UAV atau Unmanned Aerial Vehicle adalah sejenis mesin atau robot yang diterbangkan ke udara tanpa awak. UAV ini akan di kawal dari jauh dengan menggunakan remote control dari atas tanah. UAV juga boleh bergerak secara automatik mengikut pergerakan yang dikehendaki seperti yang telah dirancangkan melalui 'flight planing'. kombinasi GPS dan Software UAV yang diinstall pada komputer akan lebih menyenangkan kita mengawal dan mengendali pergerakan UAV ini. Kecanggihan ini lebih dikenali sebagai teknologi 'Drone'.
Sabtu, 14 Januari 2017
Ahad, 18 September 2016
Lot Rumah di Manggatal Sedia untuk dimiliki
Agak lama tidak post dalam blog Tukang Sukat Tanah ini. Bukan kerana apa, ia disebabkan kerana apabila outstation maka kadang-kadang (selalunya) line internet tidak aktif di area (hutan) tersebut.
Masa ke depan ini, kita akan lebih mempelajari dan mendalami ilmu mengenai Drone/UAV sebagai pilihan kedua selepas (Nomad Aircraft for Aerial Foto) untuk tujuan mempercepatkan lagi kerja-kerja Pemetaan bagi Negeri kita khususnya dan Negara kita pada amnya.
Masa ke depan ini, kita akan lebih mempelajari dan mendalami ilmu mengenai Drone/UAV sebagai pilihan kedua selepas (Nomad Aircraft for Aerial Foto) untuk tujuan mempercepatkan lagi kerja-kerja Pemetaan bagi Negeri kita khususnya dan Negara kita pada amnya.
Hari ini saya ingin maklumkan kepada pembaca setia blog Tukang Sukat Tanah bahawa ada terdapat lot tanah bersize 40'x50' dan didalam lot ini ada bangunan mini banglo sedang dalam pembinaan sedia untuk dilepaskan oleh pemilik kerana telah terlibat pertukaran ditempat kerja di luar kawasan Kota Kinabalu.
Jika ada yang berminat sila terus berhubung dengan saya samaada menerusi telefon atau pun email juga boleh.
Terima Kasih.
hp:01119568959 (Whatsapp)
Selasa, 14 Jun 2016
Sewa Tanah
Lebih baik menyalakan lilin daripada mengutuk kegelapan. Kebanyakan orang hanya/mahu mencari status dan kekayaan, tetapi di dalam dunia ini berapa banyak yang mampu diperoleh?....Tanah dan Matahari, Bintang-bintang dan bulan, gunung-gunung dan tumbuh-tumbuhan, hujan dan air mengalir, setiap kuntum bunga dan setiap kelompok rumput, semuanya ada disana untuk kamu nikmati....
Berbudi kepada tanah,
Kita tidak akan kecewa,
Rezeki melimpah ruah,
Makmur bahagia mewah,
Begitulah kira-kira luahan seorang pemilik tanah yang sedang memulakan sesuatu ke atas tanah miliknya agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk pulangan yang baik dimasa akan datang. Namun apakan daya niat itu ada tapi tenaga sudah semakin kurang katanya lagi. Pada masa muda dulu pakcik adalah antara yang paling kuat mengerjakan/mengusahakan tanah luas berekar-ekar.. bagaimanapun menghampiri umur senja ini,...maka sejak dari itu pakcik tidak sama seperti dulu lagi katanya.
Sudah lama pakcik di rumah,
Semakin jarang pergi ke ladang,
Padi dah kuning baru nak kesah,
Takut di makan pipit melayang,
Pakcik tanya lagi jika ada orang di luar sana yang rindu mengusahakan tanah? pakcik hendak sewakan tanahnya sekiranya ada.
Isnin, 13 Jun 2016
Sabtu, 11 Jun 2016
Selasa, 7 Jun 2016
Selasa, 24 Mei 2016
Langgan:
Catatan (Atom)