Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 19 Mei 2016

Joint Venture (JV) antara company dan orang kampung

Melihat gambar ini (dibawah) teringat pula cerita seorang kawan (cerita ketika di kedai kopi) kawan bagitau bagaimana mereka sekeluarga dihalau secara halus oleh company besar yang sedang dalam menjalankan kerja-kerja penanaman kelapa sawit di tempat mereka. Pada mulanya ia dikatakan joint venture (JV) company dengan orang kampung. Menyedari sesuatu yang tidak kena, maka tinggalah hanya beberapa buah keluarga lagi di kampung tersebut tidak bersetuju JV dengan company. 

Sehinggalah sampai satu tahap company telah pun menguasai keseluruhan kawasan tersebut. Namun yang baiknya (pada masa itu) company tidak bertindak kasar menyuruh penduduk yang masih tinggal di kawasan tersebut untuk berpindah. Apa yang dilakukan oleh company adalah meneruskan kerja-kerja teres tanah bagi tujuan tanaman kelapa sawit. 

Semakin lama keluarga (kawan) berasa tertekan kerana potongan tanah (teres) semakin menghampiri kawasan rumah mereka dan itu tidak dapat dipertahankan lagi kerana lebih 90% kawasan tersebut telah dikuasai oleh company. Setiap hari company datang pujuk keluarga mereka untuk berpindah ke tempat lain yang berdekatan disertai dengan tawaran yang menarik daripada company seperti segala kos yang terlibat misalnya kos membina rumah baru akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak company asalkan kedudukan rumah itu dapat dipindahkan. 

Akhirnya keluarga mereka dalam keadaan (paksa rela) terpaksa akur dan berpindah ke kawasan yang lain. Tanpa membuang masa jentera berat company terus menjalankan kerja pemotongan (teres) sampailah kedudukan tapak asal rumah mereka tidak dapat dikesan lagi. 

Kawan nasihatkan agar jika ada tawaran JV dari mana-mana pihak maka eloklah diteliti terlebih dulu berfikir banyak kali bahkan berkali kali sebelum membuat keputusan kerana kelak keputusan itu bakal mengundang dua perkara sahaja iaitu perkara yang menguntungkan dan perkara yang merugikan. 
Gambar ilustrasi sahaja








Demarcation, Cut and Fill

Seorang client sedang dalam perancangan membina sebuah rumah persendirian di atas tanah lot miliknya. Kerja menimbus tanah sedang dijalankan namun terdapat kesangsian (masih teragak-agak) tentang kedudukan (secara tepat) tanda sempadan tanah selepas mendapat respon daripada kontraktor yang dilantik apabila mendapati kedudukan lot tanah (katanya) terkena (masuk) dalam rizab jalan. 

Tindakan bijak (pantas) daripada client apabila melantik Tukang Sukat Tanah bertauliah (lantikan kali kedua) selepas berasa kurang yakin pada tukang sukat tanah yang terdahulu bagi mengenalpasti kedudukan tanda sempadan di atas tanah lot miliknya sebagai langkah mengurangkan lebih banyak kesalahan berlaku dimasa akan datang. 

Setelah ukuran pengesahan sempadan dijalankan maka didapati kesemua tanda sempadan (telah dijumpai) masih dalam keadaan yang baik. Tanah yang telah ditimbus terpaksa dikorek semula dengan menggunakan jentera berat bagi tujuan mengenalpasti (penentuan) kedudukan tanda sempadan.  

Client sangat berpuas hati dan senang hati kerana keadaan yang sebelum ini yang mana merupakan masalah yang menganggu tumpuannya telah pun dapat diselesaikan sepenuhnya (100%). Manakala pihak kontraktor pula berasa selesa dan yakin dalam menjalankan kerja-kerja menimbus tanah. Tidak ada lagi rasa ragu dan teragak-agak ketika menjalankan kerja-kerja tanah. 
kelihatan batu sempadan tanah yang telah tertimbus semasa kerja-kerja menimbus tanah dijumpai semula berada dalam kedudukan asal.

Jumaat, 25 Mac 2016

Land For Sale 2 ekar Kundasang, Ranau.

Lokasi: Berhampiran dengan Penginapan Rose Cabin & Nikgold Garden Resort, Kundasang. 
(Facing to Kinabalu Mountain)

Posisi Lot 1.
Area = 2.00Acs (Native Title)
Plan No. = 15185
Survey No. = 1693

NT.063015332
Keluasan Lot: 2.00Ac
Rujukan Kordinat
Lat:   5°59'53.92"N
Long: 116°33'19.96"E

Mengenai lot tanah:
  • Bentuk muka bumi adalah tanah tinggi.
  • Sesuai untuk perusahaan penginapan/homestay.
  • kebun sayur dan sebagainya.
Serius Buyer Sahaja.

Hubungi: 
Tukang Sukat Tanah
Hp: 01119568959 (WhatsApp)
Email: tukangsukat@gmail.com

Unit ukuran jarak dan luas yang digunakan dalam bidang ukur tanah

Berikut merupakan unit-unit yang digunakan dalam bidang ukur tanah.
UNIT-UNIT UNTUK JARAK TANAH

1 kaki = 12 inci
1 kaki = 0.3048 meter
1 meter = 3.28084 kaki
1 meter = 1.094 ela = 3 kaki 3 inci
1 ela = 0.9144 meter
1 ela = 3 kaki
1 ling = 0.201168 meter
1 rantai = 100 ling
1 rantai = 66 kaki = 20.1168 meter
1 kilometer = 3281 kaki = 1000 meter
1 kilometer = 0.6214 batu
1 batu = 1.609 kilometer
1 batu nautika = 1.1508 batu = 1.852 kilometer
1 relung = 176 kaki = 53.645 meter
1 pole = 5.0292 meter
1 rantai = 4 pole
1 rantai = 22 ela
1 furlong = 10 rantai
1 jengkal = 0.5 hasta
1 hasta = 0.5 ela
1 depa = 4 hasta = 2 ela = 1.8288 meter
1 jempa = 8 kaki 
1 jumba = 12 kaki
1 jemba = 24 kaki
1 orlong = 20 jumba

UNIT-UNIT UNTUK KELUASAN TANAH

1 kaki persegi = 0.093 meter persegi
1 ela persegi = 0.836 meter persegi
1 meter persegi = 10.764 kaki persegi
1 relung persegi = 2877.8 meter persegi
1 relung persegi = 30976 kaki persegi
1 relung persegi = 0.288 hektar = 0.7111 ekar
1 relung persegi = 484 jempa persegi
1 jempa persegi = 64 kaki persegi
1 ekar = 1.406 relung
1 ekar = 4,046.86 meter persegi
1 ekar = 0.4047 hektar 
1 ekar = 43560 kaki persegi
1 hektar = 10000 meter persegi = 3.475 relung
1 hektar = 2.471 ekar = 107,639 kaki persegi
1 ekar = 4 Rood = 160 pole
1 Rood = 40 pole = 0.25 ekar
1 Rood = 1,011.7 meter persegi = 10890.6 kaki persegi
1 pole = 0.025 Rood = 0.00625 ekar
1 pole = 25.293 meter persegi = 272.22 kaki persegi
1 depa persegi = 4 ela persegi = 36 kaki persegi
1 depa persegi = 3.3445 meter persegi

SIMBOL UNIT-UNIT UKURAN DALAM PELAN

in = inci
ka / ft = kaki
ch = rantai
m = meter
km = kilometer
m2 / mps / sq. m = meter persegi
k2 / ka2 / kp / kps / ft2 / sq. ft = kaki persegi
H / hek / ha = hektar
A / ac / ek = ekar
R / r = rood
p = pole
cal = calculation
comp = computation
ki = kiraan
dpi = dari perkiraan
sc = scale
sa = seperti asal
j = jumpa
f = found
m = missing

CONTOH JADUAL PERTUKARAN UNIT 

1 rantai = 100 ling = 20.1168 meter = 66 kaki
Maksudnya : 
1 rantai = 100 ling
1 rantai = 20.1168 meter
1 rantai = 66 kaki


Sabtu, 19 Mac 2016

Sukan Futsal Enam (6) Penjuru

Sukan FUTSAL memang menyeronokkan. Selain dapat berinteraksi dengan rakan-rakan daripada pasukan lain. Melalui sukan juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain. 

Pasukan IEM adalah juara Futsal tahun ini. Tahniah!

Inter Professional Teams:
  • ISM   = Institution Of Surveyors Malaysia
  • PAM  = Pertubuhan Arkitek Malaysia
  • SLA   = Sabah Law Association
  • IEM   = Institute Of Engineers Malaysia
  • MIA   = Malaysia Institute Of Accountants
  • MMA = Malaysia Medical Association



Lawatan Rasmi Geospatial Pertahanan (Malaysia) & Defence Geographic Centre (United Kingdom)

Perkongsian mengenai proses penghasilan FotoUdara (Aerial Fotografi) dan Orthophoto (Fotogrametri)  kepada wakil Geospatial Pertahanan Malaysia dan wakil Defence Geographic Centre UK merupakan satu pengalaman yang berharga. Banyak input yang diperolehi ketika sesi soal jawab. 
Dinding ini banyak membantu ketika penerangan sedang dijalankan. Siapa sangka bahan yang dilekat pada dinding ini sudah cukup memberi kefahaman yang baik mengenai keseluruhan proses. 

Fokus.




Dalam bidang ukur sudah pasti penambahbaikan berterusan sentiasa dilakukan bagi menghampiri kesempurnaan dan kepakaran khas.