Seperti rakan baik admin bagitahu bahawa puasa itu tidaklah menahan makan dan minum semata-mata tetapi puasa itu adalah menahan daripada perbuatan sia-sia dan keji.