Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 25 Disember 2015

Keputusan Bersejarah Kes NCR Kg. Imahit vs Sabah Forestry

Hakim Mahkamah tinggi Kota kinabalu telah memutuskan bahawa penduduk kampung Imahit, Tenom,Sabah, berhak terhadap tanah NCR (Native Customary Rights) biarpun dalam kawasan warta Hutan Simpan. Hakim mengatakan bahawa Orang Kampung TIDAK BOLEH DIPISAHKAN daripada TANAH, SUNGAI, HUTAN & BINATANG dalam kawasan wilayah adat mereka. Oleh itu, HAK TANAH ADAT TIDAK TERHAPUS, OLEH PERWARTAAN HUTAN SIMPAN.


Perbahasan RUU Hakmilik Strata Pada 26 Sept 2012

Apakah Kepentingan Hak Milik Strata?

Hakmilik strata adalah bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga. Contohnya pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pusaka. Baca lanjut klik Sini..


Hakmilik Strata 2015

Apa yang dimaksudkan dengan Hakmilik Strata?
Hakmilik yang dikeluarkan di bawah Seksyen 16 Akta Hakmilik Strata 1985 untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat atau petak tanah. Hakmilik Strata disediakan atas nama orang yang terakhir sekali didaftarkan sebagai pemilik lot tanah yang diberikan.
Link Berguna mengenai Hakmilik Strata Klik Sini

Rabu, 23 Disember 2015

Selamat Menyambut Maulidur Rasul Tahun 1436H/2015

Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada saudara-mara & rakan-rakan yang beragama Islam. Semoga perpaduan dan keharmonian menyertai kita semua.

Selasa, 22 Disember 2015

Merry Christmas 2015

Kerana Allah sangat mengasihi dunia ini, Ia memberikan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan memperoleh hidup yang kekal..

Selamat Menyambut Hari Natal kepada umat kristian diseluruh negara dan juga yang merayakannya, semoga berkat dari Sorga sentiasa melimpah ke atas kita semua..

Isnin, 14 Disember 2015

Panduan Jika Geran Tanah Hilang

Apa tindakan yang  harus anda lakukan jika geran tanah anda hilang?

  • Pemilik hanya perlu buat polis report, surat Akuan dan seterusnya menjelaskan fee terlibat di pej Tanah..

kes ini berkenaan dengan geran yang hilang, untuk itu saya cuba menerangkan prosedur untuk mendapatkan geran ganti. Kita ada peruntukan dalam Ordinan Tanah Sec 120 untuk dapatkan geran yang hilang untuk diganti. Pemilik hanya perlu buat polis report, surat Akuan dan seterusnya menjelaskan fee terlibat di pejabat Tanah. 

Pejabat tanah akan buka satu doket untuk permohonan tersebut dan notis selama 3 bulan permohonan untuk dapatkan geran ganti tersebut perlu disiarkan di akhbar tempatan. Setelah tamat tempoh 3 bulan notis tersebut, satu pendengaran untuk permohonan tersebut akan dibuat oleh PPHT. 

Sekiranya beliau berpuashati bahawa geran tersebut betul-betul hilang maka satu perintah untuk keluarkan geran ganti akan dibuat.Walaubagaimanapun, perintah tersebut masih tertakluk kepada rayuan mana-mana pihak berkepentingan terhadap geran tersebut, dalam tempoh satu bulan setelah perintah pertama dibuat. Harap ini dapat memberi pencerahan kepada kawan-kawan yang mendapati geran tanah mereka hilang dalam simpanan tanpa disedari. 

Untuk makluman setelah hakmilik dikeluarkan dan didaftarkan, maka pemilik berdaftar tanah tersebut bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan geran tersebut dalam simpanannya.